Skip to content

Istana Kayangan Zakaria Md Deros

29 October, 2007

Diterima daripada adik saya melalui emel daripada kawan dia

Yg mana satu ADUN ni? Kaya benar dia, rumah dia kalah hotel.


istana-md-derus2.jpg


 

 

 

 

 

 

 

 

Inilah ISTANA Zakaria Md Deros

Saya tertarik dengan kenyataan suatu sumber dari Pejabat Badan Pencegah Rasuah BPR ketika mengulas kes siasatan seorang pegawai kanan polis yang dilaporkan telah mengumpul kekayaan sebanyak RM27juta. Menurut akhbar NST semalam, pegawai tersebut berkata:

We want to know if it is possible for a police officer to accumulate RM10 million based on his income and years of service.

Kami mahu tahu adakah mungkin seorang pegawai polis boleh menghimpun sehingga RM10juta berdasarkan pendapatan dan tempoh perkhidmatannya.

Kalau begitu cubalah anak-anak Selangor khasnya tidak kiralah yang pernah mengundi BN atau pembangkang (terutama pengundi di Pelabuhan Kelang) memikirkan apakah Zakaria Md Deros seorang Ahli Dewan Undangan Negeri boleh mengumpulkan harta sehingga mampu membina ISTANA yang penuh kontroversi ini yang dipercayai menelan belanja lebih RM10 juta.

Akhbar THE STAR Jumaat lepas melaporkan yang Zakaria dengan bangganya membuka istananya kepada orang-ramai termasuk para pemberita baru-baru ini. Menurut laporan ISTANA ini mempunyai 16 bilik tidur dan 21 bilik air! Bilik tidur Zakaria menurut akhbar tersebut:

His master bedroom, which has a changing room and a Jacuzzi, is bigger than a low cost house.

Bilik tidur utamanya, mempunyai bilik persalinan disamping Jacuzzi, dan ianya lebih besar dari sebuah rumah kos rendah.

Saya yang tidak ada kena mengena dengan Zakaria ini pun berasa begitu sedih dan malu melihatkan seorang pemimpin Melayu Islam boleh dengan bangga tanpa sedikit pun rasa bersalah atau peduli pada masyarakat, memperagakan ISTANAnya disaat ramai rakyat yang tidak memiliki rumah sendiri, ramai rakyat sedang mengeluh akan kenaikkan kos hidup yang membebankan. Tetapi Zakaria boleh dengan megah membuka pintu ISTANAnya untuk ditonton oleh masyarakat.

Inikah jenis pemimpin yang kita mahu untuk terus memimpin kita? Elok sangatlah menjelang tamat tempoh Parlimen dan DUN penggal ke 11 ini kita semua mengkaji dan memikirkan perkara ini. Zakaria satu contoh hidup seorang pemimpin, wakil rakyat Umno/BN. Kalau kita merasakan perkara ini sebagai biasa, tak mengapa, tidak menjejaskan maruah dan hidup kita teruskanlah memilih pemimpin yang seperti Zakaria ini, jika tidak bangun dan beranilah membuat perubahan apabila tiba masanya nanti

_227861_mahathir150.jpg

 Kita kena guna akal jangan buat tak ketahuan

paklahtido01.jpg

Saya tak tahu nak katalah

 


 


Begitulah kebanyakan pemimpin-pemimpin UMNO dulu, sekarang dan selama-lamanya, jika mereka tidak berubah budaya mereka hidup dalam kemewahan dan keseronokan secara berterang-terangan tanpa segan dan silu.


5 Comments leave one →
  1. 29 October, 2007 10:29 am

    🙂

  2. aja49 permalink*
    29 October, 2007 11:01 am

    syafriadi Says:
    29 October, 2007 at 10:29 am e

    🙂

    Boleh tahu apa maksud Sdr?

  3. 2 April, 2008 5:16 pm

    hurmmm normal la politik.. takde rasuah sure politik tak jalan la.. eh malu la sikit mostly org politik ni kan melayu, tak malu ke ngan bangsa lain?

  4. aja49 permalink*
    3 April, 2008 1:37 am

    Kalau ada sifat malu maka tak jadilah semuanya itu….

Trackbacks

  1. 2010 in review « Apa Kata Anda / What Say You (Kebenaran itu Hak / Truth Prevails)

Leave a comment