Skip to content

Hasil Terengganu dikaut,Idris Jusoh perhabiskan RM7 bilion

4 August, 2008

Saya dok fikirkan bahawa Pak Lah orang baik tak macam Mahathir. Tapi rupa-rupanya sama juga. Pemimpin-pemimpin UMNO tidak habis-habis nak buat duit sebanyak mungkin selama mereka masih berkuasa. Masa itulah mereka nak rembat habis-habisan pantang ada peluang yang terbuka. Bukannya mereka ni nak tolong rakyat tapi nak menghancurkan rakyat lagi ada.
Mereka-mereka tidak takut balasan Allah s.w.t. di hari akhirat kelak. Pulak tu dia sebagai pengasas Islam Hadari tapi tak ikut prinsip yang sepatutnya yang disenaraikan oleh Islam Hadari itu.

Prinsip Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama:

Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah
Kerajaan Adil dan Beramanah
Rakyat Berjiwa Merdeka
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
Kehidupan Berkualiti
Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
Keutuhan Budaya dan Moral
Pemeliharaan Alam Semulajadi
Kekuatan Pertahanan

Lihat apa yang terjadi di negeri Terengganu di mana duit royalti habis disapu oleh Idris Jusoh sebanyak RM7Billion yang mana kelihatan ada kaitannya dengan Pak Lah. Lihat petikan berita daripada Harakah Daily di bawah:-

Suhaimi Taib
Sun | Aug 03, 08 | 7:29:02 am MYT

KUALA TERENGGANU, 3 Ogos (Hrkh) – Sebanyak RM7 bilion wang royalti dan gas Terengganu telah dibelanjakan di zaman bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh mulai tahun 2004 hingga 2008.

Perkara ini dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Amir Sham Abdul Aziz ketika ditanya Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Wan Azizah Ismail di Persidangan Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dipercayai wang sebanyak itu dibawa masuk melalui Dana Khas yang tidak diaudit oleh Ketua Audit Negara dan tidak dimasukkan dalam perkiraan Kumpulan Wang Disatukan dan dibentangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri setiap tahun.

Dato’ Seri Idris hanya berjaya menjadi menteri besar sepenggal sahaja selepas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak berkenan untuk Idris terus menjadi Menteri Besar Terengganu selepas keputusan pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.

Bagaimanapun ke manakah perginya wang begitu banyak itu?

Persoalan ini ditimbulkan oleh Pengarah Pilihan raya KeADILan, Saifuddin Natution ketika berucap di Kuala Ibai di sini baru-baru ini.

Saifuddin berkata, projek disalurkan ke Terengganu hanya dengan cara, taukeh-taukeh besar membawa surat dari Kuala Lumpur untuk diminta tanda tangan pemimpin kerajaan negeri itu (Dato’ Seri Idris Jusoh). Surat itu dipercayai dari Pejabat Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Apa projek yang nak dibuat, bagaimana proses tender tidak dinyatakan dalam surat berkenaan,”jelas beliau mengulas kenyataan wawancara Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said dalam sebuah akhbar berorientasikan ekonomi baru-baru ini.

Projek yang dibawa tidak ada kena mengena dengan kebajikan rakyat negeri Terengganu, katanya.

Saifuddin menjelaskan bahawa yang menikmati hasil bumi Terengganu ialah orang luar dari negeri itu (Patrick Lim).

Ini katanya, adalah hasil dari hubungan rapat beliau dengan Abdullah.

Saifuddin turut memaparkan gambar-gambar melalui tayangan ‘LCD’ bagi menunjukkan bagaimana Abdullah meraikan taukeh-taukeh kaya termasuk Patrick Lim dalam satu majlis di kediaman rasmi Perdana Menteri itu di Kuala Lumpur tidak lama dulu. – mks._

2 Comments leave one →
  1. 22 August, 2008 3:19 pm

    Banyak lagi kalau BPR nak korek, tapi BPR bukannya tiada Tuan. Tuannya ialah Pak Lah sendiri. Kalau Tuannya tak bagi, BPR tak akan mulai siasatan.

    Bagaimana BPR nak siasat Iblis Jusoh jika Pak Lah sendiri ada kaitan dengan Iblis Jusoh dan dapat habuan daripada Idris Jusoh enterprise.

    Jika kita lihat di sekeliling, ramai lagi tukang-tukang sapa dan buaya besar yang sapu bersih hasil kekayaan negara tanpa menghiraukan nasib rakyat jelata. Di Sarawak, kekayaan Taib Mahmud dapat menampung 7 warisan. Di Sabah, Musa Aman dan adik-beradiknya menguasai kekayaan negeri. Ramai lagi kalau nak sebut.

    Nasib le engkau rakyat Malaysia. Kenapa le pilih kerajaan dan wakil-wakil yang sentiasa lapar, bongkak, tamat haloba serta tak berperimanusiaan.

  2. aja49 permalink*
    22 August, 2008 11:02 pm

    Selagi mana BN/UMNO berkuasa maka selagi itulah tiada siapa pun yang dapat menyelami rahsia-rahsia penyelewengan, mungkar, salahguna kuasa, rasuah mereka.
    Selagi mana tiada kesedaran pada diri mereka maka selagi itulah mereka akan melakukannya tanpa ada rasa bersalah sedikit pun. Akan tetapi mereka lupa, lama mana mereka boleh berterusan melakukannya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: