Skip to content

Ayam Organik (Free Range Chicken)

21 October, 2007

BERSAMA MENYOKONG EKONOMI UMMAH-PELUANG PERNIAGAAN : PENGEDAR AYAM ORGANIK DIPERLUKAN

ayam_web.jpg

Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd. milik Dr. Mohamad Zainol Ahmad Haja merupakan syarikat muslim yang pertama terlibat dalam penternakan ayam kampung organik secara komersial di Malaysia.  Ayam kampung adalah panggilan bagi ayam yang dipelihara secara lepas. Di negara Barat ia dikenali sebagai free range chicken atau organic chicken.

Ayam kampung jenis ini bergerak bebas  dan berpeluang bergerak aktif mencari makanan tambahan dalam bentuk semula jadi terdiri daripada haiwan kecil seperti belalang, ulat dan cacing serta bahan daripada tumbuhan seperti bijirin, buah dan dedaun termasuk dari spesies tumbuhan herba.

Pergerakan otot yang aktif serta pengambilan makanan berunsur organik menghasilkan daging yang lazat dan berkhasiat tinggi.  Ciri daging yang enak  dan berprotin tinggi tanpa kolesterol akan mejadi kegemaran anda semua berbanding dengan ayam daging komersial yang hidup dengan pelbagai anti biotic, beta aganist, growth hormone dan bahan kimia yang diharamkan oleh kerajaan.

KEISTIMEWAAN AYAM KAMPUNG ORGANIK

A. HALAL PROSES PENTERNAKANNYA.
B. AYAM DIBERI MAKANAN YANG BERSIH DAN BERKHASIAT TINGGI YANG MENAWARKAN FAEDAH PERUBATAN BAGI PENGGUNA SEPERTI :

1) HABBATUS SAUDA
2) HALIA

3) PANDAN

4) KUNYIT.

5) AIR BERSIH BAWAH TANAH TANPA KLORIN

Minta semua pengguna Islam yang bijak dan berprihatin terhadap kualiti serta halalan & tayyiban memberi sokongan untuk kita terus maju.

HARGA YANG DITAWARKAN

Size S (1.3kg – 1.4kg) – RM14.00 seekor
Size M (1.4kg – 1.5kg) – RM15.00 seekor
Size L (1.6kg – 1.7kg) – RM16.00 seekor
Size XL (1.8kg – 2kg) – RM18.00 seekor 
Pesanan minima 3 ekor. Caj penghantaran RM1.00 seekor.

DAPATKAN BEKALAN AYAM KAMPUNG ORGANIK DARI PENGEDAR KAMI :

1. Soletrade (M) Sdn Bhd. – 03-8734 6261
2. En. Shukri – 012-239 4755
3. En. Azzari – 019-232 0304

Maklumat lanjut sila email kepada sales@soletrade.com.my
 
Laman web http://soletrade. com.my/organic/

52 Comments leave one →
  1. 24 October, 2007 7:51 am

    Apa syarat dan bagaimana nak jadi pengedar atau pelabur.

  2. aja49 permalink*
    24 October, 2007 8:42 am

    Sdr Ahmad Rodzi kena hubungi syarikat berkenaan.

    Sila emelkan kepada sales@soletrade.com.my

    Saya hanya menyiarkannya bagi manfaat semua umat Islam. Saya tidak pun kenal yang empunya syarikat ini.

    Wassalam.

  3. ustaz hanafi permalink
    2 November, 2007 1:24 pm

    Assalamualaikum..
    Saya pengedar ayam organik di Kuala Terengganu..Bagi mereka yang berminat untuk membeli atau menjadi stokis@pengedar kawasan di Terengganu.. sila hubungi saya di talian 017-9557234

  4. aja49 permalink*
    2 November, 2007 2:46 pm

    Wa’alaikumussalam,

    Alhamdulillah kita telah pun ada pengedar di KT iaitu Ust Hanafi.
    Diharap pengedar-pengedar di negeri-negeri lain boleh menyiarkan maklumat mereka di sini. Sebar-sebarkan untuk kebaikan umat Islam.

  5. Abbas permalink
    8 November, 2007 12:22 am

    Kami merupakan pembekal tunggal bagi kawasan utara ( Penang, Kedah dan Perlis). Kini ia boleh didapati di Sungai Petani, Kedah. PENGEDAR DIPERLUKAN BAGI SELURUH KAWASAN INI . Sama-sama kita berganding bahu supaya ayam yang 100% halal ini mudah didapati oleh pembeli.

    PENGEDAR AYAM ORGANIK ENTERPRISE
    EN. ABBAS – 017-6782909
    Taman Peruda, Sg. Petani. Kedah.

  6. Abbas permalink
    8 November, 2007 12:23 am

    email saya abbasziae@gmail.com

  7. aja49 permalink*
    8 November, 2007 8:12 am

    Alhamdulillah kini sudah pun ada pembekal di kawasan utara.
    Bagi mereka-mereka yang ingin jadi pengedar di kawasan berkenaan silalah hubungi En. Abbas di talian di atas.

  8. Mohd Fauzi Mohd Yusoff permalink
    8 November, 2007 11:45 pm

    Assalamualaikum’

    Saya terbaca dlm akhbar tentang peluang utk menjadi penternak ayam. Saya berminat :-
    1) Apakah syarat-syarat yg perlu?
    2) Berapa kah modal minima yg diperlukan?
    3) Kebelakangan ini banyak masalah timbul dr ladang ternak ayam spt lalat. Hasil dr itu telah mendapat tentangan hebat dr org ramai, adakah ada cara mengatasi masalah ini?

    Sekian. Menanti respond dr pihak tuan.

  9. aja49 permalink*
    9 November, 2007 8:23 am

    Sdr Mohd Fauzi bolehlah menghubungi

    1. Soletrade (M) Sdn Bhd. – 03-8734 6261
    2. En. Shukri – 012-239 4755
    3. En. Azzari – 019-232 0304

    atau emel kepada

    sales@soletrade.com.my

  10. Wan Ahmad Fakhrul Razi permalink
    11 November, 2007 5:42 pm

    Assalamualaikum,

    Saya amat berminat untuk menjadi pengedar ayam organik di daerah kemaman. Boleh kah sesiapa yg sudi berkongsi pengalaman dan juga informasi(harga, pembungkusan, penghantaran, etc) bagi membolehkan hasrat saya utk menolong umat Islam dan melakukan fardu kifayah menjadi kenyataan.

    Saya amat berharap agar saudara sekalian sudi utk membantu saya dan seluruh umat Islam.
    Semoga perjuangan kita di rahmati dan diberkati Allah.

  11. aja49 permalink*
    12 November, 2007 9:57 am

    Wa’alaikumussalam,

    Sdr Wan Ahmad boleh hubungi Ust Hanafi yang menjadi pengedar di kawasan KT. Lihat butiran beliau di atas.

    Juga sesiapa lagi yang boleh membantu Sdr Wan Ahmad sila berikan maklumat di sini. Sdr Wan Ahmad disarankan memberi alamat dan nombor telefon untuk dihubungi terus oleh mereka yang boleh membantu Sdr.

  12. jaskiah j. joharie permalink
    13 November, 2007 9:23 am

    Salam tuan,

    Saya terbaca di akhbar tentang peluang utk menjadi penternak ayam/pembekal ayam yang telah diproses. Saya berminat untuk mendapat maklumat lanjut tentang:-

    1) Apakah syarat-syarat yg perlu?
    2) Berapakah modal minima yg diperlukan?
    3) Saya ingin menjadi pembekal di sekitar kuala selangor dan batang berjuntai.

    Sekian.

  13. aja49 permalink*
    13 November, 2007 9:29 am

    Sila hubungi

    1. Soletrade (M) Sdn Bhd. – 03-8734 6261
    2. En. Shukri – 012-239 4755
    3. En. Azzari – 019-232 0304

    atau emel kepada

    sales@soletrade.com.my

  14. Ila Othman permalink
    14 November, 2007 9:25 pm

    Assalammualaikum,

    Saya dan suami telahpun menjadi pengedar ayam kampung organik ternakan Dr Mohd Zainol bagi area Pasir Gudang / Masai / sekitar Johor Bahru. Sesiapa yang berminat untuk menjadi stokis bagi kawasan sekitar silalah menghubungi saya ditalian 012-7127403 / suami saya suhaimi bin hamidun ditalian 012-7167403. Permintaan menggalakkan di kawasan ini. Cuma belum sempat membuat iklan besar-besaran. Alhadulillah hasrat kami untuk memasarkan produk yang terjamin halalnya tercapai. Semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t.

  15. aja49 permalink*
    15 November, 2007 4:33 am

    Wa’alaikumussalam,

    Alhamdulillah sudah pun ada pengedar di Pasir Gudang/Masai/dan sekitar Johor Bahru. Maka sekarang ada peluang untuk menjadi stokis di kawasan-kawasan berkenaan kepada siapa yang berminat.

    • aminuldin am.antak permalink
      2 October, 2010 1:40 am

      saya berminat jadi pengedar dikaw.pontian,batu pahat,kluang dan muar.masih ada peluang ke dikaw.ini

  16. 18 November, 2007 11:17 am

    Alhamdulillah kami sudah bermula menjadi pengedar di kawasan sekitar shah alam. hubungi terus:
    Hj. Jaludin: 013-9755013
    Kurishah: 013-3653934

    http://ayamkampungorganik.blogspot.com/

  17. aja49 permalink*
    18 November, 2007 11:53 am

    Alhamdulillah seorang lagi telah menjadi pengedar di kawasan Shah Alam.
    Penduduk-penduduk yang berada di sana dan persekitarannya bolehlah hubungi Tn Hj Jaludin dan Kurishah di talian seperti di atas jika berkehendakan daging ayam organik.

  18. 18 November, 2007 12:27 pm

    wah.. aja49, laju ye dok update blog 🙂

  19. aja49 permalink*
    18 November, 2007 2:35 pm

    Supaya dapat semua umat Islam diberi maklumat terkini secepat mungkin tambah-tambah lagi bab makanan halal yang diusahakan oleh orang Islam sendiri.

  20. 21 November, 2007 1:40 pm

    No Telefon Jaludin -013 3435534
    Terima kasih

  21. aja49 permalink*
    21 November, 2007 6:19 pm

    Sila ambil perhatian nombor tel Tn Hj Jaludin yang baru.

  22. aniq hilman permalink
    18 January, 2008 10:37 pm

    macam mana nak pastikan ayam yg di beli dari pembekal benar -benar ayam organik . takut dia beli kat pasar .ayam biasa pas tu cakap ayam organik.

  23. aja49 permalink*
    18 January, 2008 10:58 pm

    Sdr Aniq Hilman,

    Sila hubungi mereka-mereka yang menjadi pembekal dan pengedar di atas untuk dapatkan nama wakil jualan di tempat masing-masing. Mudah-mudahan Sdr akan mendapat ayam organik yang “ori”.

    Wassalam.

  24. Zainab permalink
    24 January, 2008 1:48 pm

    Baru ni hari Ahad, saya teruja tengok seorang budak muda jual ayam organik di Pasar Hari Kubang Semang, Penang, dia lekatkan banner kat van yg mempromosikan gambar dr. zainal dan ayam organik. Bukan senang nak promosikan Ayam Organik, tapi caranya begitu kreatif, dengan kipas yang mempunyai gambar ayam , dia berjaya menjual ayam organik lebih dari 20ekor satu hari, oh no. phonenya 0195206212

  25. aja49 permalink*
    24 January, 2008 7:27 pm

    Alhamdulillah bagus. Gunakan kreativiti untuk melariskan ayam organik yang lebih baik daripada ayam biasa.

  26. jamali permalink
    27 January, 2008 7:22 pm

    Asalamualaikum

    Saya Jamali adalah pengedar ayam organik bagi kawasan Klang dan Pelabuhan Klang. Jangan lepaskan peluang dapatkan ayam Yang terjamin halal, berkhasiat dan bebas dari hormon dan antibiotik yang boleh menjejaskan kesihatan anda dan keluarga anda.

    Bagi penduduk sekitar Klang dan Pelabuhan sila hubungi saya ditalian

    0192338535 atau 0333710585

  27. aja49 permalink*
    28 January, 2008 2:18 am

    Alhamdulillah seorang lagi pengedar, kali ini untuk kawasan Klang & Pelabuhan Klang. Jangan lepaskan peluang.

  28. tanjung permalink
    15 February, 2008 10:05 pm

    assalammualaikum.. saya tinggal di puchong, bukit kuchai. Di mana boleh saya dapatkan ayam organik?

  29. aja49 permalink*
    15 February, 2008 11:29 pm

    Sdr Tanjung bolehlah menghubungi

    1. Soletrade (M) Sdn Bhd. – 03-8734 6261
    2. En. Shukri – 012-239 4755
    3. En. Azzari – 019-232 0304

    atau emel kepada

    sales@soletrade.com.my

  30. yymn permalink
    18 February, 2008 10:25 pm

    Assalamualaikum. Saya dah lama mencari this kinda product, yg halal dan diyakini. ada pengedar di sekitar subang perdana, subang bestari, kg subang? ada product halal yg lain, keluaran Dr. Zainol? tks.

  31. aja49 permalink*
    18 February, 2008 11:07 pm

    Sdr yymm,
    Buat masa ini belum ada pengedar di kawasan tuan tetapi bolehlah hubungi Sdr Jamali (di atas) yang membekalkan ayam organik di kawasan Klang & Pelabuhan Kelang. Juga hubungi Soletrade (M) Sdn Bhd seperti di atas.

  32. benyahya permalink
    4 March, 2008 9:13 pm

    sy amat brminat ngan projek ayam kampung,memandangkan sy adalah msih muda,apkah yg harus sy lakukan?

  33. aja49 permalink*
    4 March, 2008 10:28 pm

    Sesiapa yang ada kepakaran dalam bidang ini diharap dapat membantu Sdr Benyahya.

  34. msyafaat permalink
    23 March, 2008 9:57 pm

    Assalamualaikum’

    Saya terbaca dlm internet tentang peluang utk menjadi penternak ayam. Saya berminat :-
    1) Apakah syarat-syarat yg perlu?
    2) Berapa kah modal minima yg diperlukan?
    3) Kebelakangan ini banyak masalah timbul dr ladang ternak ayam spt lalat. Hasil dr itu telah mendapat tentangan hebat dr org ramai, adakah ada cara mengatasi masalah ini?

    Sekian. Menanti respond dr pihak tuan.

  35. msyafaat permalink
    23 March, 2008 10:00 pm

    Assalamualaikum’

    Saya terbaca dlm akhbar tentang peluang utk menjadi penternak ayam. Saya berminat :-
    1) Apakah syarat-syarat yg perlu?
    2) Berapa kah modal minima yg diperlukan?
    3) bagaimana saya boleh dapatkan benih?

    Sekian. Menanti respond dr pihak tuan.

  36. aja49 permalink*
    23 March, 2008 11:04 pm

    Sdr kena hubungi syarikat berkenaan.

    Sila emelkan kepada sales@soletrade.com.my

    Saya hanya menyiarkannya bagi manfaat semua umat Islam. Saya tidak pun kenal yang empunya syarikat ini.

    Sesiapa sja yang boleh beri bantuan dalam hal ini adalah sangat-sangat dialukan.

    Wassalam.

  37. Faridah permalink
    24 March, 2008 2:21 pm

    Berminat untuk menceburi. Berapa modal. Hubungi saya 019-2285011

  38. aleeya permalink
    25 March, 2008 5:14 pm

    assalammualiakum.

    macam mana nak dapatkan ayam organik ni kat kota damansara. cari pengedar kawasan berdekatan pun x ada.

  39. aja49 permalink*
    26 March, 2008 1:27 am

    Wa’alaikumussalam,

    Buat masa ini masih belum ada lagi pengedar di kawasan Kota Damansara.
    Yang terdekat sekali adalah pengedar di Shah Alam.
    Diharap pihak Soletrade dapat menyediakan senarai pengedar untuk semua kawasan yang sedia ada dan dapat kemaskinikan dari masa ke masa.

  40. ainun ibrahim permalink
    25 June, 2008 12:48 pm

    Assalamualaikum

    Di Kawasan Sungai buloh di mana boleh kami dapatkan ayam organik ini?

  41. aja49 permalink*
    25 June, 2008 3:57 pm

    Wa’alaikumussalam,

    Diharap sesiapa yang membaca blog ini boleh membantu ainun mendaptkan ayam organik di kawasan beliau.

  42. shahir permalink
    28 June, 2008 4:08 pm

    salam,ainun n kwn2 yg brminat bleh mghubungi sy utk dptkan ayam kg organik..0179792462,tiada minimum order,utk skitar lmbah kelang,ayam siap potong 4..tma kasih

  43. aja49 permalink*
    28 June, 2008 11:01 pm

    Alhamdulillah sudah pun ada pengedarnya untuk kawasan sekitar lemabah Klang.

  44. Hj.Johari permalink
    11 August, 2008 12:31 pm

    Saya berminat untuk menjadi Pengedar di kawasan Mersing, Johor. Boleh kita bincangkan secara detail.

    Hj.Johari.
    012-7161712

  45. aja49 permalink*
    11 August, 2008 2:02 pm

    Tn Hj Johari kena hubungi syarikat berkenaan.

    Sila emelkan kepada sales@soletrade.com.my

    1. Soletrade (M) Sdn Bhd. – 03-8734 6261
    2. En. Shukri – 012-239 4755
    3. En. Azzari – 019-232 0304

    Saya hanya menyiarkannya bagi manfaat semua umat Islam. Saya tidak pun kenal yang empunya syarikat ini.

    Wassalam.

  46. KUMOHSIEN permalink
    24 August, 2008 9:23 pm

    Assalamualaikum!!!

    Saya amat berminat ingin mengetahui selok belok penternakan ayam kampung/ayam organik dan sedang mencari maklumat serta pengetahuan tentang penternakan ayam ini. Saya berada di Kuala Lumpur, dimanakah lokasi paling hampir ladang penternakan ayam ini yang boleh di lawati.

    Sekian, terima kasih

  47. Razif permalink
    27 April, 2009 1:56 pm

    Ladang yang paling dekat Dr. Zainol punya lah, kat Sungai Lui. Tapi ade khabar dah lame tutup dan ada khabar jugak dia ada contract farm, tapi tak tau kenape dia tak senaraikan nama-nama dan tempat ladang-ladang contract itu.

    • Syed Abdul Rahim permalink
      26 January, 2010 10:07 am

      Saya dengar sudah tutup…

  48. Syed Abdul Rahim permalink
    26 January, 2010 9:56 am

    Penternakan ayam memerlukan pengetahuan dan pengalaman. Penternakan mula dengan A>LADANG-LADANG…sumber anak ayam…telor bernas….penentasan…breeder….commercial broiler…bolih buat free ranch….tapi kena jaga ayam supaya makanan nya terjaga supaya tidak ada bahan racun biologik…penternakan menggunakan kaedah GFP (GAHP) yang diakreditasikan. Perlu ada dokumen…program keselamatan makanan….B>Rumah sembelih yang bersih, kemudahan keselamatan makanan yang diakreditasi….baru ada Halal, GMP dan HACCP…..kena ada orang yang tahu benda-benda ini…kawalan….C>PEMASARAN/KEWANGAN terkawal…tahu mengurus kewangan sebaik mungkin….

  49. Syed Abdul Rahim permalink
    26 January, 2010 10:00 am

    Rumah sembelih….karkas ayam perlu kekalkan kesejukan..kebersihan mustahak….cara jualan…kebersihan suci bersih dan halal…kehendak orang Islam….supaya yakin Halal dan Kesucian….perlu tahu pasal keracunan makanan….

    Kalau hendak tahu semua ini…hubungi Agri Management Solutions Sdn Bhd…email: syed@agri.com.my

  50. Syed Abdul Rahim permalink
    26 January, 2010 10:06 am

    Ada beberape rumah sembelihan ayam yang telah menerima kelulusan dari pihak yang berwajib dan dimiliki orang Islam 100%…seperti:
    1. Zubir Agro Resources Sdn Bhd di Nilai3
    2. Rumah Sembelih Ayam PPNJ di Machap, Johor (Badan Kerajaan Johor)
    3. Rumah Sembelihan Ayam NAFAS Processing – Almeat di Sg Bakap. Seberang Perai, P.Pinang
    4. AYAMAS Food Corporation Sdn Bhd (kepunyaan JCorp sekarang…100%)

Leave a comment