Skip to content

Akhirnya Plaza Idaman Bebas Daripada Kesan dan Ancaman Asap Rokok

16 January, 2010

Ramai peniaga dan pengunjung Plaza Idaman gembira apabila pihak pengurusan Plaza Idaman mula melaksanakan pengharaman merokok di plaza tersebut.

Setelah sekian lama plaza itu beroperasi ramai peniaga dan pengunjung plaza tersebut bersungut mengenai ketidakselesaan dengan keadaan udara di situ kerana perokok sangat berleluasa menghisab rokok tanpa menghiraukan keselesaan dan kesihatan penghuni dan pengunjung plaza berkenaan.

Semasa poster melarang merokok dipasang di dinding-dinding plaza di semua tingkat ramai perokok tidak langsung mengindahkannya. Perokok termasuk peniaga dan pengunjung begitu selamba menghisab rokok walaupun terdapat poster melarang merokok dipamerkan. Pihak pengurusan tidak boleh buat apa-apa. Begitulah sikap kebanyakan perokok yang tidak peduli langsung tentang gangguan yang boleh menyinggung perasaan dan keselesaan orang yang tidak merokok.

Awal minggu ini pada 11 Januari 2010 apabila poster melarang merokok digantikan dengan satu poster lain yang memasukkan “Denda RM500.00” maka perokok-perokok terpaksa akur jika tidak mahu didenda.

Semenjak itu udara di Plaza Idaman menjadi bertambah bersih dan nyaman. Poster berkenaan walaupun dibenci oleh perokok-perokok namun ianya adalah untuk kebaikan semua yang berada di Plaza tersebut.

Terima kasih kepada pengurusan Plaza Idaman.

2 Comments leave one →
  1. aja49 permalink*
    4 March, 2010 9:47 pm

    Indah khabar dari rupa. Masih ada lagi perokok yang degil begitu selamba menghisab rokok. Peniaga dan pengunjung serupa saja.

  2. aja49 permalink*
    21 June, 2010 8:46 pm

    Pihak pegurusan bangunan berkenaan rupanya tidak boleh buat apa kepada perokok yang melanggar perturan tersebut.
    Mereka menjelaskan bahawa tabiat merokok sukar dibuang dan berilah mereka masa untuk betul-betul patuh pada peraturan tersebut ujar pengurus bangunan itu.
    Apa dah jadi?

Leave a comment