Skip to content

Gubal Undang-Undang Untuk Menjamin Mandat Rakyat

20 February, 2009

Satu undang-undang perlu digubal untuk memberi kepuasan kepada rakyat dalam hal mempastikan calon yang mereka pilih mewakili mereka dalam apa keadaan sekali pun.

Kita melihat bahawa kepuasan rakyat menjadi hampa apabila calon yang dipilih mewakili mereka lompat ke parti lawan.

Mana-mana calon tidak dapat berada di DUN atau Dewan Rakyat tanpa mereka dipilih oleh rakyat semasa pilihanraya Umum atau Kecil. Oleh itu mana-mana wakil rakyat tidak boleh dengan sesuka hati melompat ke parti lawan tanpa memberi peluang kepada rakyat memilih kembali wakil mereka yang sebenar.

Faktor penentu bagi mana-mana wakil rakyat di peringkat negeri atau persekutuan adalah pemilih sendiri iaitu rakyat. Jika wakil rakyat yang mereka pilih tidak bersetuju dengan apa sahaja mengenai hal ehwal parti maka itu adalah masalah persendirian wakil tersebut. Wakil rakyat berkenaan adalah wakil kepada rakyat kawasan yang beliau dipilih. Maka apabila beliau dipilih oleh rakyat kawasan beliau, beliau adalah berkewajipan untuk memenuhi kehendak rakyat bagi mewakili rakyat dalam parti yang diwakilinya.

Rakyat (jika mereka diberi peluang untuk bersuara) tidak akan bersetuju jika wakil rakyat yang mereka pilih tidak lagi mewakili mereka mengikut prinsip yang mereka pilih semasa pilihanraya dijalankan. Maknanya bahawa yang mereka pilih biasanya bergantung kepada wakil dan parti politik yang diwakili oleh calon berkenaan. Rakyat berkehendak bahawa mereka diwakili oleh calon yang dipilih dan juga parti yang calon berkenaan wakili.

Apabila berlaku wakil rakyat melompat parti maka wakil rakyat tersebut tidak lagi mengikut kehendak rakyat semasa dia dipilih oleh rakyat. Wakil rakyat tidak boleh mengikut kehendak peribadi melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak rakyat. Beliau kena berlaku adil kepada rakyat yang diwakilinya dengan tidak melakukan sesuatu yang telah menyimpang daripada kehendak rakyat. Oleh itu mana-mana wakil rakyat yang melompat ke parti lawan hendaklah terlebih dahulu meletak jawatan sebagai wakil rakyat kawasan yang diwakili dan bertanding semula sebagai calon bagi parti yang baru dimasuki.

Untuk memberi rakyat peluang sama ada mereka masih lagi suka kepada wakil rakyat yang telah lompat parti itu maka adalah lebih adil jika pemilihan dilakukan semula untuk mempastikan kedudukan yang sebenarnya. Dengan adanya pemilihan semula maka dapatlah semua yang menyaksikan pemilihan tersebut melihat keputusan yang dibuat oleh rakyat yang sama dalam menentukan kehendak mereka pada kali yang kedua itu. Tiada siapa boleh dipersalahkan ke atas keputusan yang akan diterima pada kali kedua ini kecuali terdapat penyelewengan berlaku.

Kita lihat bahawa pemilihan wakil rakyat adalah kehendak rakyat tetapi wakil rakyat melompat parti bukanlah kehendak rakyat. Oleh itu kawasan di mana wakil rakyat telah melompat parti maka perlulah diberi mandat kepada rakyat untuk menentukan bahawa mereka merestui kelompatan wakil rakyat tersebut dengan mengadakan pilihanraya kecil. Inilah risiko yang perlu dihadapi oleh mana-mana wakil rakyat yang melompat parti.

Jika ada peruntukan dalam perlembagaan persekutuan yang membenarkan wakil rakyat lompat ke parti lawan maka sudah tiba masanya untuk akta tersebut digubal untuk memberi lebih keadilan kepada rakyat untuk memilih kembali wakil rakyat yang sama atau yang baru mengikut kehendak mereka. Rakyat adalah penentu bagi siapa wakil rakyat yang mereka suka untuk mewakili mereka pada bila-bila masa dalam apa keadaan sekali pun. Jika tidak maka tidak perlulah proses demokrasi dilaksanakan dalam hal ini.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: