Skip to content

Lagi Pihak DBKL Tiada Kuasa Untuk Mengambil Tindakan Kepada Pihak Yang Bersalah

4 March, 2008

100px-dbkl_emblem.jpg

Ada di suatu kawasan perumahan di KL terdapat sesetengah pihak melakukan sesuatu yang jelas melanggar undang-undang dan peraturan kerajaan tempatan.

Pihak berkenaan telah sewenang-wenangnya membina pagar berduri di sepanjang sebuah jalan di taman tersebut dan juga batu penghalang jalan bagi menyekat kenderaan keluar masuk jalan tersebut.

pagar-berduri-tp003.jpg
Klik untuk besarkan

Tujuan pihak berkenaan adalah untuk tidak memberi ruang kepada penduduk kawasan kodominium yang berhampiran meletakkan kereta mereka di sepanjang jalan tersebut. Tindakan yang diambil ole pihak yang berkenaan adalah seperti merampas kuasa undang-undang pihak DBKL.

pagar-berduri-tp008.jpg
Klik untuk besarkan

Dengan tidak memohon kebenaran daripada DBKL terlebih dahulu pihak berkenaan telah membina pagar berduri di sepanjang jalan tersebut bagi mencapai objektif pihak berkenaan.

Penduduk taman berkenaan tidak setuju dengan pembinaan pagar berduri dan batu penghalang jalan yang dibina oleh pihak berkenaan. Penduduk kondo dan taman berkenaan telah melaporkan perkara tersebut kepada pihak DBKL mengenai perkar tersebut.

Mengikut laporan yang dikemukakan oleh mereka bahawa pagar berduri tersebut merbahaya terutama sekali kepada penonggang basikal dan motorsikal sekiranya berlaku kemalangan di sepanjang jalan berkenaan. Iannya juga berbahaya kepada kanak-kanak yang bermain di situ boleh menyebabkan kecederaan jika terlanggar pagar berduri berkenaan.

pagar-berduri-tp011.jpg
Klik untuk besarkan

Batu penghalang jalan yang dibina boleh mengakibatkan kesukaran kepada pihak ambulan dan bomba apabila berlaku kecemasan kerana terpaksa mengambil jalan yang lebih jauh. Lobang yang masih belum dikambus untuk membina batu penghalang boleh menyebabkan kemalangan kepada penonggang basikal dan motosikal sekiranya roda kenderaan termasuk dalam lobang berkenaan.

pagar-berduri-tp005.jpg
pagar-berduri-tp006.jpg
Klik untuk besarkan

Tindakan susulan yang diambil oleh pihak DBKL adalah melawat tempat berkenaan dan telah mengarahkan pagar berduri itu diturunkan. Kerja meletak batu penghalang jalan yang masih belum siap diarahkan supaya diberhentikan serta merta dan mengambus kembali lobang yang telah digali itu.

pagar-berduri-tp009.jpg
Klik untuk besarkan

Nasihat DBKL kepada pihak berkenaan tinggal nasihat sehingga ke hari ini. Daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa pihak yang membinaan pagar berduri dan batu penghalang jalan itu adalah daripada pihak parti politik yang memerintah.

Maka itulah sebab utama mengapa pagar berduri dan batu penghalang jalan tidak dapat dicabut atau diturunkan. Jelas pihak DBKL mempunyai ”double standard” dalam menangani masalah jika melibatkan parti politik pemerintah. Di saat-saat genting pilihanraya, ketidak-prihatinan pihak DBKL dalam hal ini boleh menyebabkan hilangnya undi kepada pihak pemerintah kerana tidak berlaku adil kepada penduduk setempat semata-mata kerana begitu akur kepada pihak yang bersalah daripada parti politik pemerintah.

5 Comments leave one →
  1. aja49 permalink*
    5 March, 2008 4:43 am

    Maklumbalas dipetik daripada portal e-aduan DBKL seperti berikut:-

    06-02-2008 [02:51] zulhadi
    Jabatan Keselamatan & Penguatkuasaan – Siasatan telah dijalankan mendapati pemasangan pagar dan batu penghadang di pasang oleh pihak jawatankuasa surau Nurul Iman untuk tujuan menghalang orang ramai.Penduduk kondominium Pelangi melatakkan kenderaan di luar tempat letak kereta surau dan di atas rumput di sekitar lokasi.

    Komen:
    Adakah ini boleh membenarkan berterusan pagar berduri itu tidak dirobohkan? Tidakkah ianya membahayakan pengguna jalan tersebut. Mengapa mesti menggunakan dawai berduri dan tidak dawai biasa jika tujuannya adalah untuk menghalang kereta diletakkan ke atas kawasan tersebut.

    Tidakkah pihak DBKL boleh meletakkan papan tanda memaklumkan kepada penduduk kondo supaya tidak meletakkan kereta di kawasan tersebut. Papan tanda tersebut adalah lebih bermakna kerana ianya didirikan oleh pihak yang berkuasa dan pelanggaran kepada arahan tersebut boleh didakwa oleh pihak DBKL sendiri.
    Mengapa pihak DBKL membenarkan pihak lain membina sesuatu yang boleh membahaya dan mencederakan pengguna jalan terebut. Pembinaan pagar tersebut jelas melihatkan pelanggaran peraturan sebab tidak memohon kebenaran kepada pihak DBKL.

    Tidak lain tidak bukan DBKL tertakluk kepada kuasa parti politik pemerintah dan tidak boleh berbuat apa-apa walaupun perkara tersebut adalah satu kesalahan di sisi undang-undang dan peraturan pihak Kerajaan Tempatan.

    Apa yang berlaku sekarang mengakibatkan kebencian yang timbul di antara pihak-pihak yang terlibat. Dalam hal ini telah menampakkan pihak DBKL tidak berlaku adil kepada msyarakat dan tidak membawa penyellesaian yang bijak untuk manfaat semua pihak.

    Bagaimana pula batu penghalang jalan yang telah dibina itu?

  2. razak permalink
    5 March, 2008 9:17 am

    Cuba try pihak pembangkang untuk selesaikan isu ni?

  3. aja49 permalink*
    5 March, 2008 9:28 am

    Siapa ada URL Pembangkang? Cepat sementara masa masih ada.

  4. Dhom Izuf permalink
    22 December, 2010 9:20 pm

    Rasuah telah menebal dalam kakitangan penguatkuasa DBKL. Aduan tak diambil tindakan. DBKL tiada taring.

    • aja49 permalink*
      22 December, 2010 9:40 pm

      Untuk makluman perkara ini telah selesai melalui rancangan Aduan Radio 24 sedikit masa dulu. Hanya cara begini boleh menekan pihak berkuasa (DBKL) apabila ianya dikemukakan melalui media elektronik yang boleh didengari dan dilihat oleh maysarakat umum.
      Apabila aduan dibuat secara “private” kemungkinan tidak diambil tindakan segera kerana pihak berkuasa merasakan bahawa isu itu boleh ditangguhkan. Tetapi apabila pihak media (radio) menyiarkan secara langsung mengenai isu ini kepada umum maka mahu tidak mahu mereka (pihak berkuasa) kena ambil tindakan segera.
      Dalam isu ini pihak DBKL tidak ambil tindakan segera kerana ada campurtangan orang politik di kawasan ini. Tetapi akhirnya dapat diselesaikan tanpa pihak yang melakukan kesalahan itu didenda oleh pihak DBKL Pagar berduri itu diturunkan dan tiang-tiang dicabut lama kemudian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: