Khasiat & Kabaikan Habbatus Sauda’
Amalan pemakanan
Khasiat & Kabaikan Habbatus Sauda’
Erti Habbatus Sauda
Arab = Habbatus Sauda’, Habbatul Baraka, Kamun Aswad, Sinauj
Armenia = Shoushma
Estonia = Mustkoomen
India = Kalounji
Inggris = Nigella, love in a mist. Fennel Flower, Onion Seed.
Italia = Nigella
Jerman = Zwibelsame, Schwarzkummel
Kanada = Korijigi
Norwegia = Svartkave
Perancis = cheveux de venus, Aligelle
Rusia = Chamustika
Spanyol = Niguilla, Pasionara
Tamil = Karun Jiragam
Turki = Corekotu Siyah
Melayu : Jintan Hitam
Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)
Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda …… merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.
Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:
- Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
- Antiarthritis, mengubati reumatik.
- Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
- Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
- Antiseptik, mengubati bau mulut.
- Antivirus, mengubati demam dan flu.
- Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
- Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
- Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
- Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
- Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
- Nematocidal, mengubati cacing pita.
- Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:
1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan:
monosaccharide glukosa, xylosa dsb. |
polysaccharide |
fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan |
amino acid yang membentuk protein |
karotene iaitu sumber vitamin A |
kalsium, zat besi, dsb. |
2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
Hasil Kajian
Di Amerika, Nigella Sativa yang merupakan nama latin dari minyak jintan hitam, telah mendapat kejayan luar biasa sebagai makanan suplemen. Di Jerman, minyak habbasSauda telah tersedia dalam bentuk kapsul di farmasi.
Analisis ekstrak mengenai minyak dan kesan-kesannya juga telah dilakukan di Amerika dan hasilnya menunjukkan bahwa minyak kuno itu juga mujarab untuk segala macam penyakit. Para saintis Amerika telah merasa yakin bahwa kesan antibakteri dan antimikotis dari minyak habbasSaudayang merupakan obat Asia Timur dan di Asia berlangsung dalam waktu yang lama. Para dokter di Mesir dan Cina menggunakannya untuk obat segala macam radang serta infeksi jamur. Bahkan, para ilmuwan kanker Amerika secara meyakinkan telah membuktikan bahwa minyak habbasSaudamenurunkan kadar gula. Ekstrak Nigella Sativa membantu merangsang tulang sumsum dan sel-sel kekebalan. Demkian tulisan para ilmuwan kanker Immuno-Biology Laboratory dari Carolina Selatan. Selanjutnya, produksi interferon menghasilkan sel-sel normal terhadap kesan-kesan virus sel-sel yang merusak, menghancurkan sel-sel tumor, dan meningkatkan jumlah antibodi yang menghasilkan sel-sel B.
Seluruh fungsi ini menyebabkan minyak habbasSaudasebagai calon (alternatif) yang ideal untuk pencegahan dan pengobatan kanker. Para ilmuwan Amerika telah memplubikasikan bukunya yang pertama mengenai temuan “Study Of Black Cumin Oil On Human”. Para ilmuwan di Jerman kini juga sibuk menemukan kesan-kesan minyak Mesir yang berkaitan dengan tubuh manusia. Dr. Med. Peter Schleicher, ahli immunolog di Munich yang pada 1986 telah dinominasikan sebagai anggota termuda World Academy Scientists, menguji minyak habbasSaudadi lembaganya untuk menemukan terapi baru bagi penyakit kronis dan kesan-kesannya. Temuan-temuannya indentik dengan para koleganya di Amerika.
Schleicher menyatakan bahwa dengan menggunakan minyak habbasSaudayang memiliki asam lemak tak jenuh, misalnya unoleat dan asam gammalinolen masuk ke organisme. Dengan demikian, kemungkinan mencapai sintesa kekebalan yang penting dan mengatur zat-zat yang diambil seperti dari prostaglandin E. Minyak linoleat menstabilkan membran-membran sel dan prostaglandin memiliki kesan mencegah radang. Dengan demikian, reaksi kekebalan berhenti yang menimbulkan penyakit dan bahkan merupakan awal dari penyakit kronis seperti jerawat dan demam hingga kanker.
Di samping fungsi sel yang berlebihan pada orang yang menderita alergi distabilkan, melalui zat minyak habbasSauda antibodi juga ditekan. Sistem kekebalan yang berlebihan pada kajian (ilmuwan) Amerika juga menguji bahwa sistem kekebalan yang salah dapat diatur kembali dengan kesan yang kuat dari minyak ini. Sementara itu, Scheleicher telah menguji kesan minyak ini terhadap 600 pesakit. Sebagai hasilnya, dia meyakinkan pengobatan untuk alergi sekitar 70% dari pesakitnya. Di antara mereka adalah alergi terhadap serbuk dan debu serta jerawat dan penyakit neuro-dermatologis. Pesakit asma dan lainnya pada umumnya memiliki ketahanan yang lemah dan mudah terkena infeksi. Dari alasan itu Dr. Schleicher di Munich akan memasukkan minyak itu ke dalam pengobatan preventifnya terhadap pilek dan influenza.
Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai obat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.
Untuk mendapatkan produk di atas, sila hubungi saya melalui emel, telefon atau sms. Hantaran COD percuma hanya di Kuala Lumpur dan 10km kawasan persekitarannya dengan syarat beli tidak kurang daripada 3 kotak). Penghantaran melalui Poslaju atau surat berdaftar kos penghantaran dikenakan mengikut destinasi dan bilangan kotak yang diminta. Harga pasaran sekarang adalah RM13.00 sekotak. Belian lebih daripada 10 kotak harga boleh dirunding.
Saksikan video Ust Kazim mengenai Habbatus Sauda di pautan di bawah:-
Abdul Jalil Ashaari
017-8834038
ajalil49@gmail.com
liamekarseri@gmail.com
salam. alhamdulillah dapat wawasan baru… terus berjuang untuk nyunnah… ambo mau tanya bagaimana proses untuk membuat minyak jintan hitam..dengan peralatan sendiri..minyak jintan hitam biasanya dihargai mahal bila dibuat pabrikan.. jazakallah.
Wa’alaikumussalam,
Sdr mazhar ali, saya sendiri tidak punya pengetahuan untuk memproses jintan hitam ini.
Saya hanya menjadikan satu amalan memakan habbatus sauda’ (bentuk kapsul) ini setiap hari.
Mungkin pengunjung-pengunjung ke blog ini boleh memberi maklumbalas mengenai pertanyaan sdr itu.
selain habbatus sauda’, nabi juga menganjurkan makan buah kurma, terutama saat berbuka puasa. sekarang sudah ada Sari Kurma, manfaatnya sangat baik untuk energi dan vitalitas jika diminum pagi hari habis sarapaan pagi. Lebih lengkapnya lihat di sini: htpp://www.hidupsehatalami.wordpress.com
Assalaamu ‘alaykum wrwb,
Saya Fauzie Abdullah dari Indonesia. Jika diperkenankan, saya ingin mengutip tulisan Anda ini untuk ditaruh di website saya, dengan sedikit diubah redaksinya menjadi bahasa Indonesia. Website saya: http://habbats.blogspot.com.
Bolehkah?
Terima kasih. Wassalaamu ‘alaykum wr wb
Wa’alaikumussalam,
Dipersilakan Sdr Fauzie.
Wassalam.
salam..
terima kasih kerana memberi info yang begitu berguna…
boleh kah anda masukkan sekali gambar habbatus sauda..
dan dimana saya bleh dapatkan kapsul habbatus sauda..
Wa’alaikumussalam,
Jika baby tinggal di persekitaran KL, Batu Caves dan Gombak boleh dapatkan daripada saya.
Wassalam.
aja49
Nabi s.a.w. sendiri mengamalkannya. Cuma kita umat Islam tidak berapa mahu mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
Percayalah apa yang disaran oleh Nabi s.a.w. mesti ada kebaikannya tetapi berapa ramai yang boleh mengambil iktibar?
sy baru saja mengamalkan habbatus sauda (dlm bentuk asal).
rasa ok je……
Sebenarnya dalam bentuk apa pun ianya tetap baik kerana mengambilnya adalah amalan sunnah.
Untuk lebih memberi kesan mengambilnya dalam bentuk minyak adalah cara yang terbaik.
Masih ramai lagi umat Islam yang belum mengamalnya sedangkan orang-orang kulit putih telah nampak khasiatnya. Bagi mereka dikenali sebagai “black seed” dan bukan habbatus sauda’. Orang Melayu bila tahu orang kulit putih mula mengamalnya barulah mereka sedar bahawa habbatus sauda’ ada khasiat sedangkan Nabi s.a.w telah mengamalkannya lebih 1400 tahun yang lalu.
http://infoliamekarseri.blogspot.com/
Salam. Betul ke black seed boleh diambil dlm bentuk asal tanpa di kunyah atau di kisar terlebih dahulu? saya risau ianya tidak hadam. Saya & keluarga mmg mengamalkannya tp sblm in dlm bentuk minyak & serbuk ( yg telah dikisar ) Jika dlm bentuk minyak harganya terlalu mahal & dlm bentuk serbuk selalunya saya campurkan dgn madu manuka tp dlm bentuk serbuk ni susah sikit anak2 saya nk telan ( rasanya berhabuk sgt -melekat2 didlm mulut ) kecuali dlm betuk asal sbb ianya tak rasa spt yg dikisar – boleh terus ditelan tanpa melekat didlm mulut. T/kasih
Mengenai pengambilan habbatus sauda’ dalam betul asal saya kurang pasti. Jarang yang saya dengar orang mengambilnya dalam bentuk asal.
Paling baik mengambil habbatus sauda’ adalah dalam bentuk minyak. Harganya memang mahal. Habbatus sauda’ berjenama Barakah adalah dalam bentuk soft-gel yang mana di dalamnya adalah minyak habbatus sauda. Harga tidaklah mahal seperti dalam bentuk minyak yang dijual dalam botol.
Harga runcit se kotak RM10.00 mengandungi 24 capsul 450mg.
http://infoliamekarseri.blogspot.com/
info.liamekarseri@gmail.com
siapa yg dok di kawasan area pantai dalam, bangsar…mai minta kat sy..sekiranya berminat..017-4068210
Dalam keadaan harga minyak yang tinggi dan keadaan sesak lalu lintas di KL maka siapa yang terdekat dengan En Asyraf bolehlah beli daripadanya.
Bagi mereka yang tinggal di persekitaran kawasan Gombak, Sentul, Greenwood, Setapak boleh ke kedai Lia Mekarseri untuk mendapatkannya. Bagi pengujung laman web ini boleh diberi harga diskaun.
http://infoliamekarseri.blogspot.com/
info.liamekarseri@gmail.com
017-8834038 / 017-3081997
salam, adakah black seed ini boleh mengurangkan keasidan di dalam darah dan saluran penghadaman/ ? sbenarnya byk lagi yang org putih lebih cepat dari kita terutama tentang perubatan ini,, yang saya ada terbaca la di internet, seperti apple cider, olive oil, alfafa dan yang paling saya tak percaya, makan lumpur (org putih kata ‘red clay’) hehe..ini mmerupakan penawar kepada toksik2 di dalam badan kita..akibat daripada mengkonsumi makanan yang diproses/ heavily processed food. tq
Informasi yang canggih. Kami menyediakan Minyak Dara Habbatus Sauda. Agen di cari.
boleh hantar detail utk jadi agen email saya normin40@yahoo.com
Aslkm,
rasanya saya berminat nak beli la. sebelum ni dah banyak baca dalam internet tentang habbatus sauda. satu kotak tu berapa harganya?
Wa’alaikumussalam,
Harga pasaran RM10.00 , walaubagaimana pun harga boleh dirunding bergantung kuantiti yang hendak dibeli.
Jika tuan tinggal di persekitaran K.L. maka lebih baik datang ke kedai kami. Jika duduk luar K.L. maka boleh dihantar melalui Poslaju di mana Sdr. kena tanggung kos penghantaran.
Bagi peniaga harga boleh dirunding bergantung kuantiti yang hendak dipesan.
http://infoliamekarseri.blogspot.com/
Wassalam.
Assalamualaikum,
Dekat area Putrajaya ada tak?
Buat masa ni saya makan kapsul yg berbentuk serbuk.
Wa’alaikumussalam,
Saya tak tahu, cuba tenguk di farmasi pusat beli belah Amanda.
Biasanya di pusat beli belah harga lebih mahal lagi.
Kalau ada kawan yang tinggal di persekitaran Gombak, KL dan bekerja di Putrajaya bolehlah kirim melalui dia.
Wassalam
d melaka d mana saya blh dpt?
askm. boleh x bagi saya no hp untuk saya hubungi awak
Wa’alaikumusalam,
No. hndphn saya 017 8834038
Sila kunjungi
http://infoliamekarseri.blogspot.com/
assalamualaikam, saya sungguh berminat, tentang article yang anda tuliskan berkenaan Jintan Hitam.
Saya ada beli jintan hitam dari Mecca, waktu menunaikan umrah baru baru ini, tapi tak tahu nak gunakan. Ia nya dalam bentuk asal, berapa banyak yang harus kita makan dalam satu hari, harap dapat penyelasan dari anda, terima kaseh
bangun tidur:kunyah 7biji kata nabi
sebelum tidur:kunyah 7biji lagi.wasalam
Wa’alaikumussalam,
Jenis yang saya jual adalah dalam bentuk “softgel” dalam mana mengandungi habbatus sauda’ dalam bentuk minyak sebanayak 450mg. Jadi saya kurang pasti banyak manakah persamaan habbatus sauda’ dalam bentuk biji (asal). Mida boleh cuba lihat pada packaging habbatus sauda’ yang dijual dalam bentuk kapsul dalam mana terkandung dalam bentuk asal.
Saya pernah juga terlihat habbatus sauda’ yang dijual dalam bentuk asal tanpa kapsul tetapi tidak tahu banyak mana perlu dimakan dalam satu hari.
Mungkin pelawat-pelawat blog ini boleh membanti Mida dalam hal ini.
husban sy pnh bl habbatus sauda ms dia g misi kat lubnan.dia bl dlm bentuk asal dan minyak.yg dlm bentuk asal slalunya sy msukan dlm nasi(semasa memasak).yg minyak sy gunakan utk sapu pd bdn ank sy..(penyakit ekzeme).alhamdulillah!elok…kalau dlm bentuk asal elok kita ambil dlm kuantiti ganjil.mcm kismis,di sunatkan ambil dlm bilangan ganjil.cth 3,5,7 biji.di ambil sblm mkn apa2 pd waktu pg…cuba lah…
Terima kasih Pn Sarifah atas kesudian berkongsi maklumat dan pengalaman mengguna habbatus sauda. Mudah-mudahan menjadi panduan berguna kepada semua yang berkenaan.
askum,,slm knl ya syarifah,,saya usman anak pontianak
mana saya nak dapatkan produk ini…
Terima kaseh, jika ada yang tahu boleh lah email saya
atau beri komen ka blog ini,
salam saya mengunakan habbatus sauda,
untuk meningkat jasmani,serta memulihkan kesihatan ,baru baru ni saya kena gastrik sebulan ,saya mkn bersama dgn vcop..dalam masa seminggu saya rasa semakin pulih alhamduliah try cuba test .kalau nak cari minyak kelapa dara saya boleh usaha kan .saya akan terus mengunakan dua benda tu untuk kesihatan saya …alhamdulliah dgn penyembuh yg ade kat depan mata ,kepada kawan kawan kat luar disana tak rugi cuba .alami sendiri
Wa’alaikumussalam,
Alhamdulillah, itulah testimoni Sdr Mohd Fadzil yang mengamal makan habbatus sauda’ yang mendapat berbagai kebaikan kesihatan. Mungkin ramai lagi tidak mengetahui bahawa orang Amerika dan Eropah juga mengamalkan mengambil habataus sauda’ kerana mereka mengetahui akan kebaikannya. Mereka tidak memanggilnya habbatus sauda’ tetapi mereka guna nama “black seed”. Oleh itu adalah sedih sekali ramai orang Islam masih kurang mengenali apa itu habbatus sauda’ dan kebaikan yang boleh perolehi daripada memakannya.
Ramai orang Islam tidak mengetahui bahawa ianya menjadi amalan Nabi s.a.w.
Wallahu ‘alam.
Pemakanan Habatus Sauda’ ini sebenarnya adalah saranan daripada Rasulullah SAW, dimana Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya “Tetaplah kamu dengan Habatus Sauda’, sesungguhnya daripadanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As-Saam (Iaitu mati)’. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengamalkan pemakanan Habatus Sauda’, INSYA-ALLAH, setiap penyakit yang ada PASTI akan sembuh,kerana Rasulullah sendiri yang beritahu, dan sesungguhnya tiada perkataan yang lebih benar daripada perkataan ALLAH dan Rasulullah.
Maka kata-kata siapa lagi yang patut kita percaya. Terima kasih Zol
Maaf, tulisannya bagus bisakah saya copy ke blog saya?
Silakan.
assalammualaikum
saya mengalami masalah kulit (jerawat) berulang dan telah mencuba pelbagai jenis produk. harap harapnya habatus sauda boleh menjadi penyelesaian kepada masalah saya ini
Wa’alaikumussalam,
Saya pernah menjual produk ini kepada seorang ibu daripada Puchong. Beliau memaklumkan bahawa anak perempuan beliau mengalami sakit kulit dan telah merujuk kepada hospital tetapi tidak dapat membantu mengurangkan sakit kulit anak beliau itu.
Selepas beberapa hari memakan habbatus sauda’ beliau memaklumkan sakit kulit anak beliau bertambah kurang. Selepas itu saya cuba hubungi pelanggan tersebut untuk mendapatkan maklumat terkini tetapi gagal menghubungi beliau. Jadi saya tidak dapat mempastikan sama ada sakit kulit anak beliau sembuh sepenuh atau tidak.
Wallahu’alam.
http://infoliamekarseri.blogspot.com/
017-8834038
Assalamualaikum,
Anak saya bekas pesakit Kanser dan Isteri Saya bekas pesakit Asma tegar. Alhamdulilah, kami sekeluarga telah menggunakan herbatus sauda sejak anak saya di sahkan mengalami penyakit kanser pada bulam May 2008. Manakala isteri saya telah sembuh sepenuhnya dari penyakit Asma. Saya sendiri mengalami perubahan di rambut apabila uban di kepala semakin berkurangan ( ini belum pernah di temui dari mana-mana testimonial).
Kami sekeluarga mengamalkan dengan meminum satu sudu Pagi (sebelum sarapan) dan 1 sudu Malam sebelum tidur madu lebah dan di campurkan dengan beberapa titik minyak herbatus sawda yg di beli secara berasingan.
Sehingga kini hasilnya memuaskan.
Sumber madu boleh didapati di mana-mana kedai.
Minyak herbatus sawda boleh di dapati dari Syarikat DCL, Anussyrah Marketing sdn Bhd, Atau mengirim dari kawan-kawan yg beradi di timur tengah atau di Indonesia pada harga antara RM35.00 ke RM60.00.
Sekian
Naz’izan
Assalamualaikum…
saya merupakan pengguna tegar Habbatus Sauda dalam bentuk serbuk. Hasilnya sangat terbukti berkesan lebih-lebih lagi membantu saya mengekalkan tahap kesihatan saya. Dalam kata lain, saya sangat sukar mendapat demam, flu, dan batuk walaupun dalam musim demam.
Saya telah mengamalkan herba ini sejak setahun yang lalu. Memang benar, membantu pemulihan tenaga, insomnia(sukar tisur), meningkatkan daya ingatan dan lebih fokus. saya amat menggalakan anda semua mencuba produk berasaskan herba Habbatus Sauda @ Black Seed.
Wassalam
Satu testimoni yang sangat meyakinkan daripada Naz’izan. Walaupun begitu ramai lagi orang Islam tidak tahu akan khasiat madu dan habbatus sauda yang menjadi amalan Nabi s.a.w. Apa yang dimakan oleh Nabi s.a.w. mesti ada khasiat jelas atau tersembunyi. Sebagai seorang Islam tidak ruginya jika kita ikut sunnah Nabi s.a.w. dalam mengamalkan memakan madu dan habbatus sauda setiap hari.
Di Amerika Syarikat dan di Eropah mereka mengambil habbatus sauda dalam bentuk minyak atau kapsul lembut (soft gel).Mereka tidak memanggil habbatus sauda tetapi ianya dikenali sebagai black seed oil.
http://infoliamekarseri.blogspot.com/
Very interesting point you have here. I just read an artikel about habbatus sauda from a magazine and when I googled about it, i found your blog.
I have a question. Can a pregnant lady take this pil?
Thanks so much for your view.
🙂
According to Ibnu Qayyum iis best to avoid taking it during pregnancy.
Can pregnant women use Black Seed Oil?
Pregnant women should not use the Black Seed Oil as it has been reported in Iman Ibn Qayyum’s Medicine of the Prophet that it can promote abortion. A decoction of black seed can also promote contractions of the uterus after birth.
ouh, lupa pulak saya nak tanya.
Kalau saya nak beli, boleh tolong poskan tak?
Thanks againg for the reply~
Salam
Wa’alaikumussalam,
Sila rujuk emel saya kepada puan.
Salam
Terima kasih atas informasi yg diberi. Sangat bermanfaat.
Ada yg tanye boleh tak habbatus sauda diambil dalam bentuk asal. Ustaz yg saya jumpa di Mekah waktu umrah kata, boleh makan dalam bentuk asal. Dia sarankan ambil 7 biji setiap pagi. Sayangnya, saya terlupa (maaf saya mmg pelupa sket) apa sebenarnya khasiat makan 7biji habbatus sauda setiap hari..
Wa’alaikumussalam,
Memang boleh makan habbatus sauda’ (HS) dalam bentuk asal. Walau bgaimana pun ramai yang tidak berbuat demikian kerana rasa yang kepedasan atau pedar yang membuatkan ramai tak memakan dalam bentuk asal. Selain daripada makan dalam bentuk asal, cara yang paling baik adalah dalam bentuk minyak tulen atau dalam bentuk softgel.
Tentang makan dalam bentuk asal sebanyak 7 biji sehari tu Wallahu’alam. Saya tak pernah jumpa hadis mengenainya.
salam.
saya nak bertanya, bolehkah habbatus sauda’ ini di makan oleh pesakit yg mempunyai hepatitis B @ radang hati?
kita dpati ada byk kompeni mngeluarkan habbatus sauda’,bagaimana kita boleh mengetahui ia mempunyai kualiti yg sama?
terima kasih..
salam..pada pemahaman saya habatus sauda berperanan meningkatkan anti body dalam badan.dimana ianya bertindak mengaktifkan sel (killer sel).jika anti body kita kuat agak sukar untuk kita menghidap penyakit(insallah)saya syorkan guna minyak h’sauda dan campur sedikit dgn madu.insallah mudah-mudahan mendapat kesempurnaan kesihatan.
sy nk tny lagi satu..kalu hati tu dah smpai pringkat hati tu kecut…adakah habbatus sauda tersebut boleh menyembuhkan pnyakit..sperti kanser…sila beri pnjelasan dngn terang…
Wa’alaikumussalam,
Untuk kedua-dua soalan di atas saya ingin memetik beberapa penerangan dan testimoni daripada beberapa laman web berkaitan dengan perawatan habbatus sauda’ ke atas hepatitis B. Walau bagaimana pun kesembuhan tetap terserah kepada Allah s.w.t.. Sebagai hamba Allah kita hanya boleh berusaha untuk mencari jalan terbaik untuk mengobati sebarang penyakit.
Untuk lebih berkesan habbatus sauda’ mestilah diambil secara berterusan di peringkat muda lagi. Melihat kepada maksud hadis mengenai khasiat habbatus sauda’ maka ianya perlu menjadi amalan harian.
Di bawah ini adalah penerangan serta sumber yang dipetik mengenai isu hepatitis B dan kaitannya dengan Habbatus Sauda’ (black seed atau kalonji):-
http://www.regenerativenutrition.com/natural-supplements-cure-hepatitis.asp
Natural Remedies for Hepatitis
Hepatitis B is very common in Asia, China, Philippines, China, Africa and the Middle east. In Europe and North America the incidence of known carriers is about 1 in a 1000 people. World wide, it is estimated that 10 to 30 million people become infected with the virus each year.
Black Seed Oil improves liver function and associated digestive problems. The warming and bitter qualities seem to penetrate into blockages in the body and rapidly instigate normalisation. Black Seed has an unprecedented strengthening effect upon the immune system, and works in a host of other ways to promote optimum health and well being. This remarkable herb has a legendary status and has had a recent resurgence in Western medicine. Its efficacy is solidly backed by three thousand years of folklore and the past fifty years have seen a burgeoning amount of scientific data to further support Black Seed’s renowned healing properties.
http://www.thalassemiapatientsandfriends.com/index.php?topic=2666.0
As for the hepatitis B, in addition to your treatment, there are natural thingslike nigella (black seeds) and milk thistle that keep the liver in a good condition
http://kalonjiblackseed.multiply.com/journal
O-203**
Hepatitis B
Ayah saya kena penyakit Hepatitis B. Seluruh badannya membengkak. Kalau ditekan tangan atau betisnya lama membekas baru kembali. Karena penyakitnya semakin parah akhirnya kami membawa ke rumah sakit untuk diopname. Tentu saja biayanya mahal dan kami tidak melihat tanda-tanda kemajuan dalam kesehatannya walaupun sudah seminggu dirawat.
Akhirnya dokter memanggil saya setengah berbisik mengatakan bahwa lebih baik ayah dibawa pulang. Kami sudah pasrah saja kepada Allah apa yang dikehendakiNya.
Tiba-tiba saya teringat bahwa ada Kalonji oil. Setiba di rumah segera saya minumkan Kalonji Oil (minyak habbatus sauda’) yang saya campur dengan Basra. Setelah minum itu, sepanjang malam ia buang air seni terus menerus. Saya jadi khawatir, jangan-jangan ada masalah. Tapi ayah merasakan badannya menjadi lebih enteng. Saya minumkan terus selama seminggu sampai habis 2 botol. Alhamdulillah sekarang ayah sudah sembuh.
Ahyadi, Tangerang, Banten, Indonesia
http://www.goherbalremedies.com/blog/herbal-treatments-for-hepatitis/
Black seed oil works as a liver tonic and initiates better recovery for body. This herb is well known for herbal therapist in treatment of liver related problem like cirrhosis, hepatitis etc.
salam.macamana dgn ketulan dipayudara? kanser payudara.. adkh batu sauda ini blh ngubatinya? cm ne caranya? nk guna yg mnyk atau softgel? dan cara mknnya?
Assalmualaikum
Saya seorang pengamal habatus sauda. Masalah saya sebelum ini, badan saya banyak angin. Faham-faham jer laa kan. Hampir setiap hari perut saya berangin..nak buang angin tak boleh..jadi nak makan tak selera…sebelum ini saya memang selalu minum air ENO halia…tapi hanya sementara lepas tu berangin balik. Alhamdulillah selepas terbaca dalam satu artikel di internet mengatakan bahawa habtus sauda dapat mengurang atau mengelakkan kembung perut kerana angin ..jadi saya cuba…alhamdulillah sekarang perut saya amat selesa dan pembuangan angin lancar…jadi selera makan saya bertambah…Saya amalkan minyak habatus sauda bersama madu…
salam….
nak tanya, kedai macamana ada jual minyak habbatus sauda tu…..
tq
Wa’alaimussalam,
Cuba tenguk di kedai orang Arab yang menjual barang2 makanan untuk orang Arab di sini. Habbatus sauda dijual dalam bentuk minyak yang datang dalam botol dan juga yang dikapsulkan dalam gel lembut (softgel capsule).
Wa’alaikumussalam,
Itu satu testimoni yang tepat oleh Sdr Mamat. Salah satu ciri habbatus sauda’ adalah membuang / mengurangkan angin dalam badan. Itu adalah satu cara rawatan kepada badan seseorang yang banyak angin. Saya juga mengalami masalah yang sama dulu – badan terlalu banyak angin. Apabila mengamalkan pengambilan habbatus sauda’ pembuangan angin lebih lancar. Wallahu’ alam.
Assalamualaikum.. saya juga pengamal myk habbatus sauda dlm bentuk softgel,alhamdulillah saya barasa segar dan bertenaga. Tidak dinafikan myk ini amt bagus utk sistem dalaman tubuh badan. Amalkanlah setiap hari inshaallah setiap permasalahan kesihatan kita dapat di atasi.
Wa’alaikumussalam,
Mereka yang mengamalkan mengambil habbatus sauda’ (HS) setiap hari akan dapat melihat kesannya.
HS tidaklah begitu mahal seperti makanan kesihatan yang lain. Lagi pun ianya amalan Nabi s.a.w. Apa yang diamal oleh Nabi s.a.w adalah baik semata. Wallahu ‘alam.
Assalamualaikum, saya sudah mengambil Cintan hitam yang saya kisar sendiri menjadikan powder , alhamdullah nampak nya ada perubahan tentang sesak nafas yang saya alami dan juga system dalam tubuh, terima kasih, kerana kebetulan dulu saya dapat membaca acticle berkenaan Habbatus sauda.
Wa’alaikumussalam,
Alhamdulillah satu testimoni yang meyakinkan.
Assalamualaikum, saya dari johor bahru, bagaimana boleh saya dapatkan minyak/soft gel ini di johor bahru? saya ingin mencubanya untuk migraine saya. saya hari-hari kena migraine terutamanya jika hari panas. saya cuma harapkan makan ubat tahan sakit shj setiap hari. sy harap dpt mencubanya dgn segera
Wa’alaikumussalam,
Cuba bertanya di kedai ubat Melayu atau Indonesia yang berada di Johor Bahru. Biasanya kedai-kedai ini ada menjualnya. Cuba juga bertanya di mana-mana farmasi. Harga pasaran adalah RM10.00 se kotak, tetapi di farmasi mungkin mahal sedikit. Saya ada juga menjualnya melalui hantaran Poslaju. Kos hantaran saya kira agak mahal sekiranya kita beli se kotak dua.
boleh tak saya tahu harga sekotak baraka dan khasiatnya…..akhir sekali jika saya berminat untuk membeli dimana perlu saya mencarinya…tq
Salam, saya ingin mengetahui kesannya terhadap pesakit kencing manis. Dari website lain yang saya lihat hanya dimaklumkan pengurangan kadar gula. Apakah ada kesan-kesan lain. terima kasih
Salam..
Saya berminat dengan produk nie..tp macamana nak contact aja49…
Salam..
Saya berminat dengan produk nie..tp macamana nak contact aja49…
Wa’alaikumussalam,
Insya Allah saya akan hantar emel kepada Sdri bagaimana untuk menghubungi saya.
bagaimana saya ingin menghubungi anda
Wa’alaikumussalam Lyana,
Insya Allah saya akan hantar emel kepada Sdri bagaimana untuk menghubungi saya.
Atau layari
http://infoliamekarseri.blogspot.com/
Arab = Habbatus Sauda’, Habbatul Baraka, Kamun Aswad, Sinauj
DALAM BAHASA MELAYU IALAH-JINTAN (JINTAN HALUS, JINTAN KASAR, JINTAN HITAM, JINTAN PEDAS, JINTAN PUTIH)
Assalammualaikum WR.WB
Saya Rian dari dubai yang hendak saya tanyakan disini adalah ,apakah Habbatus sauda( jinten hitam)bisa untuk menyembuhkan penyakit aids,karena yang saya tahu penyakit ini tidak ada obatnya,
Bolehkah jika minum Habbatus sauda berbarengan dengan tumeric ( kunyit) apakah ada efeck sampingnya
Mohon dengan amat sangat dibalas,hanya allah yang akan membalas kebaikan bapak
Wa’alaikumussalam,
Maaf karena lamat respon. Setahu saya aids masih belum ada sebarang ubat penyembuh.
Ada sesetengah negara di mana kunyit menjadi minuman (dicampur dengan manisan) untuk membina kesihatan. Kunyit juga baik untuk ketegangan kulit.
Saya tidak tahu apa effeknya jika kita memgambil habbatus sauda dengan kunyit. Mungkin pengunjung blog ini boleh berikan pandangan mereka.
Wallahu’alam.
saya tinggal di kb ingin bertanya di manakah kedai yang menjual baraka ini? dulu saya membelinya di pacific kb mall tetapi sekarang sdah tidak di jual di sana.
Sebenarnya saya tidak tahu di mana boleh diperolehi habbatus sauda baraka di KB tu. Biasanya ada dijual di kedai-kedai ubat tradisional Melayu/Indonesia. Juga kadang-kala boleh terdapat di farmasi. Harap sesiapa di KB boleh beri maklumat kepada Puan Nona.
Salam,
Terima kasih atas maklumat yang sungguh bermanafaat ini.Saya dari JB ingin membeli Baraka dari saudara untuk kegunaan sendiri dalam kuantiti 10 kotak. Bagaimana untuk membuat pembayaran?
Wa’alaikumussalam,
Terima kasih atas minat puan terhadap produk yang sangat berkhasiat ini. Insya Allah saya akan hantar emel kepada puan mengenai cara pembayaran dan butiran yang diperlukan untuk urusan penghataran melalui pos.
asalammualaikum saya nak tanya habbatus sauda ni boleh sembuhkan peyakit sopak?
Bagaimana kesannya HS utk pesakit Kencing manis atau paras protein dlm air kencing tinggi? Adakah dapat membantu
Dari pembacaan saya daripada bebera laman web dan maklumbalas daripada beberapa pelanggan, HS boleh membantu mengurangkan paras gula yang berlebihan dalam darah. Walau bagaimana pun pengambilan HS mestilah selaras dengan kehendak dan nasihat doktor kerana pesakit kencing manis perlu tahu paras gula semasa mengambil HS. Dikhuatiri semasa memgambil HS jika paras gula sangat rendah boleh menyebabkan hypoglycemia (satu keadaan yang mana paras gula yang terlalu rendah hingga boleh menyebabkan pesakit pengsan).
Sebenarnya penyakit kencing manis tiada penyembuhan (cure) tetapi boleh dikawal (control) melalui pemakanan, bersenam dan beberapa makanan kesihatan seperti HS. Jadi sebelum kena adalah baiknya mengamal pengmabilan HS daripada peringkat muda dan secara berterusan. Pada umumnya ramai apabila sudah kena kencing manis baru nak cari ubat atau pemakanan kesihatan yang boleh mengawal penyakit kencing manis.
Wallahu’alam.
Askm,
Bagi saya, kebiasaannya saya akan makan bijian sauda dengan madu sekali. Bagi saya proses penguraian habbatus sauda itu terjadi secara biologinya dengan tindakan dalam badan. Jadi boleh sahaja di makan dalam bentuk asalnya, atau minyak atau serbuk. Yang penting niat kerana ingin mengikut sunnah dan kesihatan hanya diberi dengan izin Allah melalui perantara asbabnya, habbatus sauda.
Wallahuallam
saya dan isteri amalkan mkn habbatus sauda dlm bentuk pil, kesannya alhamdullillah sakit kepala (migrain) dan penyakit asmah isteri saya semakin berkurangan. cuma saya nak tanya dalam bentuk apakah ianya lebih baik utk diambil samada minyak, serbuk atau pil….
Pada umumnya HS lebih berkesan jika diambil dalam bentuk minyak.
Wallahu ‘alam.
apakah bisa digunakan untuk menambah kesuburan bagi wanita yang ingin hamil?
Maaf saya kurang pasti mengenai perkara tersebut.
Tapi yang pastinya adalah untuk menambah susu ibu selepas bersalin.
Wallahu ‘alam
saya dulu ada masalah kulit muka.. setelah mengamalkan habbatus sauda lebih kurang sebulan, kulit muka saya bertambah baik dan semakin cerah. selain itu juga masalah sakit kepala sudah hilang. Alhamdulillah..
Satu testimoni yang datang daripada pengamal pengambilan habbatus sauda’. Sesiapa yang mempunyai masalah yang sama bolehlah hubungi Inn melalui emel beliau bertanyakan bagaimana pengambilan habbatus sauda yang diamalkan itu untuk mengatasi masalah yang sama. Terima kasih Inn atas maklumbalas yang jujur dan lkhlas itu.
assalamualaikum,kawan sya mngalami kanser rahim dh dkt 3 tahun.dia dh pergi jmpa doktor dan buat pemeriksaan setiap bulan serta dibekalkan dgn ubt-ubtn.dia hanya mampu brtahan dgn ubt2 tersebut.sya nak tanya adakah habbatus sauda boleh menyembuhkan pnyakit kanser rahim?
Wa’alaikumussalam,
Setakat ini saya belum lagi terjumpa mana-mana artikel, berita dsb tentang pengambilan habbatus sauda’ boleh menyembuh kanser rahim. Sebarang maklumbalas berkaitan dengan isu ini sangat-sangat dialukan.
Seboleh mana biarlah kita mengikut sunnah Nabi s.a.w dengan sentiasa memakan habbatus sauda sebagai amalan harian.
Habbatus sauda boleh membina ketahanan badan dan Isnya Allah boleh menjadi pendinding kepada banyak penyakit. Bagi mereka yang tidak mengamalnya tidak berada dalam keadaan kuat ketahanan badannya. Jadi boleh terdedah kepada berbagai penyakit dan berkemungkinan mendapat penyakit kerana kurang ketahanan badan terhadap bahaya penyakit. Apabila sudah kena penyakit berkenaan maka penyembuhan bergantung kepada berapa serius penyakit terebut telah menyerang diri. Oleh itu mengelak adalah lebih baik daripada menyembuhkan (prevention is better than cure) penyakit. Apabila sudah kena penyakit maka kita disuruh berikhtiar untuk mencari penawarnya. Jika dapat penawarnya dengan izin Allah s.w.t. maka akan sembuhlah penyakit tersebut.
Salam..artikel di sini amat bagus termasuk testimoninya..boleh saya copy dan letak di blog saya?Saya juga ada jual barang asas habbatussauda dan ingin menjadi pengedar barangan anda pulak..bagaimana caranya?Wassallam
Salam,
Silakan.
Tuan daripada mana?
Assalamualaikum…saya dari KB Kelantan..merujuk kpd pertanyaan drpd nona kb…dari mana hendak mendapatkan HS..untk makluman nona saya baru saja mengamalkan HS dlm bentuk bijian asal yg di beli di kedai Jaafar Rawas berhadapan bgn.PAS Kelantan (kedai ubat).Kaedah cara pemakanan yg tertera di kulit bungkusan ialah dgn memakan sebanyak 49 biji dikunyah dan kemudian terus minum dgn air suam setengah gelas….wallahullam
hmm syer emy dri kuala lumpur..syer nk tahu ader kah ubat ni sesuai utk org yg mengidap kanser payudara..dan bagaimana cara nyer utk mengunakan..dan blh syer thu di mana syer bleh beli ubat ni..dan berapa harga nyer…
tq…
Cik Emy,
Hingga kini saya belum lagi terbaca di mana-mana mengenai habbatusa sauda (HS) boleh mengubati kanser payudara. HS bukanlah ubat tetapi sejenis makanan kesihatan sepertimana makanan kesihatan yang lainnya. HS mempunyai banyak khasiat sepertimana yang telah dibaca di atas. HS diambil untuk mencegah berbagai jenis penyakit tetapi jika dikehendaki oleh Allah boleh mengubati penyakit. HS adalah lebih kepada “prevention is better than cure”. Sebab itu untuk menggelak daripada berbagai penyakit eloklah diambil secara harian serta mengamalkan gaya hidup sihat (healthy life style) dan bertawakal kepada Allah. Walau bagaimana pun tidak semestinya orang yang mengambil HS tidak boleh kena penyakit. Kita cuma berikhtiar dan ketentuan adalah hak Allah s.w.t.
Wallahu ‘alam
assalamualaikum sye nak tanye pasal habbatus sauda ne….mcm mane kite nak taw benda ne asli ngan xasli?sbb sye bru blik dari lubnan dan ade beli bijian n minyak habbatus sauda….n saye nak taw cara2 mngguna HS ne leh kan…
Habbatus sauda boleh datang daripada beberapa negara disebelah Timur Tengah dan daripada negara-negara beriklim Mediterranean. Maka negara-negara tersebut boleh proses dan memberi jenama masing-masing bagi produk mereka.
Saya tidak tahu bagaimana hendak pastikan sama ada ianya asli atau tidak.
Habbatus sauda biasanya dimakan sama ada dalam bentuk asli atau campuran bersama minuman berperisa seperti kopi dsb. Ada yang memakan bijiannya begitu saja bagi mereka yang boleh tahan rasa pedarnya. Ada yang mengambilnya dalam bentuk minyak sebenar. Ada yang memakan dalam bentuk kapsul biasa atau kapsul lembut.
Adalah difahamkan bahawa kesan terbaik adalah memakan habbatus sauda dalam bentuk minyak sama ada minyak sebenar atau yang telah dikapsulkan.
Pada setiap botol atau kotak habbatus sauda ada diberi cara memakannya. Jadi ikut saja arahan yang diberi pada pek/kotak berkenaan.
salam,
saudara sy ingin bertanya.sy mempunyai anak yg baru saja melakukan pembedahan di bhgn trakea (saluran pernafasan).dia mempunyai mslh nafas dan telah ditebuk dibahagian lehernya akibat bengkak.anak sy baru berumur 3 bln.sy ingin bertanya,bolehkah anak sy mengamalkan habatus sauda dan jenis apakah yang sesuai dengannya.terima kasih
Wa’alaikumussalam,
Saya kurang pasti sama ada bayi yang berumur 3 bulan boleh diberi habbatus sauda.
Dari pembacaan saya kebanyakan artikel tidak menyebut umur bayi tetapi dinyatakan baik untuk kanak-kanak.
Ada yang mengesyurkan agar habbatus sauda dalam bentuk minyak dicampur dengan jus buah-buahan kerana bahu dan rasa minyak habbatus sauda tidak begitu digemari oleh kanak-kanak.
Mungkin pelawat laman web ini boleh beri sedikit maklumbalas mengenai isu ini.
Wallahu’alam.
saya mengalami alahan makanan selama hampir sepuluh tahun. saya alah dengan protin haiwan terutama ayam dan telur, ikan sardin/kembung dan makanan laut termasuklah ikan bilis. saya terpaksa menjadi vegetarian sepenuhnya kerana jika saya termakan bahan bahan tersebut tangan dan jari-jari saya membengkak, ruam kemerahan, gatal dan bernanah. saya tidak boleh masak dan mencuci. menulis pun saya sukar kerana bila memegang pen luka2 ditangan saya akan merekah dan berdarah. Saya seorang guru sains, jadi apabila saya mendemonstrasi eksperimen atau mengajar murid saya mereka pasti akan ngeri dan menegur tangan saya yang hodoh. lebih parah lagi bila kebanyakan makanan memang terdapat telur didalamnya walaupun mayonise, kek/kuih basah dan juga sayuran yang dijual di kantin dimasukkan kiub ayam/ikan bilis.
saya takut untuk mengambil anti histamin dari farmasi bila membaca kesan sampingannya.
akhirnya saya menggunakan habbatus sauda dalam bentuk asal. saya beli kapsul kosong dan mengisinya dengan biji-biji habatusauda yang saya beli dari kedai runcit. saya mengambilnya setengah jam sebelum makan kerana ia mengambil masa untuk hadam dan mengeluarkan anti histamin. alhamdulillah, kini tangan saya sudah pulih dan saya merasa sungguh bersyukur kepada Allah.
opss lupa pula nak beritahu… saya ambil dua kapsul setiapkali. maknanya lebuhkurang 6 kapsul sehari lah. tapi ingat.. untuk tujuan anti histamin, ia mesti diambil setengah jam sebelum makan.
salam nsahidah..
nk tye sikit kt mana kite blh beli kapsul kosong tu..
ade jual dimana?terima kasih..
Satu testimoni yang original dan mengkagumkan.
Untuk kapsul baraka ni, berapa biji perlu diambil sehari?
Cukup sekadar satu kapsul se hari diambil sama ada sebelah malam atau pagi satu jam sebelum makan.
Kalau hendak ambil lebih daripada satu juga tidak mengapa.
Assalamualaikum
Adik saya mengamalkan myk HS Baraka ini selama beberapa tahun dan Ogos lalu beliau menjalani ujian darah dan dikesan ada masalah hati( sedikit ). Menurut pengamal perubatan tersebut, hal ini adalah kesan daripada kapsul minyak tersebut sebab kapsulnya dibuat drp gelatin. Jadi skrg adik saya berhenti dari mengambil kapsul HS ini. Apakah benar? Mohon pandangan tuan.
Wa’alaikumussalam,
Saya juga ada seorang kawan yang tidak boleh memakan ubat atau makanan kesihatan berkapsul keras atau lembut (softgel). Dia mendapat alahan kapsul tersebut. Ini tidak bermakna berhenti terus memakan habbatus sauda’.
Sebagai alternatif, habbatus sauda boleh dibeli dalam bentuk minyak yang dijual dalam botol. Atau boleh beli habbatus sauda’ yang dicampur dengan kopi dsb.
Dalam hal ini saya belum pernah mendapat makluman seperti yang dialami oleh adik kepada Miza. Sekiranya dia alah kepada gelatin maka ubat yang berkapsul keras dan lembut juga tidak boleh dimakan oleh adik Miza.
Wallahu’alam.
askum.kakak ipar saya ada menghadiahkan saya sebotol black seed oil,tetapi saya tidak tahu menggunakannya kerana didalam bahasa arab,yang saya diberitahu setelah mengambil ubat ini,harus minum air banyak,tolong bantu….
Wa’alaikumussalam,
Habbatus sauda’ boleh memberi sedikit kepanasan kepada badan jika diambil berlebihan. Saya tidak pernah berasa begitu mungkin mengambilnya dalam sukatan yang disarankan. Tidak juga terdapat pada kotak atau botol yang menyuruh pemakan untuk minum banyak air. Apa pun meminum air 8 liter sehari sudah memadai (sebenarnya ramai di antara kita yang meminum kurang daripada itu pun). Meminum air yang lebih daripada 8 liter sehari juga tidak digalakkan.
Wallahu’alam.
8 liter???byk tu….bukan ke 8 gelas?
Betul tu En Ilmy bukan 8 liter tapi 8 gelas. Moon maaf.
Suami saya di perkenalkan dengan Habatus Sauda jenama BARAKA dan mengambilnya untuk kencing Manis. Ianya berkesan. Dan saya jua mengambil untuk tujuan kesihatan dan haid saya datang selepas 3 hari menngunakannya. Boleh berikan saya nombor telefon untuk dihubungi dan bagaimana untuk kami mendapat bekalan.
Kami boleh di hubungi di : 019-3554404
Saya & suami diperkenaldengan Habatus Sauda BARAKA untuk penyakit Kencing Manis and irregular manstrual. Kami dapati ianya berkesan.
Kami ingin mengetahui bagaimana untuk mendapat bekalan. boleh berikan nombor telefon atau alamat utk di hubungi.
Kami boleh dihubungi di nombore berikut : 019-3554404
Satu testimoni yang meyakinkan daripada daripada puan Siti Arbaiah.
Habbatus Sauda Insya Allah memang baik untuk mengawal kencing manis dan membetulkan jadual haid.
Insya Allah saya akan hantar emel kepada puan untuk dihubungi.
saya tinggal di bandar sunway petaling jaya..saya brminat nak cuba produk brasaskan black seed oil & habbatus sauda’ tapi skarang tlalu banyak produk macam ni dijual di pasaran..saya sbnarnya keliru yg mana 1 harus dipilih brdsarkan kberkesanannya…
Sebenarnya jenama apa pun tidak salah asalkan ianya habbatus sauda atau black seed.
Untuk keberkesanan yang baik, habbatus sauda’ dalam bentuk minyak adalah yang terbaik – sama minyak cecair atau pun dikapsulkan (softgel).
Saya juga mengamalkan minuman habbatusawda Dan softgel baraka alhamdulillah masalah kesihatan bertambah baik
owh gitu…saya bminat juga nk cuba produk baraka ni tapi kat mana saya boleh dapatkan ye..?
Nanti saya hantarkan emel. Ada juga pelanggan saya yang tinggal dekat Sunway Pyramid.
http://infoliamekarseri.blogspot.com/
ok2 saya pun tinggal dekat sunway pyramid..
salam
saya nak tanye,kalo anak dara,belum kawin..ade pape bad effect tak?maksud sy masalah mandul ke?sbb sy difahamkan, habbatus sauda’ kalo dimakan oleh ibu2 y tgh mengandung boleh menyebabkan keguguran sbb agak panas..boleh tolong jelaskan..tq in advance..
Habbatus sauda’ adalah sejenis makanan kesihatan yang di antara khasiatnya adalah membina ketahanan badan. Ianya baik untuk semua peringkat umur kecuali bayi.
Oleh itu untuk anak dara dan juga belia adalah disaran mengambilnya di peringkat muda lagi. Bacalah mengenai khasiat habbatus sauda dan kebaikannya terhadap kesihatan badan.
Habbatus sauda tidak digalak mengambilnya oleh perempuan yang mengandung 3 atau 4 bulan ke bawah dikhuatiri boleh menyebabkan keguguran.
Wallahu’alam.
Salam….
Saya ingin bertanya tentang penggunaan HS untuk orang yang berpenyakit seperti sakit asma. Apakah kaedah terbaik atau cara yang paling berkesan untuk menggunakannya. Ibu saya adalah seorang pesakit asma. Baru2 ni dia mengalami sesak nafas yang teruk sehingga terpaksa di masukkan ke wad ICU hampir seminggu. Harap dapat beri penjelasan…10Q
Assalamualaikum.Adakah ia berkesan untuk menghilangkan bau mulut?Jila ya bagaimana unt mendapatkannya.Terima kasih
Wa’alaikumussalam,
Saya kurang pasti jika habbatus sauda boleh hilangkan bau mulut. Yang pastinya habbatus sauda baik untuk mengeluarkan angin dalam badan dan melancarkan perjalanan darah. Juga baik untuk mengekalkan ketahanan badan (body immunity) dengan syarat dimakan setiap hari.
Boleh hubungi saya 017-8834038
http://infoliamekarseri.blogspot.com/
Wallahu’alam.
Assalamualikum. Sejauh manakah HS dapat mengawal paras gula dalam darah. HS dapat merawat kencing manis seperti dalam hadis nabi iaitu merawat semua penyakit kecuali mati.
Waálaikumussalam,
Saya tiada mengidap penyakit kecing manis oleh itu tidak dapat memberi maklumbalas yang tepat.
Di antara penyakit yang boleh dikawal dengan pemakanan habbatus sauda adalah kencing manis.
Bagi mereka yang ada kencing dan sudah mencuba mengambil habbatus sauda mungkin boleh beri sedikit maklumbalas di sini.
Wallahuálam.
salam.
Saya berkerja area Wangsa Maju / Setiawangsa Kuala Lunmpur. Kalau saya hendak membeli HS bagaimana?
Tkasih.
Wa’alaikumussalam,
Puan Safiah,
Sila emel atau call saya.
ajalil49@gmail.com
017-8834038
http://infoliamekarseri.blogspot.com/
salam,
saya menpunyai ezcema kronik semenjak 2001, dah bermacam alternatif medicine ie. lifeenzym, spirulina, skyfruit, gamogen tapi tindakbalas menjadi lebih teruk sampai bengkak2. sekarang saya nekad nak ambil HS,saya dah cuba anbil HS dalam bentuk capsul selama 1 minggu , masalah eczema bertambah di muka, kepala dan tangan macam keluar jerawat berair dan gatal. berapa lamakah tindakbalas ini dan bolehkah saya ambil pil antihistamine dalam tempoh ini. saya harap ini sementara dan penyembuhan akan kekal. tolong penbaca lain beri feedback ya, terimakasih.
salam rose…macam mane masalah eczema awak?dah ok ke…macam mane rawatan yg awak buat?
Asslammualaikum…
saya sekarang sedang mengandung..boleh tak saya mengambil habatus sauda? kuantiti yg macamana saya boleh ambil sama ada dalam bentuk kapsul atau cecair
Wa’alaikumussalam,
Perempuan yang mengandung 3 bulan ke bawah tidak digalakkan mengambil habbatus sauda sebab dikhuatiri boleh keguguran.
saya rasa serbuk lagi bagus
salam..
owner blog.. minta permit utk c&p.. info pasal habatus sauda’ ni ye… kalau tidak ijin kan.. minta bgtaw segera ya.. terima kasih…
Waálaikumussalam,
Dipersilakan.
salam…
k awan saya kata black seed blh banyakkan air susu. saya terus beli sofgel HB dan mkn ikut arahan yg diberikan. alhamdulillah memang berkesan, tapi baby saya demam teruk lps tu.. doktor kata tonsel bengkak dan ada biji putih. Adakah ini kesan samping dari HB.
Waálaikumussalam,
Setahu saya HB tidak menyebabkan tonsel kepada bayi yang ibunya mengambil HB.
Penyebab tonsel adalah melalui virus atau bakteria.
Ekstrak daripada emedicinehealth
http://www.emedicinehealth.com/tonsillitis/page2_em.htm#Tonsillitis Causes
Tonsillitis Causes
Whether viral or bacterial, tonsillitis is transmitted most commonly from one person to another by social contact such as droplets in the air from sneezing. Most of the time, tonsillitis is caused by a viral infection.
Bacterial tonsillitis can be caused by Streptococcus pyogenes-the organism that causes strep throat. If left untreated, strep throat may lead to a more serious condition called rheumatic fever, which can affect the heart several years later.
Only about 30% of tonsillitis in children is caused by strep throat.
Only 10% of tonsillitis in adults is caused by strep throat.
salam ada lagi ke habbatus nie jika berminat utk membeli
Wa’alaikumussalam,
Sila emel saya ajalil49@gmail.com jika berminat.
Juga lihat http://infoliamekarseri.blogspot.com/
Wassalam.
saya ada brain tumor @ acoustic neuroma berukuran +-4sm. Bolehkah HS mengecilkan saiz tumor kalau diamalkan
Salam. Nak tya, kanak-kanak umur berapa yang dah ble mula makan HB
kanak2 yg dah boleh menelan kapsul…kalau kecik sgt diorang tak tau nak telan
assalamualaikum.
nak tanya .
macammana nak guna benda ni??????????/
ble buat bdak sejuk tak??????????///
saya nak tanya…adakah org yg sedang mengandung boleh makan habbatus sauda…sbb org ckp habbatusa sauda ni kan panas sikit…adakah ia kan memudaratkan ibu dan bayi yg dikandungnya…
sekian, terima kasih
Salam,
Ibu yang mengandung 3 bulan ke bawah tidak digalakkan mengambil habbatus sauda kerana boleh menyebabkan keguguran. Ibu yang hamil 4 bulan ke atas boleh mengambil habbatus sauda, Insya Allah.
salam…
saya ingin tahu.. kalau ibu mengandung boleh makan habbatus sauda x?
Salam, Menjadi amalan nabi untuk mengambil HS. saya hendak bertanya Nabi s.a.w mengambil HS dalam bentuk apa?biji ke atau serbuk dll?
saya dah cuba habbatus sauda ni. Ia memang bagus untuk atasi alahan terhadap seafood dan resdung. Minta izin owner blog psl info hs.
Salam,
Terima kasih, Rina, atas maklumat yang diberi, moga menjadi panduan kepada sesiapa yang mengidap penyakit yang sama.
Mengenai info HS dipersilakan.
Bahkan kucing yang sulit kencing akibat radang saluran kencing (UTD) bisa terbantu dengan diberikan minyak yang terbuat dari kombinasi habbatussauda + zaitun (nama produk: Habbat’s Oil 369). Dosis sekitar 0,5ml/Kg berat badan kucing, 3X1 hari.
Kunci pemakaian habbatussuda mirip dengan madu yaitu dosis yang tepat dan konsistensi dalam mengkonsumsinya!
Berbagai macam produk habbatussauda (kapsul, minyak, kombinasi, dll.) bisa ditemukan di :
http://www.muaro.com/store/search.php?search_query=habbatussauda&submit_search=Cari
Terima kasih banyak atas maklumat yang diberikan mudah-mudahan bisa menjadi pedoman kepada kes yang sama.
pengalaman saya dengan habbatussauda yaitu ketika saya sakit influenza saya minum yang bentuk minyak dalam kapsul hasilnya memuaskan, alhamdulillah sembuh….tentunya dengan izin Allah Ta’ala……untuk mendapatkannya silahkan kunjungi http://www.pustakaaisyah.com atau http://safuan.wordpress.com
salam, saya dari Brunei, saya mempunyai penyakit resdung yg saya sndiri tdk tahu tahapnya sdh bagaimana.dlm hidung syg sdh bengkak & akan menjadi gatal jika memakan seafood terutama sekali yg berasaskan udang.saya ingin jasa baik pembaca blog ini utk berkongsi mslah yg sama.begitu juga dgn pndgn encik abd jalil tentang penyakit saya ini.
lagi 1,bolehkah HS ni menyuburkan wanita yg menginginkan anak kerana saya ada 2 org kwn yg masih pelum ada tanda2 akan mengandung setelah beberapa tahun berkahwin.
Salam, kalau kanak2 berumur setahun boleh makan habatus sauda? Ini kerana anak adik saya mempunyai penyakit kulit dimana dia hanya boleh makan vegetarian sahaja.
Salam…
Saya punyai masalah sperma kurang dan lemah. Adakah sesuai saya mengambil herba ini? Bolehkah saya makan dengan ubatan dari klinik atau herba yang lain? Sekian, harap dapat membantu…
apakah penyakit gout boleh diubati dgn memakan habatus sauda ni.
Salam,
Ingin bertanya bbrp solan:
1.Yg mane lbh baik makan dlm bentuk serbuk atau minyak?
2.Saya ada tekanan darah rendah,bolekh memakan habbatus sauda ini?
3.Adakah ia boleh menyembuhkan penyakit yg berkaitan dgn masalh dalaman wanita:berkaitan rahim dan haid???
4.Resdung bolekah diubati dgnya?
Assalamualaikum! Kepada tuan punye blog dan . Minta izin untuk buat promo di sini dan link website ni ke fb saya.
Kepada semua peminat habbatus sauda.
Baru di pasaran! Air Minuman Kordial Habbatus Saudfa buatan Malaysia. Harga RM 12 (1 liter).
Ejen di perlukan segera(KL/Putrajaya/Selangor).
Sila hubungi saya di 019 3338719.
Haris.
Wa’alaikumussalam,
Untuk menggalakkan sunnah Nabi s.a.w dipersilakan.
salam..sy ingin bertanya adakah habbatus sauda sesuai diambil oleh ibu mengandung?skarang sy mengandung 2 bln.. ade seorg ustaz mencadangkan supaya sy mengambil habbatus sauda..tp ade di antara rakan2 yg memberitahu bhwa habbatus sauda tdk sesuai diambil ketika di awal kehamilan krn ia membahayakan bayi dlm kandungan..
Wa’alaikumussalam,
Tidak digalakkan mengambil di bawah 4 bulan hamil/mengandung kerana dikhuatiri boleh menyebabkan keguguran. Ambillah selepas 4 bulan hamil.
salam.. minta kebenaran utk copy article ini utk dimasukkan dalam web saya.
Wa’alaikumussalam,
Silakan.
salaam utk semua,seorang doktor islam yg alim tentang attib annabawi mengatakan sekira HS ingin di mkn dalam bentuk asal,ianya haruslah di kunyah sehinga lumat sebanyak 33 biji 3 kali sehari(jika di telan begitu tidak akan berkesan)
dari pengalaman saya,memakan dalam bentuk sofgel lebih elok kerana tak terbegik-begik
salam…
bilakah waktu paling sesuai untuk mengambil HS ini, samada pagi, petang atau malam..terima kasih.
Wa’alaikumussalam,
Pada pendapat saya waktu yang paling baik untuk mengambil HS adalah di sebelah pagi sebelum subuh. HS dimakan sekurang-kurangnya setengah sebelum sarapan pagi dalam keadaan perut kosong.
Wallahu’alam.
Wa’alaikumussalam,
Pada pendapat saya waktu yang paling baik untuk mengambil HS adalah di sebelah pagi sebelum subuh. HS dimakan sekurang-kurangnya setengah sebelum sarapan pagi dalam keadaan perut kosong.
Wallahu’alam.
salam, boleh tak HS diambil bersama ubat kimia ( ubat darah tinggi hospital) ?
Wa’alaikumussalam,
Insya Allah boleh kerana HS adalah makanan kesihatan bukannya ubat.
Masa yang baik mengambilnya adalah di sebelah malam atau pagi. Dalam dua keadaan ini mestilah dalam keadaan perut kosong. Selepas 1/2 atau 1 jam barulah boleh bersarapan.
Saya juga sering konsumsi habbatussauda’, saya yakin akan khasiatnya karena Nabi sudah menginformasikan khasiatnya untuk mengobati berbagai macam penyakit. Jika ada waktu silakan mampir ke blog saya…
Salam, saya ingin tahu HS boleh menyembuhkan penyakit darah tinggi. Terimakasih…..
Wa’alaikumussalam,
Ada beberapa penyakit bila sudah dihidapi memang tiada penyembuhan seperti darah tinggi, kencing manis, gout, gastrik dsb. Cuma penyakit-penyakit ini boleh dikawal (keep under control) dengan memakan ubat dan mengamalkan pantang larang yang berkaitan dengan penyakit tersebut.
Walau bagaimana pun penyakit-penyakit seperti di atas boleh dirawat dan dikawal dengan memakan Habbatus Sauda secara berterusan di samping mengamalkan pantang larang untuk penyakit-penyakit tersebut.
Wallahu’alam.
salam, saya slh seorang penjual habbatus sauda, saya sungguh berminat semasa membaca artikel yang anda tulis, disini saya memohon izin untuk mengambil sedikit isi daripada artikel anda dan akan diolah lagi untuk diisikan dalam website kami…
Saya amat seronok membaca komen dan testimony pesakit yang merawat diri dengan cara alami.Memang habatus sauda tu sangat bagus untuk penjagaan kesihatan.Saya doktor homeopathy dari Melaka.Saya rawat pesakit kanser yang telah kena chemoteraphy dengan habatus sauda dalam bentuk mother tincture dan perkembangannya positif.Saya juga merawat diri dan menjaga kesihatan dengan mengambil habatus sauda dalam bentuk air mengikut kaedah homeopathy.Saya berkerja dari pagi sampai lewat malam tanpa penat.
Setiap hari saya akan kunyah 1/3 sudu teh habbatus sauda. Alhamdulillah, ianya ada kebaikan.
View Profile: What is a big Deal?.
saya mencari produk kordial habbatussauda’ kalu x silap jenama rz..sapa2 ada info yg boleh kongsi..
salam…..
sy nak share pengalaman berkenaan Barakah softgel…
sy telah mengamal barakah softgel dr thn 2007 selepas diperkenalkan oleh seorg rakan….alhamdulillah system immune badan bertambah baik sejak mengamalkannye,sy tidak lg mengalami selesema walaupun seharian berjemur dalam ujan.sy juga ade mempromisikan ke rakan2 yg lain dan alhamdulillah feedback dr mereka juga memberangsangkan….
Wa’alaikumussalam,
Terima kasih Asuad atas testimoni yang diberi.
Saya juga berasa begitu semenjak mengambil HSB ini pada tahun 2003 lagi.
Kalau tidak saya tidak berani untuk menjualnya.
saya baru mencuba , hs dalam bentuk kapsul, untuk dimakan 2 biji pagi selepas makan dan 2 biji selepas makan malam, saya baru makan pagi ini 2 biji, terus sendawa (mengeluarkan angin) nampak ada perkembangan baik
Bagi yang tiada penyakit dan sihat badan memadai makan sebiji saja sehari di waktu pagi semasa perut kosong. Lebih baik jika boleh makan bersama madu. Bancuh madu dengan air suam dan minum bersama HS.
Satu article yang sangat baik sekali, mohon kebenaran copy article untuk dimasukkan didalam web saya. Terima kasih.
Assalamu’alaikum.. Saya ada Habbatus sauda 1 balang Guru Besar sek saya tolong belikan di Mekah Tahn Lepas..Saya mengamalkan makan sesudu kecil Habbatus Sauda setiap pagi.. Boleh ke Habbatus Sauda ini dicampur dalam masakan? cth masak nasi ke atau masakan lauk pauk?
salam, saya ingin bertanya,setakat ini ada tak testimonial yg menunjukkan Baraka berjaya mengurangkan berat badan/kegemukan/kolesterol/obesity?.saya baru mengambil Baraka seminggu untuk penyakit asma tg saya hidapi.alhamdullillah batuk da kurang sikit..
salam….
kalau sy duk pahang camne cara sy nk dapatkann? hrp2 anda dpt berikn sdkt info dn panduan.
Salam, dimana boleh saya beli habbatussawda yg asli (bentuk biji kat area Klang valley ni)
Terima kasih
kalau kita pergi ke kedai2 ubat atau farmasi sekarang ni ada bermacam-macam keluaran berkenaan HS ni boleh pilih je nak yg harga murah mahal , ada yg campur ngn madu dll.
salam..
sy brminat dgn produk ne,tp bgaimana nk mndptkn produk ne di melaka?krn sy prktikal di sne..HS perlu diambil bape biji shari??skurg2nye brape lame ia akan mnunjukkn kesannye??ini kerana sy mmpunyai alahan..dan alahan ini mkin teruk dgn khadiran jerawat di muka baru2 ne..sy difahamkn bhw HS mampu merawat jerawat ataupun mghasilkan kulit yg cantik berseri…sy brharap sgt produk ini dpt mmbantu mgatasi mslh sy..
saya adalh pesakit kencing manis. saya baru mencuba menggunakan habbatus sauda. masih belum dapat menikmati apa-apa kesah kecuali betis, tapak kaki dan pergelangan kaki bertambah sakit dan seakan hendak menjadi kebas. harap mendapat nasihat yang selanjutnya.
salam. saya pengidap HIV+ve/Aids. sy sedang mencari penawar utk penyakit sy. sekarang sy hanya bergantung kepada ubat terapi hospital sahaja. sy sedang mencari penawar yg bole menyembuh penyakit sy walaupun kita tahu penyakit ini belum ada ubatnya. rasanya, bolekah HS ini dapat mebantu myembuh penyakit saya… sy takut jika sy mgambil HS ini bersama dgn ubt terapi skg ini bole membawa kesan ke ats diri sy.. jika saudara ada berkaitan dgn HS + penyakit HIV..bolekah saudara forwardkn pd saya? terima kasih.
salam. saya rasa, cik perlu yakin dengan hadith nabi mengatakan habbatus sauda adalah ilassam- ubat segala penyakit kecuali mati… makanlah habbatussauda bersama madu… mintak kesembuhan daripada allah secara bersungguh. dalam masa yg sama, kita usahakan mendekatkan diri pada allah dengan menambah amalan2 sunat. daripada Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali…
Dimana saya boleh dapatkan habbattus sauda dalam bentuk kapsul/minyak di sekitar Kota Kinabalu. Sabah? Terima Kasih.
Assalamualaikum saudara..Saya minta izin utk copy artikel ni ke dalam blog saya..
Wa’alaikumussalam,
Dipersilakan………
bagaimana nak mendapatkan produk ni di sekitar kota kinabalu, sabah?
sy tgl di penang..dimnakah blh dptkn habatus sauda ini?
Bolehkah baraka (black seed)softgel dimakan bersama ubat doktor. Anak saya sentiasa mengalami batuk dan sukar bernafas dan telah menggunakan hb akhir2 ini tetapi ia menyebabkan dia semakin sukar bernafas dan bertambah batuk. Adakah itu kesan pemulihan untuk mengeluarkan kahak akibat penggunaan hb?
Habbatus sauda’ (HS) adalah sejenis makanan kesihatan dan tidak mengganggu jika dimakan bersama ubat doktor. Ada terdapat beberapa kes yang mana apabila memakan HS kesan pemulihan berlaku dan bergantung kepada penyakit sama telah lama atau baru dihidapi. HS baik untuk lelah sepertimana terdapat beberapa pengguna yang memaklumbalaskan tentang kesan positifnya. Apa pun puan kena rujuk kepada doktor jika batuk anak puan bertambah teruk.
HS elok dimakan semasa perut kosong di sebelah pagi 1 atau 1/2 jam sebelum bersarapan. Lebih baik diambil bersama madu yang telah dibancuh dengan air suam. Wallahu’alam.
Assalamualaikum…
Kat miri(Sarawak) ada tak…klau nak beli dengan saudara macam mana
Wa’alaikumussalam,
Saya tidak pasti sama ada di Miri ada dijual produk tersebut.
Saya akan hantar emel kepada Sdr Insya Allah.
Saya nak tahu bagaimana cara utk menggunakan minyak habbatus sauda ni samada di campur dga air atau terus di minum
Minyak habbatus sauda yang telah dikapsulkan tidak perlu dicampur dengan air, ianya terus ditelan dengan air atau ditelan dengan madu yang telah dibancuh dengan air suam.
Bagi habbatus sauda dalam bentuk minyak (cecair) boleh dimakan (ditelan) begitu sahaja kalau boleh tahan rasa dan baunya. Apa pun Habbatus sauda dalam bentuk minyak (cecair) atau yang dikapsulkan memberi kesan yang lebih baik kepada badan.
salam tuan, saya berminat nak beli tapi tak tahu di wp labuan ada agen tuan kah? jika tiada bagaimana cara untuk saya mendapatkannya.Kalau pos berapa harga belanja pos.
a’kum….
Saya baru 2 minggu makan habbatus sauda dalam bentuk asal yang dikisar sendiri 1 sudu teh setiap pagi sekali sehari.Dari pengalaman saya yg mungkin boleh dikongsi bersama. selepas mendapat anak pertama saya ada masalah haid yang tidak teratur (2 atau 3 bulan skali baru datang haid)dan kalau haid hanya datang 1/2 hari shj, itu pun sgt sedikit.Selepas seminggu mengamalkannya Alhamdulillah..kesannya sgt bagus, perjalanan haid menjadi normal seperti dahulu.
Saya ingin tahu samada produk ini ada dijual di mana kedai di Seremban ni untuk saya beli atau saya hanya perlu memesan terus dari encik sahaja?
Saya baru guna ubat ni. Tapi saya alami gatal2 ringan pada jari2. Normal ke tu ye? Adakah saya allegic pada habbatus sauda?
salam…kawan saya ada bagi biji-bijian halus berwarna hitam?adakah itu habbatus sauda?adakah habbatus sauda terdapat dalam banyak bentuk seperti minyak atau biji-bijian halus…..dan sekiranya betul ia adalah HS bagaimanakah untuk mengunakannya dan cara-cara memakankannya?
salam…
setiap hari saya akan menguntingkan hujung softgel Baraka dan memicit keluar minyak HS kedalam sudu plastik, kemudian saya tuangkan madu keatas sudu tersebut…dan terus minum begitu sahaja.selepas itu minum pula sesudu minyak zaitun (extra virgin oil).
mungkin sahabat-sahabat yang lain ingin berkongsi pengalaman masing-masing?
Wa’alaikumussalam,
Ya bagus tu Sdr Muhamad Fadzil berkongsi pengalaman bagaimana mengambil habbatus sauda dengan madu dan juga minyak zaitun. Ketiga-tiga makanan kesihatan itu adalah yang terbaik yang datang daripada sumber asli.
Saya mengambil habbatus sauda bersama madu yang telah dibancuh dengan air suam. Diambil sebelah pagi (sebelum subuh) 1/2 atau 1 jam sebelum sarapan (keadaan perut kosong). Yang lain bagaimana pula?
Salam..
Pernah ke pesakit HIV+ menggunakan Habbatus Sauda dan apakah kesan Habbatus sauda kepada badan pesakit tersbut? Menguatkan antibodi k atau membuatkan badan negatif HIV semula.. Ade testimoni x?? terima kasih.
Wa’alaikumussalam,
Adalah sangat-sangat dihargai sekiranya sesiapa yang boleh memberi maklumbalas kepada pertanyaan riang-riang remaja.
salam,
Terima kasih kerana maklumat yang sangat berguna. Mungkin aja49 boleh cungkil bagaimana minyak HB ini digunakakan semasa zaman ancient Egypt oleh Cleopatra dan Nefertiti. Mungkin saya akan cuba titiskan minyak ini dalam spa bubble bath sebagai nilai tambah kepada aromatherapy oil sedia ada.
Wa’alaikumussalam,
Insya Allah saya akan cuba cari rahsia tersebut dan jika terdapat saya akan paparkan di sini.
Salam,
Mana lebih baik, HS yg diambil dlm bentuk softgel atau dlm bentuk minyak?
Bolehkah HS menyembuhkah penyakit paru-paru berair?
Adakah healing crisis akan berlaku bg mereka yg br mengamalkan HS?
Apakah kesan mengambil HS secara berlebihan contohnya mengambil sofgel HS, Madu + HS & VCO +HS tetapi secara berasingan dalam ms satu hari dan dijarakkan beberapa jam?
Hb,saya beli d kedai jual rempah,dengan nama jintan hitam,kalau Rm10 tu kita boleh dpt hampir 500grm,kira banyak jugak..kemudian saya goreng bijian hb tu,tampa minyak,goreng sehingga keluar bau,aroma..semasa menggoreng,hendak lah dkacau2,kemudian hb td,d blender sampai menjadi serbuk halus..serbuk ne lah,boleh d cmpur dgn madu,kemudian d minum dgn air suam..insyallah berkesan.
Salam,
Hampir 7 bulan saya mengalami penyakit ni…tp saya tak pasti apa nama penyakit ni…yang pasti saya terpaksa menelan pil setiap hari, jika tidak seluruh badan saya keluar bintik2 merah dan jika saya menggarunya bintik2 merah itu akan jadi besar dan tebal, apakah ini salah satu penyakit Eczema/ allergy pada sesuatu? Saya risua kerana anak saya yang masih menyusu badan. Adakah ianya berjangkit melalui susu badan?
Saya sungguh merasa sedih dan tidak selesa setiap kali diserang gatal2 dan kadangkala hingga ke muka..
Saya harap sesiapa dapat membantu saya mengatasi penyakit kulit yang saya hadapi ini.
as’kum
macamana saya nak dapatkan habatus sa’uda ni..boleh ke perempuan hamil mengambilnya setiap hari? anak berumur 2 tahun blh makan tak?
tq..
Wa’alaikumussalam,
Bagi ibu yang hamil kurang daripada 4 bulan tidak digalakkan memakan habbatus sauda kerana dikhuatir kandungan boleh gugur. Seeloknya makan selepas 5 bulan hamil.
Wa’alaikumussalam,
Kanak-kanak berumur 2 tahun mungkin boleh mengambil habbatus sauda tinggal lagi kesan terhadap kanak-kanak mungkin berasa panas dan perlu minum banyak air.
Saya dapat maklumbalas ada kanak-kanak yang berumur 4 tahun yang mengambil habbatus sauda tiada memberi apa-apa tindak balas dan berasa selesa dengannya.
Ada sesiapa yang mempunyai anak-anak kecil yang mengamalkan pengambilan habatus sauda?
salam..
saja nak kongsi pengalaman akibat makan HS ni…kesan sampingan terhadap diri saya setelah pengambilan HS mmg banyak, pertama..badan terasa spt demam, tapi selera makan tak berubah. belakang badan terasa menyucuk-yucuk..kaki terasa kebas..belakang kepala sakit berdenyut..paling terasa, dada terasa (kat kawasan hati kot..)tak selesa..yelah bekas perokok..(22 tahun hisap rokok) baru 2 tahun berhenti rokok.(detox kot) tapi saya
bersabar dan teruskan pengambilan HS hingga arini..rasanya cukup setakat ini..lain masa saya berkongsi pengalaman lagi..mungkin sahabat2 lain ingin berkongsi pengalaman masing2….
Wa’alaikumussalam En Muhamad Fadzil,
Terima kasih kerana berkongsi pengalaman pengambilan habbatus sauda. Mudah-mudahan menjadi berita dan panduan kepada semua dan terutama mereka yang merokok.
HS adalah sejenis makanan kesihatan yang memberi tindakbalas kepada penyakit yang ada pada diri kita. Biasanya tindakbalas sedemikian memberi petanda bahawa HS bertindak terhadap penyakit yang ada pada diri kita dan cuba mengnyahkannya daripada badan kita. Kesan tindakbalas bergantung kepada individu dan berapa lama penyakit itu telah dihidapi. Ramai yang tidak meneruskannya apabila mendapat tindakbalas berkenaan kerana khuatir penyakit akan bertambah teruk. HS bukanlah ubat dan tidak berlawanan apabila mengambilnya bersama ubatan doktor. Mudah-mudahan tindakbalas yang dialami oleh En Fadzil akan memberi kesan positif kepada kesihatan dan diri.
Salam..
Saya nak mengamalkan untuk makan HS tp sedang dlm proses untul mengawal berat badan. Soalan saya, adakah produk HS akan menyebabkan selera makan bertambah?
Wa’alaikumussalam,
Yang saya tahu HS tidak menyebabkan tambahnya selera makan.
Wallahu’alam.
ada satu artikel yang saya baca… HS ni boleh menaikkan nafsu seks seseorang.. dan jika orang itu belum berkahwin… nafsu tersebut beralih kepada makanan.. maksudnya menyebabkan selera makan bertambah bg orang-orang bujang
salam..boleh ke mengambil habbatussauda ketika sedang haid?
Wa’alaikumussalam,
Insya Allah tidak menjadi masalah.
Ada sesiapa yang boleh beri maklumbalas mengenai perkara ini?
salam…
saya amat berminat dengan produk habatus sauda (baraka) ini..tambah2 saya mengidap asma sejak mula2 pregnant sampai sekarang.(sebelum ini takde)..tapi saya tinggal di kota bharu..macamana saya nak dapatkan produk ini?.terima kasih…
Boleh tak Habattus Sauda mengubati penyakit Hernia? Adakah sesiapa dlm blok ni ada experiance??
sy telah amalkn supplement baraka ini sebulan yg lalu, kini sy telah hamil,. bolehkah sy terus mengamalkan supplement tersebut. adakah terdapat kesan sampingan jika sy mengamalkn supplement baraka ketika hamil ? t.kasih..
Alhamdulillah.
Jika boleh puan berhenti dulu mengambil habbatus sauda baraka (HSB) ini hingga melebihi 5 bulan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan keguguran.
Selepas 5 bulan puan boleh terus mengambilnya kembali. Jika berasa tidak sesuai selepas mengambil kembali maka tunggu sehingga lepas bersalin. HSB boleh menambah susu ibu apabila diambil selepas bersalin.
Wallahu’alam.
Melayu: Jintan Hitam, Pasai apa hurufnya terlalu halus, sila betulkan, tk
Terima kasih Sdr Abdul Hamid.
Untuk mendapatkan tulisan/huruf besar lagi sila tekan butang Control dan + .
salam2 u.. sy tggal dmuar, selama ini sy mmg amalkan HS utk memulihkan hormon bdn sy yg tidak seimbang.. sy mengambilnya secara selang seli dgn omega3 dlm botol jenama herbalis yg berpusat d perlis.adakah tidak ade ape2 effect jika sy berterusan menggunakan HS dan Omega3 bergilir2 terutama utk proses mengurangkan angin n membantu menguatkan jantung sy.? terima kasih…
Wa’alaikumussalam,
Kedua-duanya adalah makanan kesihatan. Memakannya secara sekali gus atau selang seli tidak menjadi masalah.
Wallahu’alam.
assalamualaikum.
saya pernah di serang stroke 2kali mati sebelah badan,muka senget pertuturan saya orang tak faham dan otak tak dapat recall(lupa).Pada hal saya seorang yang aktif bermain bolasepak dan berkerja kontraktor yang lasak.Sepupu saya telah memberi saya 12 botol minyak habattus sauda mariana dari albataty oil seed factory mesir dan juga baraka.Setelah menghabiskan 5 botol,syukur alhamdulillah dengan kuasa allah penyakitan saya betul sembuh.Buat kali saya minum minyak HB baunya dan rasanya saya tak larat nak telan.Pasal nak sembuh isteri saya paksa saya minum minyak HB.Disebalik stroke saya juga kena penyakit bengkak hati kerana kuat merokok dan kencing manis.Semuanya sembuh setelah di sahkan doktor pakar ghhs.Tekanan darah saya skrg(125/70) dan tahap gula(4.5)Dan di mana boleh saya dapat product diatas?Tetapi proses penyembuhannya boleh tahan.
wasalam.
Wa’laikumussalam,
Alhamdulillah tuan telah banyak sembuh dengan izin Allah s.w.t. Insya Allah HS boleh merawat banyak penyakit sebagaimana yang disampaikan oleh hadis Nabi s.a.w.
HS sepatutnya diamalkan diperingkat umur muda kerana boleh membina ketahnan badan dan menjauhkan daripada penyakit secara “gadual”. Kebanyakan orang mula mengambilnya selepas mereka mengidap penyakit. Biasanya dalam keadaan sedemikian rupa pesakit mengambil masa untuk sembuh dengan izin Allah s.w.t. Oleh itu bagi yang masih muda eloklah jadikan amalan mengambilnya setiap hari sebiji atau dua dalam keadaan perut kosong.
Tocjie bolehlah hubungi saya melalui emel untuk mendaptkan produk ini.
Wallahu’alam.
Wassalam.
A Jalil
assalamualaikum Setau saya,HS harus diambil selepas makanBolehkah ia diambil dalam perut kosong?
Salam tocjie, saya ingin tahu process penyembuhan ambil masa berapa lama pada diri anda. Terimakasih.
Assalammualaikum…saya adalah pesakit resdung yang boleh dikatakan teruk sehinggakan mengganggu kerja,tidor dan aktiviti seharian.Walaupun saya menjaga cara pemakanan,resdung saya tidak berkurangan.Seorang kawan yang balik menunaikan haji memberi sebotol minyak habbatus sauda(black seed oil)…saya menyapu minyak di muka sebelum tidor dan minum minyak yang dicampurkan air…Alhamdulillah,masalah ini semakin baik….
Saya bercadang untuk amalkan habatus sauda untuk tempoh 3 bulan (90 hari berturut-turut) bagi menurunkan kadar kelestrol sebagaimana yang disarankan oleh kawan saya. Berapa kah harga kapsul baraka dan bila perlu saya ambil dan berapa biji untuk satu hari.
Sebenarnya saya tidak tahu bahawa HS boleh turunkan kadar kolesterol dalam badan. Kalau ianya betul syukur Alhamdulillah.
Kolesterol dalam badan boleh dikawal dengan mengelakan memakan makanan yang berlemak seperti mentega, majerin, makanan bergoreng dan makanan yang berprotein tinggi dsb.
Juga perlu kepada senaman yang berterusan untuk keluarkan peluh dan toxin daripada badan.
HS juga boleh membantu mengawalkan kadar kolesterol dalam badan. Sebenarnya yang penting apabila kita mengambil HS secara berterusan ianya boleh memberi kita ketahanan badan (body immunity) yang boleh mencegah daripada berbagai penyakit.
Asssalamualaikum.
Alhamdulillah dengan izin ALLAH sekarang saya sudah tidak batuk lagi..dulunya sebelum sy amalkan HS ni.. setiap bulan sy mengalami gejala batuk..Sabda Nabi itu adalah benar..
Salam..
Boleh tak saya post link blok ni kat Facebook saya..
Wa’alaikumussalam,
Silakan.
saya nak copy paste testimoni di dalam blog ni bleh 😉 tq- Nurul
Salam…
Semalam saya cuba makan HS sebiji sebelah pagi. Tengaharinya badan saya rasa semacam. kemudian diikuti demam sangan hingga ke malam sampai pagi ni.
badan rasa bisa2 dan kepala sakit sangat.
Adakah ini sbb tindak balas atau mmg sy tak sesuai kot.
Harap dapat nasihat and komen
TQ
Wa’laimkumussalam,
Bagi mereka yang memakan habbatus sauda buat kali pertama boleh mengalami beberapa ciri tindak balas.
Ia boleh berpunca dari berbagai penyakit yang ada pada diri pemakan.
Biasanya mereka yang mengalami demam adalah disebabkan masalah usus kecil atau usus besar.
Wallahu’alam.
teruskan bagus tu…
Insya Allah. Terima kasih.
assalamualaikum.saya tidak pasti dengan penyakit saya.saya rase ade lendir dalam paru paru saya tapi bila saya batukkan,susah nak kluar.bolehkah habatus sauda mengobati penyakit saya?
jika saya beri anak berumur 11 dan 9 thn makan hs bersama madu…hs ini , saya keluarkan dari kapsul(cecair)….boleh kah anak saya berumur 3 dan 6 tahun makan seperti cara itu…dan jika dia demam atau sakit mata, boleh kah diteruskan makan hs…
HS adalah sejenis makanan kesihatan. Jika seseorang dewasa/kanak2 memakannya buat kali pertama mungkin ada tindakbalas sekiranya dia berpenyakit.
Jika anak puan boleh telan kapsul tersebut dengan bancuhan madu, itu adalah lebih baik.
Minyak habbatus sauda mempunyai bau dan rasa yang kurang enak bagi kanak2 mungkin juga bagi sesetengah orang dewasa. Pasal itu minyak itu dikapsulkan. Walau bagaimana pun jika dikeluarkan minyak dan dibancuh dengan madu tidak menjadi masalah untuk anak2 puan meminumnya maka teruskan.
Selepas memakan habbatus sauda elok minum air selalu kerana bagi sesetengah orang badan akan merasa panas. Kebiasaannya seseorang perlu minum air di sepanjang hari sehingga 8 gelas sehari. Jadi mereka yang baru mula makan habbatus memang perlu sangat meminum air.
assalamualaikum. HS itu adalah anti tumor.Bolehkah ia menyembuhkan kanker mulut(mouth cancer)?
Wa’alaikumussalam,
Jika dilihat maksud hadis maka pada habbatus sauda itu boleh merawat segala jenis penyakit kecuali mati.
Adalah diharapkan boleh merawat sebarang jenis kanser. Walau bagaimana pun bergantung kepada tahap kanser yang dihidapi. Pada peringakat awalan dilaporkan habbatus sauda boleh mengawal kanser. Penyembuh pada hakikatnya adalah Allah s.w.t dan kita cuma berusaha dan kemudian bertawakal.
Untuk mengelakkan kanser adalah disarankan supaya pengambilan habbatus sauda dimula dari awal lagi iaitu semasa kita dalam keadaan sihat. Habbatus sauda menghasilkan ketahanan badan (body immunity) kepada banyak penyakit. Dengan kata yang lain pencegahan adalah lebih baik daripada merawat (prevention is better than cure). Wallahu’alam.
Assalamualaikum. Baby saya berumur sebulan lebih. batuk berkahak dan selsema, bolehkah baby saya diberi minyak habbatus sauda itu?
Wa’alaikumussalam,
Wallahu’alam. Bayi adalah terlalu kecil untuk diberi minyak habbatus sauda. Saya belum pernah dengar bahawa bayi boleh diberi minyak habbatus sauda. Yang saya tahu ibu boleh mengambil habbatus sauda dan diharap ketika bayi menyusui susu ibu juga boleh dapat khasiat habbatus sauda yang diambil oleh ibu.
Assalamualaikum.Saya baru saja lepas bersalin. Selepas tempoh berpantang saya mengamalkan HS (BARAKA)untuk memperbanyakkan air susu.Walaubagaimanapun selepas seminggu saya mengamalkan saya mula sakit tekak,lenguh-lenguh sendi,sakit kepala dan demam.Disebabkan menghadapi keadaan berkenaan saya berhenti dari mengambil HS.Apakah keadaan berkenaan disebabkan oleh pengambilan HS berkenaan?.
Wa’alaikumussalam,
Bagi mereka yang pertama kali mengambil habbatus sauda akan mengalami tindakbalas bergantung kepada jenis penyakit yang ada pada pengambil.
Jika mengalami sakit tekak mungkin ada massalah paru-paru, lenguh-lenguh sendi ada kaitan dengan masalah urat darah atau lebihan asid uric dan sakit kepala dan demam mungkin ada masalah usus kecil /besar. Tindakbalas adalah perkara biasa.
Bila ambil habbatus sauda perlu minum air banyak. Sesetengah akan berasa badan panas. Air juga bagus untuk kesihatan badan.
Wallahu’alam.
Assalamualaikom, saya ada masaalah thyroid. Hari2 saya kena makan ubat berbentuk pil kecil. Leher semanjang bengkak seperti ada gelang. Bulan nov 2010, saya kena TB paru2, makan ubat hari2 selama 2 bulan. Sekarang sudah makan ubat selama 2 kali seminggu, alhamdulillah sudah kecut kata doktor. Sudah sebulan ni saya makan kolagen, dan saya rasa sehat dan kulit saya rasa halus dan licin, tetapi penafasan saya masih seperti semput2, kalau saya berjalan jauh atau lama. Tuan tahu kalau habbatus sauda boleh tambahkan kekuatan penafasan. Saya tinggal diSerendah, Rawang, saya rasa saya boleh cari bangunan plaza Idaman diGombak. TK
saya berminat untuk membelinya: HSaudah. adakah pengedar di melaka? Bolehkah untuk menolong mengedarkannya di Sabah sebab saya bertugas di Sabah. Jawapan tuan sangat dihargai. terima kasih
Sila lihat emel saya kepada tuan.
salam…sy mengalami penyakit alahan yang teruk.doktor menyarankan sy supaya menjaga pemakanan dan persekitaran. tp masalhnya badan sy tetap gatal2 walaupun sy telah berpantang dgn mkn nasi & sayur.sy hanya makan ubat yg dibeli dr farmasi tp ubt trsebut hanya tahan selama 2hr shj. kemudian kulit sy akan kemerahan dan gatal2 akan dtg kembali.sy juga merancang untuk hamil ttp kesan dr ubat yang diambil menyebabkn sy kegugurn.jd adakah haabbatus sauda ini boleh menyembuhkn penyakit sy?sy berada di area n9, dimanakah sy boleh memperolehi Hbbatus sauda ini?
Wa’alaikumussalam,
Puan Surina sila rujuk emel saya kepada puan.
Salam
Saya Nora dari Muadzam. Dua bulan sebelum ini saya mengalami alahan yang teruk. Muka bengkak2, gatal dan merah2 jika saya termakan sebarang makanan laut yg tidak fresh, ayam, telur, ikan bilis, ikan tongkol. Saya terpaksa bergantung kpd ubat penahan allergik utk mengelakkannya daripada melarat. Saya juga telah mencuba bermacam2 ubat yg ada di pasaran tp ianya hanya berkurang dan bertahan utk sementara sahaja sehinggalah sya terbaca artikel saudara di laman web ini. Saya mula mengambil minyak habbatus suada dalam migguyg lepas..dan pada hari semalam sy menerima jemputan makan tengah hari dari teman sepejabat yang akan berpindah kerja ke UAE. Dlm jamuan tersebut sy telah memakan seekor udang yg agak besar….dan alhamdulillah tiada sebarang kesan allergik yg timbul…sehingga hari ini allergik sy belum dtg menyerang wpun sy memakan telor dan ayam. Saya yakin saya sudah menjumpai penawarnya. terima kasih saudara atas info yg amat berguna ini.Saya betul2 rasa sangat bersyukur.
Alhamduililah, Allah s.w.t jua yang menyembuhkan semua penyakit. Mungkin kebetulan puan telah terjumpa penawarnya yang berserasian. Apa pun habbatus sauda adalah sejenis makanan kesihatan yang boleh merawat berbagai jenis penyakit kecuali mati. Jika dijadikan amalan harian kita, Insaya Allah ianya boleh membina ketahanan badan untuk menghindar penyakit-penyakit yang mudah dijangkiti. Saya telah mengamalkannya melebihi 7 tahun.
Assalamualaikum..minta izin nak promo kordial habbatus sauda..sy pengedar Kordial HS di kawasan Bangi..Harga RM12 sebotol.. kpd penduduk Bangi dan kawasan sekitarnye bleh la call sy.. 012-9277100.. semoga anda mendapat manfaat dari makanan sunnah..amin..
Assalamualaikum
Dimanakah saya boleh membeli pil Habbatussauda.Saya tinggal di Petaling Jaya.Harap dapat membantu. Terimakasih
As’kum,
Saya baru membeli HS dan bercadang untuk mengambilnya seiring dgn Gamat Jelly. Adakah ia akan mendatangkan masalah?
Niat utk memakan kedua2 nya ialah utk melancarkan kitaran haid yg tk menentu dan utk mengubati apa saja kesakitan/ketidakselesaan yg ada dlm perut. Bolekah saya mengambil HS utk meningkatkan kesuburan?
salamualaikum saudara..Saya minta izin utk copy artikel ni ke dalam blog saya..
Waálaikumussalam,
Silakan Anne
salamualaikum saudara..
saya baru menjalani pembedahan rahim,doctor memberikan saya supplement HB,benarkah HB ini tidak sesuai utk ibu mengandung?Bagaimana pula dgn situasi saya adakah HB ini akan menyebabkan percentage hamil itu kurang?
Reply
Waálaikumussalam,
Habbatus sauda (HB) adalah sejenis makanan kesihatan. Walau bagaiman pun HB tidak digalakkan bagi ibu yang mengandung di bawah 4 atau 5 bulan. Ianya boleh menyebab keguguran.
Ada pelanggan saya yang sukar hamil tetapi selepas mengambil HB beliau mengandung. Apa pun itu adalah takdir Allah s.w.t. HB juga baik untuk ibu yang baru lepas bersalin kerana boleh menambahkan susu ibu. Wallahuálam.
Assalamualaikum,
Apakah HS bs membantu untuk menyembuhkan penyakit semacam penyakit jantung, memar karena olahraga, penyakit lambung? Apakah ada efek sampingnya? Terimakasih
Assalamualaikum,
saya ingin bertanya,boleh kah jika kita tidak tahu yang kita mengandung..tetapi mengambil HB ini? yang saya tahu, apabila mengandung kurang dari 4 bulan tidak digalakkan..dan ada tak testi yang menunjukkan wanita yang ingin hamil, apabila mengambil HB dia akan hamil?
Waálaikumussalam Pn Yana,
Jika sudah sah mengandung maka berhentilah daripada mengambil HB hingga melepasi bulan ke 4.
Ada pelanggan yang membeli HB mengatakan dia tidak pernah hamil. Apa yang berlaku selepas itu saya kurang pasti kerana tiada testimoni yang diberi. Diharap pelanggan tersebut jika terbaca soalan Pn ini, mungkin boleh beri maklumbalas. Kita hanya berikhtiar dan penentunya adalah Allah s.w.t.
salam
saya nak tau adakan HS dapat mengubati sakit dada .paru2 bengkak dan medu angin
terimakasih
Waálaimussalam,
Jika diamati akan hadis mengenai HS:
Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra. Beliau pernah mendengar Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya Al- Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya “Apakah Al-Sam itu?. Baginda menjawab, ” Al-Sam itu ialah maut”. (Riwayat Bukhari)
Maka atas maklumat hadis tersebut di atas kita hanya berikhtiar agar apa yang dipraktikkan oleh Nabi s.a.w. elok dijadikan amalan kita mudah-mudahan Allah s.w.t menyembuhkan apa saja penyakit yang kita hidapi.
Wallahu álam.
salam…adakah kita boleh memakan batu saudah begitu sahaja…sbb kawan suami saya ada membeli batu saudah dari lubnam.
Wa’alaikumussalam,
Adakah Pn maksudkan biji habbatus sauda? Jika biji habbatus sauda memang boleh dimakan begitu saja.
Jika Pn maksudkan batu – saya tidak pernah dengar adanya batu sauda.
Salam.. jika tuan ada jual di kedai tuan..boleh beri alamatnya. Boleh lah saya singgah jika bertugas di luar. Tq
Assalamualaikum, saya pengamal HS.. tindakdakbalas terkini terhadap diri saya adalah sakit tengkuk..mungkin tuan tahu jenis penyakit yg saya alami? sekian, terima kasih. wassalam.
Salam, saya pun begitu. Tindak balas yg saya alami sakit pada tengkok, harap maklum.
Wasalam
Wa’alaikumussalam,
Tindakbalas memakan habbatus sauda (HS) tidak diberi secara khusus. Di bawah adalah senarai tindakbalas memakan habbatus sauda secara umum.
Berikut adalah senarai beberapa tindak balas awal yang mungkin berlaku jika mula-mula mengambil Habbatus Sauda’: Akan mengeluarkan
1. Muntah (Masalah sistem penghadaman)
2. Demam (Masalah usus kecil / besar)
3. Najis berdarah (Masalah anus (lubang dubur) dan
buasir)
4. Cirit-birit (Masalah limpa / hati)
5. Berpeluh (pengeluaran haba dalam badan)
6. Sengal bahagian sendi (Masalah urat darah dan reaksi
kelebihan asid uric)
7. Sakit Pinggang (Masalah buah pinggang)
8. Sakit tekak / kerongkong (Masalah paru-paru)
9. Kencing berbau (Masalah buah pinggang)
10. Kencing manis bertambah (Masalah hati dan
pancreas)
11. Pengeluaran haid berlebihan (Proses perubahan
hormon dan masalah limpa)
12. Bertambah selera makan (Proses perubahan kolestrol)
13. Bengkak anggota badan (Masalah buah pinggang)
14. Gatal hidung,selsema (Masalah resdung dan alahan)
15. Tumbuhnya jerawat lebih dari biasa (Masalah resdung
dan alahan/darah kotor)
16. Sakit kepala (Masalah migrain,mata)
Wallahu’alam.
Syukur saya terjumpa blog ni…byk saya belajar tq.
Assalamualaikum…
Sebelum ini saya pernah mengamalkannya HB. Alhamdulillah penyakit migrain, penyakit kulit ( sopak), ruam pada baby semua hilang. Waktu itu saya menggunakan minyak hb dalam botol yang dibeli oleh ibu saya di Mekah. Tapi sekarang sudah pun kehabisan minyak hb tu. Saya ingin mendapatkan hb produk Baraka. Tetapi boleh saya tahu apakah softgel yang digunakan oleh Baraka itu merupakan softgel halal..? Atau ada tak keluaran Baraka yang menjual minyaknya di dalam botol.. Kalau ada berapa harganya dalam sebotol…?
Terima kasih.
assalamualaikum tuan aja…terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu pengetahuan yang berguna itu bersama-sama kami…terima kasih.
Alhamdulillah Terima kasih Muhamad Fadzil. Semua ilmu harus dikongsi bersama agar manusia akan lebih berpengetahuan dan bersefahaman.
Syukur juga saya berjumpa blog ini. Tq.
Terima kasih kembali.
byk info yg meyakinkan. ayah saya mengidap gout, darah tinggi dan angin dalam badan. produk yg mana satu sesuai diambil dan adakah produk ini dapat mengurangkan uric asid bagi pesakit gout. terima kasih
salam.bagaimana cara pemakanan kapsul yang paling efektif?
Wa’alaikumussalam,
Sebenarnya tiada jawapan yang tepat kerana ianya bergantung kepada individu dan penyakit atau masalah kesihatan yang sedang dialami. Memakan HSB buat kali pertama biasanya akan mendapat tindakbalas yang berbeza di antara individu.
Bagi saya yang sudah mengambilnya selama lebih 8 tahun, saya memakannya di sebelah pagi 1 atau 1/2 jam sebelum sarapan. Biasanya saya akan mengambil bersama madu yang dibancuh dengan air suam bersama 1 kapsul HSB. Boleh juga makan HSB sepertimana yang disarankan pada kotak HSB itu.
saya berada di kota kinabalu dimana saya boleh mendapatkan HB ini.
Saya tidak pasti. Dulu ada seorang pelanggan saya menjualnya tetapi sudah lama beliau tidak memesan lagi. Kedai kami di KL dan bagi pelanggan kami di luar KL kami hantar melalui Poslaju.
Assalamualaikum w.b.t, adakah produk ini sesuai untuk kanak-kanak (9/10 tahun). Jika sesuai, bagaimana degan dosnya? terima kasih.
Wa’alaikumussalam,
Tidak menjadi masalah jika kanak2 ingin mengambilnya pada usia itu.
Jika mereka biasa telan ubat dalam bentuk pill maka tidak menjadi masalah untuk kanak2 mengambilnya.
Jika boleh diamalkan mengambil habbatus sauda di peringkat muda adalah lebih baik terutama untuk ketahanan badan.
smkum wbk…
dari maklumbalas2 di atas rasanya saya terasa juga nak mencuba produk baraka hs ni, masalahnya saya tinggal di kota belud sabah, Bolehkah tuan menerangkan cara membuat pesanan secara online ( terperinci & step by step ) . Tolong nyatakan juga kos penghantaran sekali…
tq..
Wa’alaikumussalam,
Insya Allah saya akan hantar emel menerangkan cara membuat pesanan on line.
smkum wbk…
dari maklumbalas2 di atas rasanya saya terasa juga nak mencuba produk baraka hs ni, masalahnya saya tinggal di kota belud sabah, Bolehkah tuan menerangkan cara membuat pesanan secara online ( terperinci & step by step ) . Tolong nyatakan juga kos penghantaran sekali…
tq..
Reply
nk tnyer nih … baby berumur 1 thn lbh boleh minum ker kordial habbatus sauda’ nih ? tkt jgk… lbh baik sy tnyer dulu …
org mengandung blh x mkn habbatus sauda’
Sebaik-baiknya tunggulah selepas 5 bulan. Di bawah 3 bulan dikuatiri boleh menyebabkan keguguran.
waktu malam sesuai ambil HSB sebelum atau selepas makan?bagaimana cara order?tq
Seelok-eloknya ambillah HSB dalam keadaan perut kosong sama ada di waktu pagi atau malamnya..
Di waktu pagi 1 atau 1/2 jam sebelum sarapanambilan pagi. Waktu malam 1 jam selepas makan. Di antara malam dan pagi, pengambilan HSB lebih baik diambil di waktu pagi.
sekali shj sehari yer..jika 2 kali?
Tidak menjadi masalah untuk mengambil 2 biji sehari. Banyakkan minum air.
asslm…….kalau saya order online boleh poskan ke singapore, ada tak dealer di singapore ,terima kaseh
Wassalamu’alaikumussalam,
Sila lihat emel saya kpd En Rahmat Osman.
Assalamualaikum. Saja nak berkongsi pengalaman …Mula-mula dulu saya mengambil sebiji kapsul habatusauda setiap hari, kemudian kepada 2 biji kapsul setiap hari dan sekarang saya mengambil 3 biji kapsul baraka habatusauda (pagi , tengahari dan malam).
Badan terasa panas sedikit tetapi minum air banyak..malam tido takyah selimut. setakat hari ni syukur alhamdulillah sihat walafiat. sekian, terima kasih.
Wa’alaikumussalam,
Terima kasih Sdr Muhamad Fadzil atas perkongsian maklumat yang boleh dimanfaatkan bersama.
Sebanarnya mengambil habbatus sauda (HS) bergantung kepada individu. Ada individu yang boleh ambil lebih daripada individu lain dan sebaliknya. Juga bergantung kepada jenis penyakit yang dihidapi oleh individu tersebut.
Apa pun pengambilan HS perlu diikuti dengan meminum air yang secukupnya kerana kebiasaan pengambilan HS menyebabkan badan kita panas.
adakah wanita ingin hamil tidak boleh mengamalkan habatussauda?
Insya Allah boleh amalkan. Bila mula mengandung hingga 5 bln tidak digalakkan ambil habbatus sauda dikuatiri boleh menyebabkan keguguran.
Salam ,peyakit sopak boleh sembuh ke kalau kita makan atau sapu minyak Habbatus Sauda????
Waálaikmussalam,
Wallahu ‘alam, saya belum ada lagi pelanggan yang beli habbatus sauda yang menghidapi penyakit sopak. Walau bagaimana pun ada satu testimoni daripada En Zubaini pada bulan Jun 2011 yang mengatakan penyakit kulitnya termasuk sopak kian pulih apabila dia mengamalkan minyak habbatus sauda. Juga salah satu khasiatnya habbatus sauda boleh merawat penyakit sopak. Wallahu’alam.
Asalamulaikum penulis blog ni, saya telah amalkan habatusauda ini bersama madu, propolis, vitamin c, berbekam dan mengambil banyak makanan yang berserat lebih dari satu tahun yang lalu secara berterusan, dan kini saya dapat mengekalkan kesihatan saya. Bertenaga walau pun umur saya telah mencecah separuh abad.
Oleh itu saya sarankan kepada semua, ambil lah makanan yang di sarankan oleh Rasullah dan banyakkan membaca Al-Quran untuk mengekalkan kesihatan.
Wa’alaikumussalam,
Terima kasih banyak atas kesudian Immah berkongsi pengalaman pengambilan habbatus sauda. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengambilan habbatus sauda secara istiqamah (berterusan) boleh mengekalkan kesihatan yang baik dengan izin Allah s.w.t. Saya sendiri telah mengamalnya hampir 8 tahun.dan dapat melihat kesannya ke atas diri saya.
Harap nasihat yang diberi oleh Immah boleh dijadikan sebagai panduan kepada mereka yang ingin mengamalkan perkara2 sunnah yang lainnya. Tidak ada sunnah yang tidak baik untuk diamalkan. Wallahu’alam.
Salam.
ade sedikit pertnyaan..
1. Kenapa pil tersebut perlu dimakan sebelum sarapan?apakah bezanya jika diambil selepas waktu makan
2.apakah bezanya kopi yg diminum dengan kapsul hebatus sauda.manakah yg lebih mujarab kenapa dan mengapa??
Wa’alaimumssalam,
1. Dalam keadaan perut kosong habbatus sauda boleh bertindak dengan lebih berkesan kepada penyakit yang ada dalam badan.
Habbatus sauda secara amnya membantu sistem semulajadi manusia mengekalkan kesihatan. Ia bertindak pada bahagian tubuh yang bermasalah dan memerangi punca utama penyakit tanpa mengganggu sistem tubuh yang lain. Ia bertindak mengawal sistem ketahanan tubuh dan mengatasi penyakit yang teruk, beralahan dan berhormon. Kesannya bukan sahaja melegakan masalah kesihatan malah menambah sistem ketahanan tubuh terhadap penyakit.
Boleh ambil habbatus sauda selepas makan akan tetapi kesannya kepada merawat penyakit lambat daripada memakan sebelum makan.
2. Konsentrasi kandungan habbatus sauda dalam kopi adalah kurang daripada konsentrasi minyak dalam kapsul habbatus sauda semata. Jadi kemujarabannya minyak habbatus sauda dalam kapsul jauh lebih baik daripada habbatus sauda yang sudah dicampur dengan kopi atau lain-lain campuran.
Wallahu’alam.
Salam…
setelah mengamalkan pil tersebut sy dapati kesihatan amat mmbggakan cuma sy agak khuatir kerna sy hilg selera mkn dan kdg2 tdk mkn sepanjg hari.adekh ia kn mudharatkn atau menurunkn tahp kesihtn sy???
bagaimana hndk mengetahui produk yg asli yg terdpt di pasaran utk mengelakkn kekeliruan..???
Wa’alaikumussalam,
Alhamdulillah. Yang penting kesihatan Sdr Mohd Fairuz bertambah baik dan membanggakan.Kalau tidak makan dan tidak mengakibtkan kesihatan sdr terganggu maka itu tidak mengapa. Adakah sdr seorang yang berbadan gemuk? Habbatus sauda juga boleh menurunkan berat badan dengan syarat jaga makan.
Sukar untuk mengetahui di antara yang tiruan dan yang asli. Habbatus sauda ada banyak jenama. Belilah daripada pembekal yang sudah lama membekalkan habbatus sauda untuk elak daripada terbeli produk tiruan.
mohon untuk kongsi tulisan ini untuk penggetahuan saya dan rakan2…
Diizinkan.
Salam.saya nk try habbatus sauda nie blh ke?sebab saya ada penyakit buah pinggang dimana doktor mengatakan bhw buah pinggang saya sudah mengecut.
Pn Maisarah,
Sila lihat emel saya kepada puan.
Bolehkah habatusauda yg serbuk dicampur dalam minuman kopi?
Insya Allah boleh. Walau bagaimana pun habbatus sauda dalam bentuk minyak mmemberi kesan yang lebih baik jika diambil tanpa mencampurkan dengan minuman lain. Ramai yang tidak suka mengambil secara begini adalah disebabkan rasa dan bau minyak yang mungkin tidak menyenangkan. Bagi mereka yang telah biasa cara begini tidak menjadi masalah terhadap rasa dan bau minyak habbatus sauda.
salam tuan,
sy baru amalkan habbatus sauda selama seminggu… perubahan y sy rasa bila di letak ke muka, muka saya sgtla cerah dengan jerawat makin hilang, blackhead pon xder, eczema kurang 90%(selagi xmakan makanan laut)… tp bila sy telan simptom yg saya alami adalah jantung berdegup laju, selalunya jadi bila 8-9jam selepas consume.. panas badan tu biasala, masih boleh tahan.. sy ambil 1biji 2x sehari… ada sesiapa yg alami simptom jantung berdegup kencang x?
Wa’alaikumussalam,
Cuba kurangkan daripada 2 biji kepada 1 biji sehari. Ambil sebelah pagi 1 jam sebelum sarapan pagi dalam keadaan perut kosong. Untuk panas badan minum air sebanyak mungkin selepas memakan habbatus sauda. Wallahu’alam.
saya pun baru mengamalkan habatus sauda jenis minyk.. dah nk masuk 2 bulan.. sebelum ni period tak menentu.. 3 bln sekali br dtg.. n bila dtg terpaksa pula amik ubt hormon hentikan period sebab terlalu byk dan hanya akan berhenti setelah makan ubt hormon.. Alhamdullilah bulan lepas period turun normal. saya juga amalkan madu, kurma dan susu kambing bagi memulihkan kesuburan. Iktiar semoga Allah SWT memberikan saya zuriat..
salam…saya ada kencing manis ….minta tolong berikan bagaimana cara untuk mengurangkan daripada habbatus soda dan cara pengambilannya…….
sekian terima kasih
Wa’alaikumussalam,
Pertama sekali sdr mesti pantang dari segi pemakanan iaitu elakkan daripada memakan makanan yang boleh menaikkan kandungan gula dalam darah.
Banyakkan senaman untuk menyihatakan badan.
Dicadangkan sdr mengambil 1 atau 2 biji kapsul habbatus sauda 2 kali sehari iaitu sebelah pagi dan sebelah malam dalam keadaan perut kosong.
Minum air mati sebanyak mungkin untuk hilangkan panas badan akibat daripada memakan habbatus sauda. Air juga menyucikan sistem dan darah dalam badan kita. Apa pun kesembuhan adalah terletak pada kuasa Allah s.w.t. Kita cuma boleh ikhtiar,bertwakkal dan berdoa memohon supaya penyakit kita disembuhkan.
Wallahu’alam.
Salam, bolehkan habbatus sauda diambil oleh wanita mengandung
Wa’alaikumussalam,
Bagi wanita yang baru mengandung tidak digalakkan memngambil habbatus sauda hingga melewati bulan ke 5 kerana dikuatiri boleh menyebabkan keguguran.
Wallahu’alam.
adakah bermakna slps usia kandungan lebih 5 bln boleh diamalkan habbatus sauda? kini kandungan saya sudah pun mencecah 9 bulan lebih dan sedang menunggu waktu kelahiran. tertarik dgn khasiat habbatus sauda, sesuaikah diamalkan dalam waktu sekarang? saya terbaca khasiatnya juga boleh memperbanyakkan susu ibu..
Masuk bulan ke 6 hamil sudah boleh amalkan makan habbatus sauda.
Bagi ibu yang lepas bersalin, habbatus sauda boleh menambahkan dan memperbanyakkan susu ibu. Saya ada juga menerima maklumbalas mengenai perkara ini daripada pelanggan saya.
Wallahu’alam.
Salam
boleh beri pandangan, mana lebih baik…mengamalkan minum minyak abatus sauda ataupun cuka kurma? apa perbezaannya?
Kedua-dua produk ini memberi khasiat dan fungsi yang berlainan.
Hadis mengenai habbatus sauda menggambarkan habbatus sauda adalah sangat baik jika amalkan dalam mencegah dan merawat berbagai penyakit kecuali mati.
Info yang sangat baik. Saya menggunakan hebbatus sauda ini baru tiga bulan dan ianya amat baik untuk kesihatan. Dimanakan saya mendapatkan habbatus sauda ini dalam bentuk pil. Adakan pil ini boleh didapati di Sabah… dan di manakah tempatnya?
Puan Mariana sila lihat emel saya kepada puan mengenai maklumat yang diminta.
salam,..saja nk berkongsi pengalaman kesan dari pengambilan habbsatus sauda..sebelum ni saya ada masalah kesihatan, selalu demam, sakit tekak yb berterusan akibat tonsil,sukar tidur disebabkan stress kerja dan degup jantung yang kadang-kadang x menentu..tapi setelah mengamalkan habbatus sauda selama lebih kurang 4-5 bulan, kesihatan bertambah baik,,imuniti badan bertambah kuat dan jarang sekali dmam..dan yg paling meggembirakan sya dapat tidur dgn nyenyak setiap malam..syukur alhamdulillah..tp sekarang saya berhenti dri mengambilnya sbb tngah pregnant dan bercadang utk sambung makan selepas bersalin…mmg sangat berbaloi dgn harga yg murah tp menjamin kesihatan yg baik..
Waálaikumussalaam,
Terima kasih Pn Ida kerana sudi berkongsi dengan kami mengenai pengambilan habbatus sauda.Satu testimoni daripada pengalaman sendiri di mana jelas nampak perbezaan dari segi kesihatan selepas mengambil habbatus sauda. Mengamalnya secara istiqamah memberi banyak manfaat dan membuat diri sendiri tidak mudah mendapat penyakit dengan izin Allah s.w.t.
antara kapsul dan serbuk habbatusauda, saya selalu beli yg serbuk kerana saya suka tambahkan dalam minuman ataupun mengunyah terus bijirin habbatusauda tersebut. ttp adakah khasiatnya kurang dari makan kapsul (minyak)
Mengambil habbatus sauda cara mana pun tidak menjadi hal cuma ada perbezaan dari keberkesanannya saja.
Untuk mendapat kesan yang paling baik adalah mengambil habbatus sauda dalam bentuk minyak sama ada minyak mentahnya yang dibotolkan atau yang dikapsulkan. Bentuk minyak mudah diserap dalam sistem badan kita sementara dalam bentuk selain minyak penyerapan mangambil masa kerana bijinya perlu dikunyah hingga menghasil minyak yang sedikit dan penghadaman memakan masa yang lebih panjang.
Wallahu’alam.
Salam,saya mempunyai penyakit kulit siorosis sejak berumur 15 tahun dan bermacam doc pakar kulit telah saya jumpa.pada mulanya dengan krim dan shampoo semuanya berkesan dan hilang sepenuhnya.tetapi ianya datang semula sejak saya berkahwin dan berulang datang hanya berhenti untuk jangka masa yg pendek sekiranya saya mendapatkn jap steroitdari doktor kulit.adakah penawar diatas dpt membantu dan mengapa ianya tidak boleh didapati di farmasi atau klinik2 mengapa hanya di online sahaja.harap dapat membalas soalan saya.terima kasih.Salam
Wa’alaikumussalaam,
Habbatus sauda adalah makanan kesihatan.
Saya rasa di farmasi banyak yang jual produk ubat-ubatan dan jarang sekali menjual makanan kesihatan kecuali jika ada permintaan yang tinggi. Habbatus sauda boleh dikatakan diketahui oleh orang Islam sahaja di negara ini dan itu pun masih ramai orang Islam tidak tahu mengenai habbatus sauda. Juga tidak dijual di kedai2 biasa kecuali sedikit saja juga kerana permintaan yang tidak menggalakkan.
Boleh pos ke brunei ke?
Insya Allah boleh.
assalamu’alaikum,
saya juga ingin berkongsi manfaat yang sangat besar kpd kesihatan saya tentang habbatussauda in.
1. Kesan Deyox
Pada saya, Hb ini memulihkan sistem pencernaan. ia bertindak detox. selepas 3 hari mengambilnya dalam bentuk minyak sebanyak 2camca teh pagi dan malam 2 camca teh, saya dapati angin lama yang tersimpan dalam usus telah keluar, najis2 lama yang hiatm juga telah keluar, kemudiannya najis saya menjadi kuning bersih sepert najis bayi. saya sangat gembira dgn perkembangan ini. Tanpa perlau saya membeli bakteria baik dari farmasi untuk mendapatkan hasil yang sama. harga HB juga sangat murah jika dibandingkan dengan pemakanan detox yang lain di farmasi. malah ianya selamat dan halal + dapat pahala sbb ikut sunnah!
2. Imuniti bertambah
apabila sistem pencernaan telah pulih, najis2 dan kotoran terlonggok dalam usus telah dikeluarkan,. hasilnya usus akan bertindak dengan efisien dan dapat menyerap segala gizi/ zat2 yang diambil dari pemakanan seharian dengan lebih tinggi. maka, badan akan mendapat zat yang cukup.
badan juga akan membina sistem imun melawan sebarang jangkitan/ melawan penyakit. semua ini adalah hasil dari usus yang sihat. apatah lagi jika diambil bersama madu. (madu bertindak sebagai booster terhadap mana2 herba utk bertindak kerana ia mempunyai sejenis zat kalau tak silap saya potassium yang membantu menyerap zat2 lain dgn lebih baik. malah madu itu sendiri mempunyai pelbagai zat yang memebantu tubuh mendapat gizi yang cukup bagi memebentuk sistem imun dan menyembuhkan penyakit.) -Benarlah Rasulullah, dan benarlah Al-Quran.
3. zat2 lain dalam habbatussauda
selain memperbaiki sistem pencernaan, Hb juga telah terkenal dengan pelbagai zat lain yg sangat bermanfaat. saya kini tidak mengantyuk lagi, kerja semakin mudah untuk fokus, berat badan turun, jarang demam/batuk/selsema walaupun org sekeliling mengalaminya. Alhamdulillah.
5. Beri pada anak
Secara peribadi, saya juga letakkan setitis/ 2 titis minyak HB kedalam botol susu anak2 saya berusia 2 tahun dan 4 tahun. alhamdulillah, angin keluar dan najisnya menjadi lembut.
6. Habbatussauda bentuk serbuk
saya juga pernah ambil Hb dlam bentuk serbuk. kesannya lambat sedikit berbanding bentuk minyak. jika angin banyak dalam perut, kalau ambil Hb dlm bentuk minyak ; kensannya sgt cepat/ hampir serta merta angin keluar lebih kurang 5-30 minit akan nampak kesan angin keluar. tetapi jika bentuk serbuk mengambil masa 5-7 jam baru angin keluar.
pada permulaannya, saya mngalami sedikit sembelit jika ambil HB dalam bentuk serbuk. Tetapi akan pulih setelah seminggu pengambilna serbuk HB. Bagaimanapun, jika ambil dlm bentuk minyak, tiada masalh ini langsung pd peringkat awal. terus saja proses penyembuhan boleh nampak. apa yang saya nampak, ia perbaiki pencernaan saya yang memebawa effect kesihatan tubuh menyeluruh saya dapati.
terlalu banyak kelebihan HB ini. apatah lagi jika digabungkan dengan madu asli, minyak zaitun & minyak kelapa dara.
kalau takda sakit apa pun, cubalah amalkan, niatkan kerana ikut apa yang Rasulullah cakap, pasti berkat. Yakinlah apa yang dicakap oleh NAbi, apa yang baginda buat dan amalkan, apa yang baginda makan, pakai, guna.. dan lain2.. itulah yang terbaik. sebab Rasulullah lah manusia terbaik di alam ini. Apa yang Baginda ucapkan, semuanya datang dari Allah, Yang Mencipta kita semua dan alam semesta serta segala isinya.
wallahua’lam.
salam.saya nk kongsi ckit tentang HS ni.saya dulu mengalami masalah kahak yg banyak .ade member syorkan HB ni pd saya.saya cuba lh sbotol.
lama kelamaan kahak saya tiada lagi. alhamdullillah..!
saya nak tanya.. kalau mengandung 6 bulan buleh ambil tak HB?
salam, saya nak tanye, kalau tengah datang bulan boleh ke makan HS? and lg satu, kalau baraka sarankan makan kapsul sebelum makan, tapi ada juga yang dari company lain sarankan makan kapsul selepas makan. jadi macam mana ye? saya pun konfius.
Wa’alaikumussalam,
Habbatus sauda boleh dimakan ketika datang haid.
Untuk lebih berkesan makanlah habbatus sauda dalam keadaan perut kosong iaitu sebelum makan dan jika hendak makan selepas makan tunggu selepas 1 jam kemudian yang mana perut boleh dianggap perut dalam keadaan kosong.
assalamualaikum
saya ingin berkongsi pengalaman.. 5 bulan lepas, saya disahkan fibroid akibat kedatangan haid yg diluar waktu normal. setelah berjumpa dengan doktor pakar, saya mula mencari makanan kesihatan yang asli yang boleh mengawal hormon saya (fibroid berkait dgn hormon) dan saya terbaca berkenaan HB… Alhamdulillah setelah mengamalkan softgel HB baraka yg dibeli di farmasi, haid saya telah normal dan saya sihat….setelah beberapa kali mendapat tanda2 ingin selsema dan batuk, tetapi tanda2 tersebut hilang begitu saja…alhamdulillah…
untuk makluman, pada awal pengambilan mmg saya mendapat simptom2 yang kurang selesa..setalah beberapa hari pengambilan, simptom beransur hilang..
Assalamualaikum.
Saya kini mengandung 8 bulan dan disahkan kencing manis semasa hamil. Adakah pengambilan HB boleh membantu dlm mengurangkan sakit ini.
Wa’alaikumussalam,
Habbatus sauda baik untuk mengawal kencing manis. Walaubagaimana pun puan kena pantang dengan tidak memakan makanan yang boleh menambahkan kencing manis. Amalkan memakan habbatus sauda di awal pagi 1 jam sebelum sarapan dalam keadaan perut kosong untuk lebih berkesan.
Assalamualaikum wbt.
Bayi saya berumur 9 bulan sering mengalami demam on n of. Merujuk paediatrician sel darah putih tinggi menyebabkan dia mengalami demam on n of. Sekarang baby saya bergantung kepada ubat antibiotik. Paediatrician telah menukar sebanyak 3 jenis antibiotik, namun baby saya masih demam setelah kitaran antibiotik habis. Saya mohon pandangan tuan, bolehkah saya cuba berikan Habatuss Sauda Oil kepadanya? Bagaimana sukatan dan cara pengambilan nya?
Terima kasih.
Wa’alaikumussalam,
Sukar untuk memberi bayi minyak habbatus sauda kerana dia masih kecil. Rasa dan bau minyak habbatus sauda mungkin akan membuatkan bayi tidak selesa dan memberi kesan yang boleh mengakibatkan dia tidak mahu kepada susu yang diminum jika dicampur ke dalam susu.
Saya difahamkan bahawa sukatan untuk bayi adalah setengah daripada sukatan untuk kanak-kanak.
Adalah lebih baik jika ibunya yang mengambil habbatus sauda di mana susu ibu yang akan diminum oleh bayi itu sudah pun mengandungi habbatus sauda yang cukup untuk keperluan bayi.
Habbatus sauda adalah panas untuk sesetengah individu dan memerlukan dia meminum air secukupnya. Jika diberi kepada bayi maka ianya boleh mengakibatkan panas badan jika bayi tidak minum air dengan secukupnya.
Wallahu’alam.
A’kum nak tanya..adakah habbatus sauda ni bersifat panas atau tidak?
Wa’alaikumussalam,
Habbatusa sauda bersifat panas. Ia bagus untuk pengidap sakit asma. Walau bagaimana pun kesan panas habbatus sauda berbeza bagi setiap individu. Ada yang makan sebiji kapsul sudah rasa panasnya. Oleh sebab itu digalakkan meminum air sebanyak mungkin selepas memakan habbatus sauda. Air juga menyejukkan badan serta membersihkan sistem badan kita.
Assalamualaikum Tuan,
Saya baru dpt produk HS hari ni. Cuma nk dpt pandangan Tuan sebagai pengguna baru adakah sesuai diambil pd bulan ramadan memandangkan pd bln ramadhan kita semua kurang minum air. Minta pandangan Tuan. Terima kasih.
Wa’alaikumussalam,
Tidak menjadi masalah untuk mengambilnya pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Tuan boleh ambil HS di sebelah malam 1 jam selepas makan di mana tuan boleh minum air selepas mengambilnya. Juga pada waktu sahur jika air yang diminum sebelah malam dirasakan tidak cukup boleh juga minum air semasa sahur.
saya makan vco+habatussauda. Byk sendawa. Makan selepas buang air besar sebab nak elakkan kembung perut, asid refluks. Untuk buasir, sakit otot, tenaga lelaki elok ke?
Assalamualaikum dan salam ramadan semua, mengamalkan baraka HS memang akan ada kesan tindakbalas, walau apapun yg anda rasa dan alami semasa anda menggunakan baraka HS ianya hanyalah bersifat sementara sahaja. Apa yang penting.. tabahkan diri, bersabar dan kuatkan semangat demi kesihatan diri sendiri..tambahan lagi semasa didalam bulan puasa ini. Untuk maklumam, saya sendiri telah mengamalkan baraka HS hampir 4 tahun. Selamat menjalani ibadah semasa didalam bulan Ramadan .
Assalamualaikum..
Saya nak berkongsi pengambilan madu habatussauda.. Saya dah beberapa bulan amalkan madu habatussauda.. Cuma disini saya ingin mendapat kepastian samada madu habatussauda sesuai diambil oleh wanita mengandung. Kalau mengikut pembacaan dalam blok mengatakan madu habatussauda amat sesuai diambil oleh wanita mengandung bagi menguatkan janin. Jadi disini saya kurang pasti samada wanita mengandung dibawah 4 bulan kebawah boleh mengamalkannya.. Kalau sebelum mengandung seseorang telah mengamalnya mungkin rasanya tiada masalah..Kalau madu habatussauda terlalu panas masakan seseorang dapat mengandung.. Tapi kita perlu Istiqamah dan niat mengikut sunah…waalahhualam…
nurul Ipoh
asamualaikum,
saya mempunyai penyakit kanser usus, dan paru .habatus sauda yang mana satu sesuai untuk saya yang jenis kapsul atau yang serbuk saperti kopi. serbuk saperti kopi ade bergula. jawapan pihak tuan sangat saya perlukan
Wa’alaikumussalam,
Untuk apa jenis sekalu pun habbatus sauda dalam bentuk minyak, sama ada dalam botol atau dikapsulkan adalah yang paling berkesan. Dalam bentuk serbuk atau biji ianya mengambil masa untuk dihadamkan. Dalam bentuk campuran sukatan habbatus sauda yang sebenar tidak boleh dipastikan.
Disamping memakan Habbatus sauda untuk merawat sebarang kanser, elakkan memakan mamkanan yang boleh menyebabkan kanser.
MAKANAN YANG MENYEBABKAN KANSER
a) Makanan yang di BBQ
b) Makanan yang di goreng dengan lebih minyak seperti goreng pisang, keledek, kentang fries & wedges, kerepek.
c) Daging yang dimasak dengan api atau suhu yang sangat tinggi.
d) Makanan yang diawet , berlebihan garam atau nitrate. Contoh : makanan tin, telor & sayur masin, sausage, daging salai.
e) Nasi yang disimpan hingga pagi esok ( mengandungi aflatoksin )
g) Makanan yang berkurangan serat.
Contoh : roti putih. Badan kita memerlukan 25gm serat yang boleh cair dan diserap dan serat biasa setiap hari. Kita perlu minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter atau 8 gelas air kosong sehari.
h) Jangan makan roti yang telah berkulat dan roti yang disimpan lebih 2 hari dalam cuaca panas untuk mengelakkan kanser hati.
Wallahu’alam.
Macamana nak order online
Insya Allah saya akan hantar emel kepada puan.
saya ingin berkongsi cerita..sy ada resdung sejak berumur 15 lagi,satu hari kakak sy berikan pd sy 6paket habbatussauda’ bbentuk kapsul,pd mulanye sy makan sebijik setiap hari ,tp apa yg berubah di muka sy ialah banyk jerawat2 besar tumbuh dimuka.sy jd gerun dan takut utk mcuba lg.sy trus bhenti mkan.oleh krn tkot mbazir,sy gunakan kpsul tu dgn myucuk kapsul tu dgn jarum utk kluarkan myak hb,n sy lumur ke muka dgn dicampurkan dgn minyak safi zaitun.sy bru lakukan selama sminggu.apa yg mbuat sy teruja ternyata hb mmg bkesan utk sakit resdung n radang.muka sy kelihatan lbih bercahaya,cerah dan radang parut jerawat makin pudar,sy harap ubat ni boleh mbuatkan muka sy kembali bersih dr sgala jerawat.cukuplah 5tahun sy merana kerana jerawat ni.
TEERBAEKLAH HABTUS SAUDA NI ,SEJAK SAYA MENGAMALKAN MAKAN HABATUS SAUDA SAYA MENJADI LEBIH BAIK DARI SEMALAM ,KESIHATAN BERTAMBAH BEK ,TEKANAN DARAH BERTMBAH BEK .
Alhamdulillah, diharap kesihatan yng baik En Wan terus berkekalan.
blh tak baby umur 1 tahun makan habbatussauda’
1 kotak ada berapa biji??
Ada 24 biji kapsul softgel.
Saya ada juga pernah makan habatu sauda Barakah, tapi kotak yg bwarna orange, ada saudara bawa dari mesir, di KL saya cuma jumpa kotak bwarna hijau sahaja, adakah sama khasiatnya.
Insya Allah sama.
Dulu bacaan glukosa dlm darah saya ialah 7.1, tapi setelah saya mengamalkan habatausauda selama sebulan lebih bacaan glukosa darah saya cuma 4.5. Dan satu lagi setiap saya selesai bermain badminton peluh saya agak banyak keluar sehingga baju saya basah kuyup dibuatnya. Badan saya agak bertenaga walaupun saya sudah berumur 42 tahun. Rambut saya agak kurang uban, kulit saya cerah dan licin sehingga isteri saya agak terkejut dgn. perubahan tersebut. Sekarang ini, saya masih mengamalkan habatausuada dlm bentuk minyak. Alhamdulillah…
Subhanallah Kinche Kamlan.
Assalamualaikum aja49,
izinkan saya copy infor n testimoni di laman anda utk sy kongsi kpd rkn2 dan meyakinkan mer. akan khasiat habbatus sauda. di sini juga saya ingin berkongsi pengalaman yg. terjadi pd anak saya dan pd saya juga.Sblm ini bacaan gula dlm darah anak saya atas sepuluh. Dia kena insulin 2X sehari pagi dan ptg. Alhamdulillah setelah mengamalkan HB bacaan gula dlm darah baw. 10 dan dia nampak sihat dan bertenaga. Saya suntik insulin sebelah pagi shj pada anak,Saya bg dia ambil myk HB pagi dan mlm. Selain itu dia juga , saya bg Pati Delima yg kita tahu khasiatnya. Saya sekeluarga mengambil Pati Delima dan HB. Kerana yakin akan khasiat Hb dan Pati Delima , saya sekeluarga mengamalkannya dan menjadi penjual bg ke dua2 produk tersebut.
Wa’alaikumussalam,
Dipersilakan Pn Zainab Bujang. Sama-sama kita berkongsi maklumat dan pengalaman untuk kebaikan bersama.
asslmkm saya mohon share ye
saya paste kat wall fb saya.
tqvm for sharing
Wa’alaikumussalam,
Dipersilakan Pn Sue.
Saya juga pengamal habbatusauda. Sebelum ini saya menggunakan yang minyak. Baru saya guna Baraka sbb kehabisan stok yang minyak.
Kata perawat bekam, seeloknya berbekam dahulu dan barulah mengambil habbatusauda.
Wallahuallam.
Pn Zawiah
Terima kasih kerana sudi kongsi pengalaman pengambilan habbatus sauda.
tuan, izinkan saya berkongsi kebaikan habbatus sauda di blog saya.
Silakan.
Assalamualaikum..
Adakah ada tanda2 bila baru mengambil minyak HB (softgel)? Adakah sesuai untuk orang mengandung 1st trimester?
Wa’alaikumussalam,
Jika puan Norai mengambil habbatus sauda buat pertama kali puan akan merasa tindakbalas. Sila baca komen di mana saya ada senaraikan tindakbalas untuk setiap jenis penyakit.
Habbatus sauda tidak digalakkan untuk ibu yang hamil 6 bulan dan ke bawah kerana boleh menyebabkan keguguran.
assalam
mohon perkongsian….saya mengalami darah tinggi dan telah memberi kesan ke atas kedua-dua buah pinggang saya.Bacaan creatinine sudah mencapai 500 (normal <100) dan doktor menjangkakan saya memerlukan dialisis tidak lama lagi. saya sedang mengamalkan HS dalam bentuk asli sebanyak setengah sudu bercampur dengan madu yaman….mintak panduan n nasihat…tq MR SB
Wa’alaikumussalam,
Ada darah tinggi yang disebabkan keturunan dan juga yang menghidapi darah kerana umur meningkat. Ada beberapa penyakit jika mula dihidapi ianya tiada penyembuhan (cure) kecuali dengan tindakan mengawal penyakit tersebut melalui proses perubatan dan nasihat doktor.
Setiap penyakit ada pantang larang yang perlu dipatuhi sebagai proses pengawalan penyakit supaya tidak bertambah teruk.
Penyakit darah tinggi perlu dikawal dengan serius mengikut nasihat doktor disamping mengambil makanan kesihatan dan herba yang disarankan. Elakan makanan yang berminyak dan kandungan kolesterol yang tinggi. Kurangkan pengambilan garam dalam makanan. Banyakkan makan makanan berserat tinggi, buah-buahan dan sayuran. Bersenam selalu jika masih kuat melakukannya.
Habbatus sauda boleh membantu mengawal penyakit dan saya rasa tidak boleh menyembuhkan kecuali dengan izin Allah swt.
Wallahu’alam.
Saya berminat nak tahu tentang lebih lanjut habbatus saudar untk anak sya yg umur 2 tahun lebih dan mempunyai asma..apakah produk habbatus saudar yg boleh anak sya cuba??harap balas
Untuk kanak-kanak yang berumur 3 tahun dan ke bawah sukar untuk mereka memakan dan meminum kapsul atau pil habbatus sauda. Lagi pun dosnya tidak sesuai dengan kanak-kanak untuk peringkat umur tersebut. Walau bagaimana pun puan boleh cuba Jus Tok Guru dalam mana jus ini ada mengandungi habbatus sauda di samping herba dan buah-buahan lain yang berkhasiat untuk kesihatan.
Wallahu’alam.
Salam……nak tanya….boleh tak habbatussauda dminum bersama ubat aspirin utk jantung and ubat gastik…
Wa’alaikumussalam,
Tidak menjadi masalah untuk makan bersama ubat jantung dan gastrik.
assalamualaikum.. sya nak tanya.. adakah habatulsauda dapat merawat kenser atau memecahkan tumor kenser.. yg mna satu lebih baik minyak atau dalam bentuk biji.. bagaimana cara untuk mengamalkan.. abg sya pengidap kenser usus tpi telah melakukan pembedahan.. tetapi kenser tersebut masih merebak.. dapatkah habatul sauda meningkatkat kan kadar antibody dy..
Wa’alaikumussalam,
Harap sesiapa boleh kongsi dengan Fatihah Mahazan mengenai merawat kanser.
Pada saya habbatus Sauda boleh mencegah kanser dengan izin Allh swt. Sebab itu disarankan memgambilnya sebelum menghidapi apa-apa penyakit. Untuk kanser di peringkat awal difahamkan habbatus sauda boleh merewatnya. Habbatus sauda dalam bentuk minyak (sama ada dibotolkan atau dikapsulkan) adalah lebih berkesan daripada dalam bentuk biji dan campuran. Habbatus sauda baik untuk ketahanan badan (body immunity) dan boleh mencegah banyak jenis penyakit. Ambillah 1 atau 2 kapsul dua kali sehari untuk ketahanan badan.
Wallahu’alam.
Utk rujukan semua… peranan hs dlm mengubati cancer.
http://www.endalldisease.com/studies-show-black-cumin-successfully-destroys-cancer-cells/
Terima kasih Adzu kerana sudi berkongsi maklumat ini.
dimana sy blh dapat kan capsul habatussauda ni…
Boleh hubungi saya 017 8834038
Assalamualaikum wbt.
Sy nak tanya. Slps mbaca testimoni katanya hbs elok utk merawat batuk, asma dan jangkitan kuman dalam paru2. Sy cuba mengamalkan mkn hbs kapsul dan juga minyak krn sy mmg mudah dijangkiti batuk. Slps mengambil hbs selama lbh 2 bln batuk sy msh xelok2. Yang sy perasan, setiap kali batuk, sy akan muntah mengeluarkan kahak dan lendir. Sy jarang dan susah utk selesema ttp slps istiqamah mkn hbs ada masa2 hidung sy berair seperti hingus. Sy tlh pun mdptkn rwtn doktor ttp ktnya semua ok tmasuk paru2. Adakah sintom yg blaku kpd sy skrg ini dsbbkan hbs? Krn dr sumber yg sy baca hbs mmg bertindak mengeluarkan segala penyakit dlm bdn.
Wa’alaikumussalam,
Betul bahawa hbs memang bertindak mengeluarkan penyakit yang selama ini tidal dapat dikesan oleh ubat moden. Hbs akan menyerap keseluruh badan untuk membetul sistem serta mengesan penyakit yang ada. Kemudian bertindak mengeluarkannya. Ini dinamakan tindak balas memakan hbs. Jika tindaka balasnya teruk berhenti ambil se hari kemudian sambung selang sehari. Biasanya tindak balas berakhir paling kama seminggu saja.
Usaha berjumpa doktor itu untuk mendapat rawatan adalah satu tindakan yang wajarnya.
Assalam tuan.saya nak tnya apa bezanya biji habatus sauda yg di jual dalam bentuk kapsul dengan yg bentuk biji dekat pasaraya yg dipanggil jintan hitam tu.
Wa’alaikumussalam wbt
Jintan hitam adalah satu lagi nama yang diberi untuk habbatus sauda.aa
Dalam bahsa Inggeris dipanggil Black Seed.
Jadi bezanya adalah dari sudut namanya.
Pengambilan habbatus sauda dalam bentuk minyak adalah lebih berkesan daripada dalam bentuk biji.
Penghadaman mengambil masa untuk mencerna biji daripada minyak.
Great post.