Skip to content

DBKL Tidak Berupaya Mengawal “Jaga Kereta Haram”

4 March, 2008

100px-dbkl_emblem.jpg

Pagi semalam (3hb Mac 2008) saya telah berkunjung ke kawasan Pasar Chow Kit untuk membeli barang keperluan. Itu bukalah kali pertama saya berkunjung ke situ malah dalam seminggu paling kurang sekali.

Tempat letak kereta di situ amatlah terhad jika dibandingkan dengan bilangan kenderaan yang saban hari berkunjung ke situ. Tidak pernah surut. Letak kereta pula bukan percuma. Meter dipasang menggantikan atendan kereta yang dahulunya digajikan untuk mengutip yuran letak kereta.

Dengan memasang meter letak kereta (parking meter) maka pihak DBKL dapat berjimat dari segi membelanjakan wang untuk memberi gaji kepada atendan kereta dan berbagai perbelanjaan sampingan berkaitan menggajikan atendan kereta.

jaga-kereta-haram0011.jpg
Klik untuk besarkan

Sepatutnya pemilik kenderaan tidak perlu risau bahawa yuran yang dikenakan adalah semata-mata kepada meter letak kereta (MLK). Tetapi pada ralitinya tidak begitu. Sesetengah jalan di situ dihantui oleh jaga kereta haram (JKH). Mereka ini buat-buat sibuk mengarah pemandu kereta masuk dan keluar tempat letak kereta (TLK). Pada hal perkara itu tidak perlu walaupun kekadang terdapat suasana kelam kabut di mana kenderaan terlalu banyak mengambil masa untuk keluar masuk TLK. Maka dalam keadaan kelam kabut inilah biasanya JKH ini mengambil kesempatan untuk kononnya memperbaiki keadaan dan pada yang sama mengharapkan ”tips” daripada pemandu kereta yang mereka bantu keluar masuk TLK. Pada kebanyakan kes pemandu kereta akan memberi ”tips” secara terpaksa takut-takut kalau berkunjung sekali lagi kereta mereka akan dicalar dsb.

jaga-kereta-haram0012.jpg
Klik untuk besarkan

Apa gunanya pihak DBKL mengadakan MLK dan pada masa yang sama membiarkan JKH mengambil kesempatan mengenakan ”yuran” yang ”lebih” kepada pemandu kenderaan disamping terpaksa membayar MLK. Ini sepatutnya tidak berlaku kerana perbuatan JKH adalah melanggar undang-undang dan pihak DBKL perlu mengambil tindakan yang wajar untuk membersihkan gejala yang tidak sihat ini.

jaga-kereta-haram0013.jpg
Klik untuk besarkan

Saya fikir bukan pihak DBKL tidak tahu akan perkara ini tetapi buat-buat tidak tahu. Penguatkuasa DBKL gahirah mengenakan saman kepada pemandu yang tidak meletakkan wang yang cukup bagi tempoh letak kereta tetapi tidak mengindahkan pengambilan wang secara haram oleh JKH. Dengan membiarkan keadaan bekenaan berterusan pihak DBKL menampakkan mereka bersekongkol dengan JKH.

One Comment leave one →
  1. Full permalink
    22 June, 2008 6:47 pm

    susah nak kata. dbkl takde kosa nak tangkap org yg jaga parking haram ni. kalu polis ada ah kosa. ko penah dengar ke dbkl tangkap orang? sepanjang hayat aku, tak penah lak aku dengar.yg pentingnya, org awam bila kena pau mcm ni, report kat polis. tp dia kena jadi saksi la bila polis buat siasatan. masalahnya rakyat mesia ni memang fobia bila sebut balai, apatah lagi kalu nak jadi saksi dlm kes bicara. kalu takde sesapa nak jadi saksi, polis takleh nak buat siasatan. takde siasatan, takde le tangkapan.takde tangkapan, maka berleluasa ah kes ni. lebih kurang mcm kes pau bebudak sekolah dgn pau kat kotaraya n pudu satu masa dulu.apa tindakan kita?

Leave a comment