Skip to content

Isu Altantuya dan Keputusan Raja Dilarang

1 April, 2009
Altantuya menghantui Najjb

Altantuya menghantui Najib

Sebenarnya isu Altantuya dan kontroversi keputusan raja di Peraklah yang boleh membawa kemenangan kepada PKR di ketiga-tiga kawasan pilharaya kecil pada 7hb April 2009 nanti.

Oleh itu kerajaan Najib Tun Razak telah meletakkan dua isu itu sebagai syarat kepada pihak pembangkang tidak menyentuhnya dalam kempen mereka nanti. Pihak polis telah diarahkan supaya isu-isu itu tidak langsung ditimbulkan dalam kempen pilihanraya kecil berkenaan.

Jelas kelihatan bahawa kedua-dua isu ini ada kaitannya dengan Najib Tun Razak. Mengapa mesti Najib merasa takut akan kedua-dua isu tersebut. Beliau telah bersumpah dalam mesjid dulu bahawa beliau tidak bersangkut paut langsung dengan isu Altantuya jadi kenapa mesti dilarang perkara tersebut ditimbulkan dalam kempen pilihanraya kecil ini?

Begitu juga isu keputusan di raja tentang kerajaan Perak sekarang. Najib sebenarnya tidak mahu rakyat diberi penjelasan yang benar mengenai isu tersebut dari aspek undang-undang yang betul. Hingga kini pihak mahkamah belum lagi membicarakan kes tersebut sehingalah piliharaya kecil selesai.

Jadi dengan tidak memberi peluang kepada rakyat untuk mengetahui fakta sebenar akan kedua-dua isu ini maka Najib mengharapkan bahawa pihak BN boleh memenangi ke semua kawasan yang dipertandingkan itu.

Nampaknya kemenangan BN (jika ianya berlaku) adalah satu kemenangan yang ditempah secara meletakkan kebatilan sebagai senjata mereka. Jarang sekali kita dapat lihat pihak BN mahu bertanding atas tanah yang rata.

Di bawah ini petik berita daripada Malaysiakini mengenai isu trsebut:-

Altantuya, raja dilarang jadi isu kempen

Mar 31, 09 12:33pm
kemaskini 10.51pm Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan larangan mengejut hari ini kepada parti-parti bertanding di tiga kawasan pilihanraya kecil agar tidak membangkitkan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan keputusan kontroversi raja.

Menterinya Datuk Seri Syed Hamid Albar mengesahkan arahan terbaru itu – setelah masuk hari ketiga berkempen – bagi kerusi parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak

Beliau mengulas pendedahan PKR Kuala Sepetang – satu daripada tiga DUN dalam kawasan parlimen tersebut – yang membantah larangan polis berhubung dua isu tersebut.

Kematian tragis wanita muda Mongolia itu sering dikaitkan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kes kenalan akrabnya Abdul Razak Abdullah Baginda.

Larangan ganjil itu diketahui sewaktu seorang pembantu ADUN Kuala Sepetang, Tai Sing Ng ke balai polis Taiping semalam.

Lau Teck Hai diberikan senarai larangan tambahan tersebut dalam program ceramah anjurannya pada pilihanraya kecil parlimen itu.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Lau berkata apabila bertanyakan arahan tersebut kepada seorang pegawai berpangkat ASP, “beliau hanya tersenyum”.

Dalam arahan yang sama, tambahnya, polis juga melarang penceramah “mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh institusi raja.”

Larangan ini dipercayai bagi menghalang Pakatan Rakyat menjelaskan krisis perlembagaan dan peralihan kuasa Perak antara pembangkang dengan BN sejak Februari lalu.

altantuya razak baginda mongolian murder case 030907Kerajaan campuran DAP, PAS dan PKR masih mendakwa mereka sah mentadbir negeri itu walaupun BN melantik menteri besarnya Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Susulan itu, sesetengah pihak menyifatkan pilihanraya kecil ini “pungutan suara” terhadap Najib, yang terlibat dalam rampasan kerajaan negeri itu, dan menteri besar gabungan pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, kini sebagai calon PAS.

Beliau dicabar calon BN Ismail Saffian dan Kamarul Ramizu Idris (bebas) pada 7 April ini.

Keputusan mahkamah kes pembunuhan wanita kenalan Razak itu akan diketahui dua hari selepas tiga pilihanraya tersebut yang diadakan serentak sejak 29 Mac.

Abdul Razak, yang dituduh bersubahat dengan dua anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) cif inspektor Azilah Hadri dan koperal Sirul Azhar Umar, dibebaskan daripada kes tersebut.

Isu Altantuya sering menjadi bahan kempen pembangkang untuk memburukkan Najib dengan mengaitkan wanita itu dengan bakal perdana menteri itu. Najib bagaimanapun menafikan pernah mengenalinya.

Mengulas larangan itu, PKR berikrar akan mengabaikannya dan mencabar polis menyiasat mereka jika berbuat demikian.

Selain dua larangan tersebut, polis juga menuntut PKR mengawal kehadiran orang ramai yang mendengar ceramahnya.

“Jika kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon, pihak polis akan mengambil tindakan,” larangan itu dipetik.

Polis turut melarang jentera PAS mengadakan ceramah lebih 11 malam di kawasan kampung.

No comments yet

Leave a comment