Skip to content

Hinanya umat Islam Mencuri Selipar dan Kasut di Mesjid

18 August, 2009

Kira-kira sebulan Jumaat lepas seperti biasa saya telah ke sebuah mesjid di kawasan Gombak untuk menunaikan solat Jumaat. Seperti biasa juga saya telah meletak selipar saya di tempat yang saya biasa letak. Tetapi kali ini selipar saya adalah sebuah selipar yang baru. Walau pun begitu saya tidak menaruh kesangsian tentang nasib selipar berkenaan.

SeanGrandpaSlippers

Selesai solat Jumaat saya pun terus keluar untuk pergi makan tengah hari. Setibanya saya di tempat saya letak selipar saya lihat ianya tiada di situ. Lalu saya pun berjalan ke atas ke bawah di sepanjang tepi mesjid namun tiada kelihatan. Saya agak terkejut juga melihat beberapa jemaah, seperti saya berkaki ayam, mencari sesuatu. Bila saya tanya, mereka menjawab hilang selipar dan kasut.

shoes2

Ramai juga bilangan mereka itu. Kalau setakat saya sahaja yang hilang selipar saya rasa itu biasa tetapi pada hari itu ramai yang menjadi Korban kecurian selipar dan kasut.

Pada hari itu khutbah membincang mengenai ahklak orang Islam di negara ini. Khatib menyebut betapa gejala sosial remaja telah meningkat daripada sekecil perlakuan hingga jenayah besar. Khatib telah menerangkan bagaimana gejala ini boleh dibendung dengan syarat bahawa semua slippers2berusaha dan berkerjasama untuk membenteraskannya. Mengapa khatib mengajak kita berbuat demikian? Sudah pasti khatib merasakan bahawa gejala sosial sudah mencapai ke tahap yang membimbangkan.

Alangkah benarnya kenyataan tersebut bila saya kenangkan pada hari itu ramai kehilangan kasut dan selipar walaupun khatib dengan tegas menyatakan hinanya orang Islam kerana melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan. Nasihat khatib itu langsung tidak ada kesan ke atas orang-orang yang mencuri itu.  Mereka sebagai orang Islam sendiri sanggup melakukan amalan mencuri selipar dan kasut di kawasan mesjid. Di manakah letaknya sifat amanah dan keimanan mereka kerana sanggup melakukan perkara yang dilarang oleh agama sendiri. Tempat yang mereka lakukan perkara yang dilarang oleh agama pula itu adalah di kawasan mesjid. Mereka-mereka ini tidak langsung ada perasaan menghormati rumah Allah s.w.t. Mereka yang beragama Islam sanggup mencuri barang kepunyaan orang Islam sendiri. Bagaimana pihak berkuasa boleh menyelesaikan masalah ini.

slippers3

Selipar dan kasut yang hilang tetap hilang kerana telah ditakdirkan. Tetapi perlakuan sedemikian perlu dihentikan kerana akan memberi gambaran dan imej yang buruk kepada orang Islam di kaca mata pelancung yang turut bersolat di mesjid. Buruk lagi sekiranya selipar dan kasut pelancung turut dicuri. Hinanya orang Islam melakukan perkara tersebut di kawasan peribadatan orang Islam sendiri.

kasut

Saya tidak dengar adanya kecurian selipar atau kasut di tempat ibadah orang bukan Islam sama ada di gereja, kuil. Mungkin mereka tidak tanggalkan kasut bila masuk ke rumah ibadah mereka. Tapi di kuil Hindu ramai yang pergi dengan berkaki ayam. Ada juga yang berkasut tetapi tidak pernah kedengaran kasut atau selipar mereka dicuri. Mungkin mereka lebih takut untuk melakukan kecurian di tempat atau rumah ibadah mereka jika dibanding dengan perlakuan orang Islam.

No comments yet

Leave a comment