Skip to content

Ke Arah Pilihanraya Yang Lebih Bersih dan Adil

11 November, 2007

Adalah menjadi suatu perkara yang sangat memalukan apabila pada akhirnya pilihanraya yang telah dimenangi oleh parti yang memerintah sekarang adalah melalui satu jalan penipuan yang sangat terancang hingga tidak diketahui oleh rakyat yang pergi mengundi.

Satu kemenangan melalui jalan kebatilan yang telah meletak parti pemerintah melakukan apa sahaja yang mereka suka selagi mana kuasa berada di tangan mereka. Kuasa yang sering disalahgunakan menjadi budaya bagi parti pemeritah sekian lama untuk menindas rakyat dan meraut keuntungan peribadi yang diletakkan sebagai agenda utama memperkayakan diri mereka secara peribadi.

Apabila perkara ini didedahkan, pihak parti pemerintah tidak mahu mengaku bahawa kemenangan mereka adalah melalui suatu penipuan dan jenayah pilihanraya yang hanya dilakukan oleh orang-orang yang tidak jujur dan cenderung kepada budaya rasuah.

Orang-orang politik sedemikian tidak kisah akan hidup mereka di akhirat kelak kerana sifat takut kepada balasan Allah s.w.t tidak menjadi hal kepada mereka. Mereka lebih suka mengejar harta kebendaan dan material untuk hidup senang di dunia seolah-olah mereka tidak akan mati menemui Allah ‘azawal jalla. Mereka juga tidak memperdulikan untuk memberi tarbiyah yang boleh membentuk rakyat menjadi manusia yang berguna dan taat kepada Allah s.w.t dan Rasul s.a.w.

Pada akhirnya hari ini 10hb November 2007 wakil BERSIH telah berjaya menyerahkan Memoradum berkenaan kepada Yang Dipetuan Agung dan bolehlah dianggapkan suatu kejayaan di peringkat permulaan menyaksikan perubahan ke arah pilihanraya yang lebih bersih dan adil.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: