Skip to content

PILIHANRAYA OH PILIHANRAYA 3

28 February, 2008

Oleh iBNuZaCK2

Assalamu’alaykum

Penulis Bersama: Muhammad Husni (Averroes)

barisan-rakyat2.jpg1. Politik makin kotor. Bila orang sebut politik, secara automatik orang akan cakap “eleh politik kotor”. Sebenarnya politik tak kotor, cara orang berpolitik tu kotor. Apa yang kotor kalau orang nak kuasa untuk tolong orang? Apa yang kotor kalau nak kuasa untuk turunkan harga barang? Nak politik bersih, peribadi pemimpin mesti bersih. Kalau undi BN, dapatlah MP macam Nazri Abdul Aziz yang panggil orang bodoh, atau MP Kinabatangan yang cakap pasal bende “bocor”. Nak lagi best, sila Google MP Gombak.

Dapat la orang macam Dr Rahman Ismail (skandal dengan isteri orang), Chua Soi Lek (skandal dalam hotel) atau Rahim Tamby Chik (kes rogol budak bawah umur). Pemimpin menjadi ikutan rakyat. Bila perangai pemimpin tak bagus, perangai rakyat pun tak baguslah. Bila kite undi orang yang tak diketahui peribadi dia, dan dia buat skandal bila naik, jangan pelik la bila muda mudi kita buat video pelik-pelik.

2. Harga petrol makin naik. Sebab kos pengangkutan naik, maka harga barang turut naik. BN kata dah terlalu banyak subsidi, tapi masalah ini boleh selesai jika pengurusan ekonomi lebih bagus (kurangkan projek mega yang hanya menguntungkan kroni). BN kata projek mega beri manfaat pada rakyat, tapi tanyalah diri anda, rasa untung tak? Harga barang tetap naik.

 barisan-rakyat.jpg3. Jenayah makin menjadi-jadi. Sejak BN dapat mandat 91% dan Pak Lah jadi PM tahun 2004, jenayah telah meningkat sebanyak 43%. Menurut laporan Ketua Polis Negara, dah mencecah lebih 420000 kes (2006). Lepas Nurin, Sharlinie pulak. Lepas ni anak siapa? Sebabnya rasuah menjadi-jadi. Rasuah banyak = polis jadi tak cekap. Polis sibuk main saham & buat bisnes dari jaga keamanan negara. Kesannya, anak2 kite tak leh keluar rumah nak bermain-main sebab bahaya penculik dan perogol.

4. Tol naik. Siapa suka bayar tol angkat tangan. Eh silap, hulur tangan. Keluar duit lagi. Lepas tu komplen sara hidup terlalu tinggi. Tapi undi BN juga. Kutipan TOL hingga hujung tahun 2006 adalah RM 23.656 billion, tidak termasuk subsidi atau pampasan kerajaan sebanyak RM 38.5 billion. Bermakna bayaran terhadap pemilik Lebuh Raya adalah RM62.156b. Kos pembinaan kesemua lebuh raya bertol adalah RM 18.930 billion. Ini bermakna, keuntungan yang diperolehi sudah mencecah RM43.226b setakat 2006. Dah untung dah le… tutup le tol tu. Baik ikut cadangan Shahrir Samad, beli semua lebuhraya, tutup konsesi tol. Takda konsesi = takda tol. Takda tol = hidup senang. Undi BN = Tol naik. Kemudian ramai yang pening, pasal apa kerajaan kita duk bodoh sangat tandatangani perjanjian tidak adil dengan konsesi? Sampai perjanjian tol duk pegi letak bawah OSA. Sebabnya adalah ada kroni mempunyai saham dalam UEM (Pemilik PLUS) melalui Renong dan Fleet Holdings. Sekarang tau bagaimana UMNO tiap-tiap kali kempen mewah gila-gila?

5. Banyak skandal rasuah. Siapa sudah lupa skandal PKFZ (Port Klang Free Zone)?Bagaimana Kerajaan yang sepatutnya boleh beli tanah PKFZ tu sebanyak RM10/kaki tetapi memilih untuk beli RM25/kaki.RM3bilion duit hangus kerana nak kenyangkan tembolok pemimpin MCA yang berselindung di sebalik syarikat yang jual tanah tu pada kerajaan. Jangan lupa dengan skandal komisen hampir RM1bilion untuk kapal selam scorpene dan jet sukhoi. Punyalah korup sampai pakai orang tengah dalam Malaysia (Kerabat dia jugak).Padahal orang tengah tu tak perlu.

6. Membazir. Jangan lupa cara Pak Lah beli jet peribadi RM200juta.Padahal jet-jet PM lama tersadai dekat sg Besi. Jangan lupa bangunan Matrade. Sebab lembap, kos naik RM120j.Jangan lupa projek keretapi ke Thailand. Sebab bodoh kos dari RM8b naik kepada RM12b.RM4b hangus. Jangan lupa beli MV Augusta RM500juta tapi jual 1 euro. Jangan lupa jambatan bengkok yang dibatal sampai kena bayar pampasan hampir RM300juta.

7. Kroni kenyang rakyat lapar. Masih ingat kisah bail-out syarikat MISC dan UEM ketika krisis kewangan 1997?Masih ingat bagaimana Petronas diguna untuk bail-out syarikat Scomi RM2b apabila syarikat milik anak Pak Lah tu terjebak dengan skandal nuklear Libya? Masih ingat dengan Skandal Oil For Food Pak Lahpangkah-pas.jpg yang sampai Tun Mahathir minta siasat? Apa cerita pula rakyat? Macam mana kemiskinan tegar?. Sabah no 1 (32400 orang).Terengganu no 2 (8300 orang).Perak no 3 (5700 orang).Sarawak no 4 (5200 org).Kedah no 5 (5000 orang).Kelantan yang dikatakan mundur di bawah ulamak tu pun no 6 (3600 org).Ini tradisi membela rakyat?

8. Agama Tergadai. Apa dipanggil membela agama jika Masjid Bujal dirobohkan?Surau Al-Ijtimaiah di kampung Berembang diruntuhkan? Apa cerita hudud yang dihina dan dihalang kerajaan dan hukum poligami yang dipermainkan menteri wanita? Apa tindakan UMNO bilamana pemimpin Gerakan minta mufti letak jawatan? Masih ingat reaksi Pak Lah berkenaan isu Lina Joy? Apabila cucu ulamak ini sanggup kata “Malaysia does not forbids muslim from converting?“. Mana rasa tanggungjawab dia jaga akidah rakyat? Sudah lupakah kata2nya bahawa “Islam does not above constitution” yang memaksa FORKAD mengeluarkan kenyataan meminta Pak Lah mengucap kembali? Itu dipanggil menegakkan agama?

9.Bangsa tergadai. Apa cerita lebih 66000 ekar tanah rezab Melayu akan terjual kepada orang lain melalui projek ECER? (Ruj The Edge Daily 27 Sept 2007).Apa cerita Tanah Rezab Melayu yang asalnya kira-kira 3 juta ekar? Berapa ekar yang tinggal? Apa cerita Tanah Rezab Melayu Gombak yang terjual pada bukan Melayu? Apa disungguh mahu merampas Kelantan sedangkan nasib Melayu di Pulau Pinang makin dipinggir hari demi hari? Apa cerita rumah-rumah Melayu yang diroboh di kampung Berembang dan Kampung Bujal sedangkan penternak-penternak babi di Melaka boleh pula bertoleransi? Itu dipanggil perjuangkan Melayu?

10.Tanah air tergadai. Masih ingatkah peristiwa pembelian Pantai Holdings oleh Parkway sehingga sistem kesihatan swasta kita hampir dikuasai warga asing? Apa cerita WPI (Wilayah Pembangunan Iskandar) yang lemah peraturannya hingga memberikan peluang untuk warga Singapura menguasai kawasan perdagangan Selatan Semenanjung? Apa lemahnya kerajaan hinggakan terpaksa tunduk pada desakan Singapura dalam isu jambatan bengkok hingga kita rugi RM300juta.Apa lemahnya pemimpin hinggakan perjanjian pembelian air mentah 3 sen/1000 gelen masih kekal? Apa lemahnya Pak Lah hingga untuk berjumpa Bush sanggup bayar pelobi Yahudi di washington DC bernama Jack Abramoff melalui Duta Malaysia di Washington? Perkara ini kemudiannya terbongkar melalui dokumen siasatan di Kongres Amerika sendiri.Ini dipanggil membela tanah air?

Katakan Tak Nak Tuan-Tuan. Katakan Tak Nak kepada BN!!

tak-nak-bn.jpg


iBNuZACK: Ini hanya 10 sebab yang pertama. Masih ada 10 sebab yang kedua, ketiga, keempat….

Assalamu’alaykum

Sumber: http://ibnuzack.blogspot.com/

 


2 Comments leave one →
  1. warga prihatin permalink
    4 July, 2008 4:28 pm

    gua mmg bersetuju dgn lu la..
    slalu isi minyak rm20 skrg kne isi 2 kali ganda..
    kerja cikai je..
    gaji ciput mne tahan mcm ni…

  2. salahuddin permalink
    20 September, 2008 8:46 pm

    Semua warga UMNO Malaysia,
    Asalamualaikum WT
    ‘UMNO DULU,KINI DAN SELAMANYA’
    satu pandangan ahli akar umbi.

    UMNO dilihat oleh setengah pihak semangkin lemah dan kurang berperanan sebagai mewakili warga Melayu dan bumiputra dibumi sendiri, adakah ini satu kebenaran? Atau perancangan pihak tertentu dalam UMNO sendiri atau suatu kesan daripada serangan parti lawan yang tidak senang kepada kekuatan UMNO selama ini.

    Pilihanraya Ke 11 BN memenangi majority terbesar dan paling membanggakan Terengganu telah kembali kepada BN. UMNO berjaya menguasai hampir keseluruhan DUN dan Parlimen Malaysia. Timbul pula pandangan bahawa BN tidak perlu terlalu kuat. Persoalan sekarang:

    1. Siapakah yang memberikan pandangan BN tidak perlu terlalu kuat?
    Apa motifnya
    Mengapa ada ahli UMNO sendiri berasa tidak ‘selesa’ atas kekuatan BN.
    Adakah ia berkaitan dengan pembebasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
    Siapa yang paling kuat menentang kemasukan DSI dalam UMNO selepas pembebasannya, jika pun DSI ingin bersama kembali kepada UMNO? Atas dasar apa mereka menentang? Penyatuan Bangsa Melayu dan Negara Malaysia? Atau kronism?
    2. Selepas pilihanraya ke 12 suasana dan iklim UMNO khususnya bertambah ‘HANGAT’ kesalahan dituding kepada Pak Lah seorang, dimanakah peranan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan MT UMNO. Adakah selama ini mereka hanya ‘PAPET’ yang sememangnya tidak berfungsi? Atau menyepi diri takut duduk dibelakang Pak Lah kerana serangan bertubi daripada mantan PM yang menyerang pucuk pimpinan UMNO sejak sebelum dan selepas pilihanraya ke 12 tersebut. Malah telah mengugut secara keluar darpada UMNO mungkin dengan harapan ramai yang akan menjejakinya. Kini mungkin setelah andaian dan teori tidak terlaksana berusaha kembali kepada UMNO.
    Apakah motif semua ini berlaku?
    Adakah kerana rasa kecewa ‘PROJEK MEGA’ banyak yang terbatal?
    Atau kerana Pak lah dengan bantuan Menteri Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dengan undang-undang berhasrat ‘MEREFOMASIKAN’ system kehakiman Negara dan BPR? Persoalannya sekarang, apakah kesan terhadap refomasi kedua-dua JABATAN tersebut?
    2.3.1 Adakah ini membimbangkan sesetengah pemimpin UMNO dulu dan sekarang?
    2.3.2 Apakah kesannya kepada ‘mohon maaf’ kerajaan kepada bekas-bekas hakim yang dipecat zaman Tun M dahulu.
    2.3.3 Bagaimana dengan kes PEWAJA,MAS dan peristiwa berdarah MAMALI, proses pengharaman UMNO dan banyak lagi, yang mungkin kesan REFOMASI DUA JABATAN tersebut memberikan ruang dan peluang untuk memungkinkan dibuka kembali?
    2.4 Mengapakah YB Tan Seri Mahyudin Yassin Naib Presiden
    UMNO begitu lantang bersuara supaya Pak Lah cepat-
    cepat turun daripada jawatan Presiden UMNO Malaysia.?
    Apakah motif sebenarnya? Adakah demi agama,
    bangsa dan Negara Malaysia tercinta? Atau apakah
    SEBENARNYA yang tersirat?

    Semua persoalan ini perlu dihalusi dan difikirkan dengan sebaik, sehalus dan sematangnya oleh semua ahli-ahli UMNO yang selalu digunapakai oleh pimpinan tertinggi UMNO yang berkepentingan ‘sebagai kononnya’ ‘ KEHENDAK AKAR UMBI’ untuk menyokong kehendak dan citarasa mereka pada hal semua ini andaian mereka semata-mata. Demi untuk memberi bonos kehendak dan hasrat mereka.

    Akhirnya bersama kita berdoa supaya ahli-ahli UMNO diberikan keikhlasan , kematangan dan ilmu yang hebat oleh Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Adil kerana dengan keikhlasan, kematangan dan ilmu sahaja yang mampu menyelamatkan UMNO untuk kekal sebagai ‘ UMNO dulu, kini dan selamanya’

    ‘ SELAMAT BERPUASA DAN BERHARIRAYA’
    ‘MAAF ZAHIR DAN BATIN’

    Coretan oleh:
    Salahuddin bin Jantan
    KC UMNO Taman Mawar Fasa 5 Bahagian Pasir Gudang, Johor D.T. sebagai ‘SUARA AKAR UMBI’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: