Skip to content

PILIHANRAYA OH PILIHANRAYA 2

28 February, 2008

Oleh MUHAMMAD NAI’M

pas1.jpg
UMNO sebenarnya bukanlah parti yang kuat tetapi mereka memperalatkan jentera kerajaan untuk mencengkam kuasa. Pilihan raya hanya rubber stamp bagi mengelirukan rakyat.

Ketika berkempen bersama Dr. Lo Lo di Kg. Datuk Keramat semalam, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah, Tarmizi Mohd Jam menyifatkan parti-parti alternatif boleh diperlakukan apa sahaja oleh BN hingga menyebabkan mereka kalah dengan mudah.

 

Tegasnya, SPR adalah sayap kanan Umno paling depan selain RTM dan pihak polis yang kini boleh dikatakan sudah menjadi salah satu komponen dari parti-parti dalam BN.

Padang yang tidak rata dan tangan terikat ke belakang, sebenarnya menjadi rahsia kemenangan BN kerana parti-parti alternatif telah dilemah dan dipasung awal-awal lagi.

“Ini semua permainan jahat SPR. Bermula dari persempadanan semula, isu bangsal panas, tambah masa dua jam mengundi di Selangor dan sekarang isu duti setem, semuanya dengan sengaja dilakukan untuk menumpaskan PAS,” tegas beliau.

 


No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: