Khasiat Habbatus Sauda’
Amalan pemakanan
Khasiat Habbatus Sauda’
Erti Habbatus Sauda
Arab = Habbatus Sauda’, Habbatul Baraka, Kamun Aswad, Sinauj
Armenia = Shoushma
Estonia = Mustkoomen
India = Kalounji
Inggris = Nigella, love in a mist. Fennel Flower, Onion Seed.
Italia = Nigella
Jerman = Zwibelsame, Schwarzkummel
Kanada = Korijigi
Norwegia = Svartkave
Perancis = cheveux de venus, Aligelle
Rusia = Chamustika
Spanyol = Niguilla, Pasionara
Tamil = Karun Jiragam
Turki = Corekotu Siyah
Melayu : Jintan Hitam
Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)
Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda …… merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.
Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:
- Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
- Antiarthritis, mengubati reumatik.
- Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
- Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
- Antiseptik, mengubati bau mulut.
- Antivirus, mengubati demam dan flu.
- Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
- Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
- Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
- Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
- Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
- Nematocidal, mengubati cacing pita.
- Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:
1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan:
|
monosaccharide glukosa, xylosa dsb. |
|
polysaccharide |
|
fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan |
|
amino acid yang membentuk protein |
|
karotene iaitu sumber vitamin A |
|
kalsium, zat besi, dsb. |
2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
Hasil Kajian
Di Amerika, Nigella Sativa yang merupakan nama latin dari minyak jintan hitam, telah mendapat kejayan luar biasa sebagai makanan suplemen. Di Jerman, minyak habbasSauda telah tersedia dalam bentuk kapsul di farmasi.
Analisis ekstrak mengenai minyak dan kesan-kesannya juga telah dilakukan di Amerika dan hasilnya menunjukkan bahwa minyak kuno itu juga mujarab untuk segala macam penyakit. Para saintis Amerika telah merasa yakin bahwa kesan antibakteri dan antimikotis dari minyak habbasSaudayang merupakan obat Asia Timur dan di Asia berlangsung dalam waktu yang lama. Para dokter di Mesir dan Cina menggunakannya untuk obat segala macam radang serta infeksi jamur. Bahkan, para ilmuwan kanker Amerika secara meyakinkan telah membuktikan bahwa minyak habbasSaudamenurunkan kadar gula. Ekstrak Nigella Sativa membantu merangsang tulang sumsum dan sel-sel kekebalan. Demkian tulisan para ilmuwan kanker Immuno-Biology Laboratory dari Carolina Selatan. Selanjutnya, produksi interferon menghasilkan sel-sel normal terhadap kesan-kesan virus sel-sel yang merusak, menghancurkan sel-sel tumor, dan meningkatkan jumlah antibodi yang menghasilkan sel-sel B.
Seluruh fungsi ini menyebabkan minyak habbasSaudasebagai calon (alternatif) yang ideal untuk pencegahan dan pengobatan kanker. Para ilmuwan Amerika telah memplubikasikan bukunya yang pertama mengenai temuan “Study Of Black Cumin Oil On Human”. Para ilmuwan di Jerman kini juga sibuk menemukan kesan-kesan minyak Mesir yang berkaitan dengan tubuh manusia. Dr. Med. Peter Schleicher, ahli immunolog di Munich yang pada 1986 telah dinominasikan sebagai anggota termuda World Academy Scientists, menguji minyak habbasSaudadi lembaganya untuk menemukan terapi baru bagi penyakit kronis dan kesan-kesannya. Temuan-temuannya indentik dengan para koleganya di Amerika.
Schleicher menyatakan bahwa dengan menggunakan minyak habbasSaudayang memiliki asam lemak tak jenuh, misalnya unoleat dan asam gammalinolen masuk ke organisme. Dengan demikian, kemungkinan mencapai sintesa kekebalan yang penting dan mengatur zat-zat yang diambil seperti dari prostaglandin E. Minyak linoleat menstabilkan membran-membran sel dan prostaglandin memiliki kesan mencegah radang. Dengan demikian, reaksi kekebalan berhenti yang menimbulkan penyakit dan bahkan merupakan awal dari penyakit kronis seperti jerawat dan demam hingga kanker.
Di samping fungsi sel yang berlebihan pada orang yang menderita alergi distabilkan, melalui zat minyak habbasSauda antibodi juga ditekan. Sistem kekebalan yang berlebihan pada kajian (ilmuwan) Amerika juga menguji bahwa sistem kekebalan yang salah dapat diatur kembali dengan kesan yang kuat dari minyak ini. Sementara itu, Scheleicher telah menguji kesan minyak ini terhadap 600 pesakit. Sebagai hasilnya, dia meyakinkan pengobatan untuk alergi sekitar 70% dari pesakitnya. Di antara mereka adalah alergi terhadap serbuk dan debu serta jerawat dan penyakit neuro-dermatologis. Pesakit asma dan lainnya pada umumnya memiliki ketahanan yang lemah dan mudah terkena infeksi. Dari alasan itu Dr. Schleicher di Munich akan memasukkan minyak itu ke dalam pengobatan preventifnya terhadap pilek dan influenza.
Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai obat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.
Boleh hubungi saya (emel) untuk mendapat produk di atas dengan harga yang berpatutan (hantaran percuma hanya di Kuala Lumpur dan kawasan persekitarannya)

6 June, 2007 at 10:01 pm
salam. alhamdulillah dapat wawasan baru… terus berjuang untuk nyunnah… ambo mau tanya bagaimana proses untuk membuat minyak jintan hitam..dengan peralatan sendiri..minyak jintan hitam biasanya dihargai mahal bila dibuat pabrikan.. jazakallah.
7 June, 2007 at 12:21 am
Wa’alaikumussalam,
Sdr mazhar ali, saya sendiri tidak punya pengetahuan untuk memproses jintan hitam ini.
Saya hanya menjadikan satu amalan memakan habbatus sauda’ (bentuk kapsul) ini setiap hari.
Mungkin pengunjung-pengunjung ke blog ini boleh memberi maklumbalas mengenai pertanyaan sdr itu.
20 July, 2007 at 4:03 pm
selain habbatus sauda’, nabi juga menganjurkan makan buah kurma, terutama saat berbuka puasa. sekarang sudah ada Sari Kurma, manfaatnya sangat baik untuk energi dan vitalitas jika diminum pagi hari habis sarapaan pagi. Lebih lengkapnya lihat di sini: htpp://www.hidupsehatalami.wordpress.com
7 August, 2007 at 2:58 pm
Assalaamu ‘alaykum wrwb,
Saya Fauzie Abdullah dari Indonesia. Jika diperkenankan, saya ingin mengutip tulisan Anda ini untuk ditaruh di website saya, dengan sedikit diubah redaksinya menjadi bahasa Indonesia. Website saya: http://habbats.blogspot.com.
Bolehkah?
Terima kasih. Wassalaamu ‘alaykum wr wb
7 August, 2007 at 4:16 pm
Wa’alaikumussalam,
Dipersilakan Sdr Fauzie.
Wassalam.
18 April, 2008 at 11:46 am
salam..
terima kasih kerana memberi info yang begitu berguna…
boleh kah anda masukkan sekali gambar habbatus sauda..
dan dimana saya bleh dapatkan kapsul habbatus sauda..
18 April, 2008 at 12:48 pm
Wa’alaikumussalam,
Jika baby tinggal di persekitaran KL, Batu Caves dan Gombak boleh dapatkan daripada saya.
Wassalam.
aja49
16 June, 2008 at 5:35 pm
[...] dan juga sekalian minta dikeroki, eh belum sembuh juga. Akhirnya, make pengobatan alternatif, minum habbatus sauda alias biji hitam yang dibawa adik saya dari mesir tahun lalu. Dalam dua hari ternyata saya sehat [...]
16 June, 2008 at 11:00 pm
Nabi s.a.w. sendiri mengamalkannya. Cuma kita umat Islam tidak berapa mahu mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
Percayalah apa yang disaran oleh Nabi s.a.w. mesti ada kebaikannya tetapi berapa ramai yang boleh mengambil iktibar?
25 June, 2008 at 4:05 pm
sy baru saja mengamalkan habbatus sauda (dlm bentuk asal).
rasa ok je……
26 June, 2008 at 12:15 am
Sebenarnya dalam bentuk apa pun ianya tetap baik kerana mengambilnya adalah amalan sunnah.
Untuk lebih memberi kesan mengambilnya dalam bentuk minyak adalah cara yang terbaik.
