Skip to content

Awas Bila Beli Kurma Mariami Berjenama….

18 August, 2009

Menjelang bulan Ramadhan ini maka ramailah yang mencari kurma yang baik dan sesuai untuk dimakan semasa berbuka puasa.
Di antara kurma yang dipilih adalah kurma jenis mariami (maryam dates)dari berbagai jenama.
Baru-baru ini saya ada membeli kurma mariami sekarton (6 Kg) setiap satu dari dua jenama.

Saya dapati bahawa jenama Piarom (Maryam) Dates berat kurmanya lebih sedikit daripada berat kandungan yang dipaparkan di pek iaitu 6 kg.

Kandungan melebihi berat yang dipaparkan

Bagi kurma mariami berjenama Maryam Dates, saya dapati berat kandungannya adalah 5.6kg.

Awas berat kandungan kurang daripada yang dipaparkan

Awas berat kandungan kurang daripada yang dipaparkan

Jadi jika anda ingin beli kurma mariami sekarton bagi kedua-dua jenama ini maka buatlah pilihan yang betul supay tidak kecewa.

One Comment leave one →
  1. 11 September, 2011 7:59 pm

    tak baik menipu timbangan… tak jujur & transparent

Leave a comment