Skip to content

Harga Minyak Naik Terteruk Dalam Sejarah Negara

9 June, 2008

Pernah arwah ayah saya berkata kepada sepupu saya bahawa pemimpim UMNO  sekarang tidak lagi memperjuangkan hak bangsa seperti pemimpin-pemimpin UMNO dulu. Pemimpin-pemimpin dulu meletakkan parti di hadapan dan kepetingan sendiri di belakang. Tetapi pemimpin-pemimpin  UMNO sekarang begitu jelas memperjuangkan sebaliknya.

Bermulanya zaman Dr Mahathir maka bermulalah saat pemimpin-pemimpin UMNO memperjuangkan kepentingan hak sendiri. Hinggakan arwah ayah, yang pernah menjadi pengerusi cawangan UMNO di kawasan KL untuk beberapa tahun pada tahun 70an, menuding jari kepada Dr Mahathir dan menyatakan kepada sepupu saya “Haa itu dia perosak bangsa”.

Selapas itu bermulalah zaman Mahathir dengan berbagai konsep dan idea bagaimana nak memperkayakan pemimpin-pemimpin dulu kemudian barulah fikirkan hal rakyat.

Rakyat diberi sedikit tetapi kelihatan banyak sementara pemimpin mendapat habuan yang banyak tetapi kelihatan dapatnya sikit. Rakyat digula-gulakan oleh pemimpin hinggalah selepas zaman atau era Mahathir. Lihatlah apa yang sedang berlaku sekarang, negara yang kaya dengan sumber minyak contohnya tetapi miskin dalam banyak hal. Artikel di bawah melihatkan kepada kita betapa taksubnya orang UMNO kepada ketua-ketua mereka hinggakan apa sahaja yang dilakukan semuanya betul dan baik.

Kesian orang Melayu yang tidak selesa di tanah air sendiri. Dapat pemimpin yang selalunya fikirkan perut sendiri dahulu. Mereka berebut-rebut hendakkan jawatan dalam parti supaya boleh jadi batu loncatan kepada jawatan yang lebih lumayan dan selesa apabila dipilih oleh rakyat semasa PRU kelak.

MghadapiMinyakNaik1: Penyokong UMNO ceria dan tetap setia.

Mari kita menyanyikan lagu minyak naik.

Minyak naik

Minyak naik

Minyak naik

Naik minyak

Naik minyak

Naik minyak.

Nyanyilah dalam bentuk apa yang kita. Asalkan kita dapat menikmati keindahan minyak naik pada kali ini.

Anda tidak rasa tertekan?. Jika anda mengatakan tidak rasa tertekan, anda memang yang hebat. Rasanya anda adalah penyokong UMNO@BN yang utama. Anda boleh menerima apa sahaja tindakan umno. Dan bagi anda, buruk macamanapun umno, itulah satu satu parti yang tahu memerintah di negara yang kita cintai ini. Itu lah sebab umno masih bertapak walau sudah 50 tahun, dan membawa busuk yg hebat semenjak 15-20 tahun ini. Itu sebab anda menerima dengan rasa terbuka apabila mereka yang berkepentingan mengatakan tindakan menaikan minyak ini adalah tindakan yang baik untuk jangka waktu panjang. Mereka mendapat gaji, tapi anda mendapat mempertahankan apa yang dikatakan ketuanan melayu dinegara ini. Iaitu umno mesti memerintah, maka ketuanan melayu tegak. Maka melayu umnolah menjadi tuan. Memang mereka menjadi TUAN. Sebabnya segala korupsi, segala projek yang terlebih harga adalah hasil dari mereka.

Mari kita lihat di Selangor. Tindakan kerajaan PR ingin memberikan air yang percuma pada kadar Rm10, adalah satu janji dan usaha yang murni. Mari kita lihat kembali, perjanjian konsesi air yg melibatkan syabas dll dgn kerajaan selangor dan pusat. Sekarang kita tahu, perjanjian itu menyiksa rakyat, tidak menguntung rakyat. Yang untung adalah syabas dan kroninya , yang kemudiannya akan memberi unutng kepada pemimpin umno selangor dan pusat. Mungkin untung tidak dengan cara direct, tapi untung yang disalurkan melalui bawah tikar.

Sekarang kita lihat, bagaimana susahnya syabas nak memberi air itu percuma seperti yang dijanjikan. Kita lihat syabas dengan megahnya mengatakan dalam press statementnya bahawa air untuk bulan jun masih seperti biasa. Dasar kapitalis yang dijunjung oleh pemimpin umno, inilah yang memberi kebaikan setiap pengundi umno.

Yang tersiksa kerana minyak naik ini hanyalah penyokong PR. Mereka merintih dengan kenaikan minyak ini. Penyokong umno senyum berseri dengan kenaikan ini. Bagi mereka minyak naik ini adalah satu rahmat pemerintah umno. Bagi penyokong PR, minyak naik adalah satu kecelakaan besar yang berlaku. Penyokong PR tahu bahawa apabila minyak naik, turutan dari itu adalah barang naik dan segala macam yang akan naik. Tapi penyokong umno tetap berseri dan akan berkata ”Siapa pun yang memerintah, akan sama sahaja”. Itulah sikap penyokong totok umno secara berzaman. Motto ”Siapa pun yang memerintah, akan sama sahaja” adalah motto tanaman umno dan penyokong sejati. Untuk kami penyokong PR, kami ingin mencuba yang lain, kerana kami dah muak dengan UMNO.

Kami muak dengan konsep ’ubah cara hidup’ yang diketengahkan oleh Najib. Kerana kita tahu, mulut najib berkata ubah cara hidup, tapi orang paling kanan nya boleh berbelanja dengan duit rakyat seperti yang dikatakan diparlimen.

Kita tahu, PM membeli kapalterbang eksekutif baru, berselindung disebalik Malaysia airport berhad. Tapi dia mahu kita rakyat bertukar. Maintenance bulanan kapalterbang itu sahaja boleh menyelamatkan ratusan ribu orang yang kecewa dengan kenaikan harga minyak ini.

Tapi buat masa ini, marilah kita ramai ramai enjoy menikmati aura harga minyak naik untuk masa ini. Dan saya minta maaf, rencana ini adalah bagaimana menghadapi minyak naik ini, tetapi tidak lengkap jika saya tidak mengutarakan betapa buruknya pemimpin umno hari ini. Pemimpin umno hari inlah yang menghancurkan idealism arwah bapa saya, seorang jkkk yang setia. Pemimpin umno hari inilah yang merosakan perjuangan suci melayu-islam datuk nenek saya. Pemimpin hari ini bongkak, lupa diri, lupa perjuangan datuk nenek mereka. Perjuangan mereka hanya, perut perut dan perut.


hamdy 013 3696712  http://www.rancanghidup.blogspot.com
Penulis Buku Baru Terbit: RancangHidup RancangWang RM18.
MPH Promotion: http://www.mph.com.my/search/nsearch.cfm?do=detail&pcode=9834047819

Memperkenalkan Buku “Dunia Tanpa Suami” Roha Hassan
Package RHRW + DTS RM 30.-tidak dijual berasingan
maybank 562106051253 Haron Mohd Yusof

kenapa tidak mengembangkan amal jariah anda dengan fwd artikel2 saya yang anda bersetuju dengan artikel itu.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: