Skip to content

Smart Tag Lebih Cepat di Plaza Tol?

16 January, 2010

Malam tadi saya dan isteri pergi ke rumah adik ipar di Kota Damansara untuk urusan pinjaman pendidikan IPT anak saya.

Kami mengguna laluan PLUS lebih kurang pukul 8:20 malam. Menjelang plaza tol di Jalan Duta alangkah terperanjatnya saya melihat kekesakan lalu lintas di situ. Itulah kali pertama saya melihat kesesakan lalu lintas yang saya tidak duga sama sekali. Bukannya musim cuti sekolah atau hari cuti am. Saya fikirkan mesti ada kenderaan rosak atau berlaku kemalangan. Menghampiri tol plaza saya lihat lorong kereta di sebelah Touch & Go dan Smart Tag lebih panjang daripada lorong bayaran tunai. Saya berasa pelik juga kerana lorong untuk kedua-dua Touch & Go dan Smart Tag Biasanya licin dan tidak sesak.

Saya melihat jauh ke hadapan melewati plaza tol kelihatan banyak kelipan lampu belakang kereta kemerahan berjalan perlahan. Tentu ada kenderaan rosak atau kemalangan fikir saya. Setiba saja di plaza tol saya lihat kesemua lorong  Smart Tag bersusun kenderaan menunggu giliran untuk melepasi plaza tol. Apa dah jadi? Nun di sebelah lorong tunai kelihatan agak lebih laju.

Selepas berlepas daripada plaza tol masih terdapat banyak lagi kereta di hadapan saya berjalan agak perlahan. Makin lama kelajuan semakin meningkat dan tidak kelihatan ada kenderaan rosak atau sebarang kemlangan berlaku. Rupa-rupanya tiada langsung kenderaan rosak atau berlaku kemalangan. Perkara ini mungkin berlaku setiap petang dan awal malam fikir saya lagi. Apa pun pada saya ianya boleh diambil sebagai iktibar bila hendak ke Kota Damansara di masa hadapan.

Saya tiba di Kota Damansara hampir jam 9:00 malam. Biasanya perjalanan daripada rumah saya di Sentul memakan masa 15 hingga 20 minit sahaja.

Saya maklumkan kepada adik ipar saya mengenai kesesakan lalu lintas berkenaan.

“oh itu dah menjadi kebiasaan sekarang ni kerana waktu orang balik kerja” jelas beliau. Aduh, laluan ini akan menjadi teruk semacam Leburaya Persekutuan di masa-masa akan apabila banyak lagi taman perumahan dibina dan menggunakan laluan ini kelak.

Jadi dalam hal ini sistem Touch & Go dan Smart Tag tidak lagi menjadi satu kemudahan yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya apabila berlakukan kesesakan lalu lintas.

Pihak PLUS mungkin boleh fikirkan bagaimana masalah ini boleh di atasi memandangkan mereka yang menggunakan Touch & Go dan Smart Tag telah membayar jauh lebih awal (upfront) untuk menikmati kemudahan tersebut.

No comments yet

Leave a comment