Masih ramai lagi umat Islam yang belum mengamalnya sedangkan orang-orang kulit putih telah nampak khasiatnya. Bagi mereka dikenali sebagai “black seed” dan bukan habbatus sauda’. Orang Melayu bila tahu orang kulit putih mula mengamalnya barulah mereka sedar bahawa habbatus sauda’ ada khasiat sedangkan Nabi s.a.w telah mengamalkannya lebih 1400 tahun yang lalu.
http://infoliamekarseri.blogspot.com/
18 August, 2008 at 4:46 pm
Salam. Betul ke black seed boleh diambil dlm bentuk asal tanpa di kunyah atau di kisar terlebih dahulu? saya risau ianya tidak hadam. Saya & keluarga mmg mengamalkannya tp sblm in dlm bentuk minyak & serbuk ( yg telah dikisar ) Jika dlm bentuk minyak harganya terlalu mahal & dlm bentuk serbuk selalunya saya campurkan dgn madu manuka tp dlm bentuk serbuk ni susah sikit anak2 saya nk telan ( rasanya berhabuk sgt -melekat2 didlm mulut ) kecuali dlm betuk asal sbb ianya tak rasa spt yg dikisar – boleh terus ditelan tanpa melekat didlm mulut. T/kasih
19 August, 2008 at 12:11 am
Mengenai pengambilan habbatus sauda’ dalam betul asal saya kurang pasti. Jarang yang saya dengar orang mengambilnya dalam bentuk asal.
Paling baik mengambail habbatus sauda’ adalah dalam bentuk minyak. Harganya memang mahal. Habbatus sauda’ berjenama Barakah adalah dalam bentuk soft-gel yang mana di dalamnya adalah minyak habbatus sauda. Harga tidaklah mahal seperti dalam bentuk minyak yang dijual dalam botol.
Harga runcit se kotak RM10.00 mengandungi 24 capsul 450mg.
http://infoliamekarseri.blogspot.com/
info.liamekarseri@gmail.com
20 September, 2008 at 12:18 am
siapa yg dok di kawasan area pantai dalam, bangsar…mai minta kat sy..sekiranya berminat..017-4068210
20 September, 2008 at 7:39 am
Dalam keadaan harga minyak yang tinggi dan keadaan sesak lalu lintas di KL maka siapa yang terdekat dengan En Asyraf bolehlah beli daripadanya.
Bagi mereka yang tinggal di persekitaran kawasan Gombak, Sentul, Greenwood, Setapak boleh ke kedai Lia Mekarseri untuk mendapatkannya. Bagi pengujung laman web ini boleh diberi harga diskaun.
http://infoliamekarseri.blogspot.com/
info.liamekarseri@gmail.com
017-8834038 / 017-3081997
21 September, 2008 at 6:57 pm
salam, adakah black seed ini boleh mengurangkan keasidan di dalam darah dan saluran penghadaman/ ? sbenarnya byk lagi yang org putih lebih cepat dari kita terutama tentang perubatan ini,, yang saya ada terbaca la di internet, seperti apple cider, olive oil, alfafa dan yang paling saya tak percaya, makan lumpur (org putih kata ‘red clay’) hehe..ini mmerupakan penawar kepada toksik2 di dalam badan kita..akibat daripada mengkonsumi makanan yang diproses/ heavily processed food. tq
2 December, 2008 at 10:41 pm
Informasi yang canggih. Kami menyediakan Minyak Dara Habbatus Sauda. Agen di cari.
26 December, 2008 at 9:03 am
Aslkm,
rasanya saya berminat nak beli la. sebelum ni dah banyak baca dalam internet tentang habbatus sauda. satu kotak tu berapa harganya?
26 December, 2008 at 11:13 am
Wa’alaikumussalam,
Harga pasaran RM10.00 , walaubagaimana pun harga boleh dirunding bergantung kuantiti yang hendak dibeli.
Jika tuan tinggal di persekitaran K.L. maka lebih baik datang ke kedai kami. Jika duduk luar K.L. maka boleh dihantar melalui Poslaju di mana Sdr. kena tanggung kos penghantaran.
Bagi peniaga harga boleh dirunding bergantung kuantiti yang hendak dipesan.
http://infoliamekarseri.blogspot.com/
Wassalam.
2 January, 2009 at 11:10 pm
Assalamualaikum,
Dekat area Putrajaya ada tak?
Buat masa ni saya makan kapsul yg berbentuk serbuk.
3 January, 2009 at 7:46 am
Wa’alaikumussalam,
Saya tak tahu, cuba tenguk di farmasi pusat beli belah Amanda.
Biasanya di pusat beli belah harga lebih mahal lagi.
Kalau ada kawan yang tinggal di persekitaran Gombak, KL dan bekerja di Putrajaya bolehlah kirim melalui dia.
Wassalam
28 January, 2009 at 11:03 pm
askm. boleh x bagi saya no hp untuk saya hubungi awak
29 January, 2009 at 1:43 am
Wa’alaikumusalam,
No. hndphn saya 017 8834038
Sila kunjungi
http://infoliamekarseri.blogspot.com/
7 February, 2009 at 3:37 pm
assalamualaikam, saya sungguh berminat, tentang article yang anda tuliskan berkenaan Jintan Hitam.
Saya ada beli jintan hitam dari Mecca, waktu menunaikan umrah baru baru ini, tapi tak tahu nak gunakan. Ia nya dalam bentuk asal, berapa banyak yang harus kita makan dalam satu hari, harap dapat penyelasan dari anda, terima kaseh
8 February, 2009 at 12:37 pm
Wa’alaikumussalam,
Jenis yang saya jual adalah dalam bentuk “softgel” dalam mana mengandungi habbatus sauda’ dalam bentuk minyak sebanayak 450mg. Jadi saya kurang pasti banyak manakah persamaan habbatus sauda’ dalam bentuk biji (asal). Mida boleh cuba lihat pada packaging habbatus sauda’ yang dijual dalam bentuk kapsul dalam mana terkandung dalam bentuk asal.
Saya pernah juga terlihat habbatus sauda’ yang dijual dalam bentuk asal tanpa kapsul tetapi tidak tahu banyak mana perlu dimakan dalam satu hari.
Mungkin pelawat-pelawat blog ini boleh membanti Mida dalam hal ini.
8 February, 2009 at 3:33 pm
Terima kaseh, jika ada yang tahu boleh lah email saya
atau beri komen ka blog ini,
8 February, 2009 at 4:46 pm
salam saya mengunakan habbatus sauda,
untuk meningkat jasmani,serta memulihkan kesihatan ,baru baru ni saya kena gastrik sebulan ,saya mkn bersama dgn vcop..dalam masa seminggu saya rasa semakin pulih alhamduliah try cuba test .kalau nak cari minyak kelapa dara saya boleh usaha kan .saya akan terus mengunakan dua benda tu untuk kesihatan saya …alhamdulliah dgn penyembuh yg ade kat depan mata ,kepada kawan kawan kat luar disana tak rugi cuba .alami sendiri
9 February, 2009 at 1:50 am
Wa’alaikumussalam,
Alhamdulillah, itulah testimoni Sdr Mohd Fadzil yang mengamal makan habbatus sauda’ yang mendapat berbagai kebaikan kesihatan. Mungkin ramai lagi tidak mengetahui bahawa orang Amerika dan Eropah juga mengamalkan mengambil habataus sauda’ kerana mereka mengetahui akan kebaikannya. Mereka tidak memanggilnya habbatus sauda’ tetapi mereka guna nama “black seed”. Oleh itu adalah sedih sekali ramai orang Islam masih kurang mengenali apa itu habbatus sauda’ dan kebaikan yang boleh perolehi daripada memakannya.
Ramai orang Islam tidak mengetahui bahawa ianya menjadi amalan Nabi s.a.w.
Wallahu ‘alam.
9 February, 2009 at 4:39 pm
Maaf, tulisannya bagus bisakah saya copy ke blog saya?
9 February, 2009 at 10:29 pm
Silakan.
29 March, 2009 at 8:20 pm
assalammualaikum
saya mengalami masalah kulit (jerawat) berulang dan telah mencuba pelbagai jenis produk. harap harapnya habatus sauda boleh menjadi penyelesaian kepada masalah saya ini
30 March, 2009 at 1:24 am
Wa’alaikumussalam,
Saya pernah menjual produk ini kepada seorang ibu daripada Puchong. Beliau memaklumkan bahawa anak perempuan beliau mengalami sakit kulit dan telah merujuk kepada hospital tetapi tidak dapat membantu mengurangkan sakit kulit anak beliau itu.
Selepas beberapa hari memakan habbatus sauda’ beliau memaklumkan sakit kulit anak beliau bertambah kurang. Selepas itu saya cuba hubungi pelanggan tersebut untuk mendapatkan maklumat terkini tetapi gagal menghubungi beliau. Jadi saya tidak dapat mempastikan sama ada sakit kulit anak beliau sembuh sepenuh atau tidak.
Wallahu’alam.
http://infoliamekarseri.blogspot.com/
017-8834038
8 May, 2009 at 2:29 pm
Assalamualaikum,
Anak saya bekas pesakit Kanser dan Isteri Saya bekas pesakit Asma tegar. Alhamdulilah, kami sekeluarga telah menggunakan herbatus sauda sejak anak saya di sahkan mengalami penyakit kanser pada bulam May 2008. Manakala isteri saya telah sembuh sepenuhnya dari penyakit Asma. Saya sendiri mengalami perubahan di rambut apabila uban di kepala semakin berkurangan ( ini belum pernah di temui dari mana-mana testimonial).
Kami sekeluarga mengamalkan dengan meminum satu sudu Pagi (sebelum sarapan) dan 1 sudu Malam sebelum tidur madu lebah dan di campurkan dengan beberapa titik minyak herbatus sawda yg di beli secara berasingan.
Sehingga kini hasilnya memuaskan.
Sumber madu boleh didapati di mana-mana kedai.
Minyak herbatus sawda boleh di dapati dari Syarikat DCL, Anussyrah Marketing sdn Bhd, Atau mengirim dari kawan-kawan yg beradi di timur tengah atau di Indonesia pada harga antara RM35.00 ke RM60.00.
Sekian
Naz’izan
8 June, 2009 at 6:40 am
Satu testimoni yang sangat meyakinkan daripada Naz’izan. Walaupun begitu ramai lagi orang Islam tidak tahu akan khasiat madu dan habbatus sauda yang menjadi amalan Nabi s.a.w. Apa yang dimakan oleh Nabi s.a.w. mesti ada khasiat jelas atau tersembunyi. Sebagai seorang Islam tidak ruginya jika kita ikut sunnah Nabi s.a.w. dalam mengamalkan memakan madu dan habbatus sauda setiap hari.
Di Amerika Syarikat dan di Eropah mereka mengambil habbatus sauda dalam bentuk minyak atau kapsul lembut (soft gel).Mereka tidak memanggil habbatus sauda tetapi ianya dikenali sebagai black seed oil.
http://infoliamekarseri.blogspot.com/
19 June, 2009 at 11:33 am
Very interesting point you have here. I just read an artikel about habbatus sauda from a magazine and when I googled about it, i found your blog.
I have a question. Can a pregnant lady take this pil?
Thanks so much for your view.
21 June, 2009 at 5:54 pm
According to Ibnu Qayyum iis best to avoid taking it during pregnancy.
Can pregnant women use Black Seed Oil?
Pregnant women should not use the Black Seed Oil as it has been reported in Iman Ibn Qayyum’s Medicine of the Prophet that it can promote abortion. A decoction of black seed can also promote contractions of the uterus after birth.
19 June, 2009 at 11:53 am
ouh, lupa pulak saya nak tanya.
Kalau saya nak beli, boleh tolong poskan tak?
Thanks againg for the reply~
Salam
21 June, 2009 at 5:55 pm
Wa’alaikumussalam,
Sila rujuk emel saya kepada puan.
5 July, 2009 at 6:52 am
Salam
Terima kasih atas informasi yg diberi. Sangat bermanfaat.
Ada yg tanye boleh tak habbatus sauda diambil dalam bentuk asal. Ustaz yg saya jumpa di Mekah waktu umrah kata, boleh makan dalam bentuk asal. Dia sarankan ambil 7 biji setiap pagi. Sayangnya, saya terlupa (maaf saya mmg pelupa sket) apa sebenarnya khasiat makan 7biji habbatus sauda setiap hari..
5 July, 2009 at 11:29 am
Wa’alaikumussalam,
Memang boleh makan habbatus sauda’ (HS) dalam bentuk asal. Walau bgaimana pun ramai yang tidak berbuat demikian kerana rasa yang kepedasan atau pedar yang membuatkan ramai tak memakan dalam bentuk asal. Selain daripada makan dalam bentuk asal, cara yang paling baik adalah dalam bentuk minyak tulen atau dalam bentuk softgel.
Tentang makan dalam bentuk asal sebanyak 7 biji sehari tu Wallahu’alam. Saya tak pernah jumpa hadis mengenainya.