Skip to content

CD Pengenalan kepada Produk Freeweb.Com/manapbiz

30 July, 2007


bness-fraud-internet.jpg

Pada awal bulan ini (Julai 2007) saya telah menerima hantaran (sekeping) CD daripada sebuah syarikat di atas yang berniaga melalui internet tanpa ada sebarang notis awalan.

CD tersebut dihantar melalui pos berdaftar POS Malaysia. Oleh kerana saya tiada di rumah semasa hantaran dibuat maka saya terpaksa mengambilnya di Pejabat Pos Sentul.

Kad POS Malaysia yang memaklumkan supaya saya mengambil bungkusan berkenaan, tidak memberi maklumat lengkap mengenai barangan tersebut. Kad tersebut tidak menyatakan apakah barangan berkenaan. Kad tersebut menyatakan bahawa saya kena bayar RM9.85 untuk mengambil barangan berkenaan.

Hanya selepas ditunjukkan bungkusan berkenaan barulah saya tahu bahawa barang tersebut adalah sebuah CD. Kakitangan pos telah memberi tahu bahawa saya tidak perlu bayar jika sekiranya saya tidak mahukan barangan tersebut. Walau bagaimana pun saya teringin juga melihat isi kandungan tersebut berkemungkinan ada perkara yang boleh beri manfaat.

fraud.jpg

Setelah melihat kandungan CD berkenaan maka saya rasa telah tertipu kerana pihak yang menghantar CD tersebut tidak pernah menghubungi saya dan juga saya tidak pernah memesan sebarang produk daripada pihak syarikat berkenaan. CD berkenaan tidak mengandungi maklumat yang berkualiti dalam memberi penerangan yang jelas mengenai produk kepada “mangsanya”. CD berkenaan dihantar tanpa ada sebarang “cover letter” bagi menerangkan bilangan CD yang dihantar dan tiada sebarang rujukan awalan mengenai “pesanan” yang dibuat.


Apabila saya menghatar emel kepada manap07@yahoo.com.my untuk mendapatkan penjelasan maka barulah saya ketahui bahawa yang menghantar CD berkenaan adalah orang bawahan (down line) beliau.

 

Penghantaran CD berkenaan secara rambang oleh orang bawahan beliau adalah satu cara memerangkap mangsa yang ingin mengetahui apakah kandungan CD tersebut dengan terlebih dahulu membayarnya kepada syarikat perkhidmatan penghantaran (POS Malaysia).

richjerk.jpg

 

 

Oleh itu saya ingin memesan kepada semua supaya tidak menerima dan membeli CD berkenaan atau daripada mana-mana penghantar jika anda tidak pernah memesannya. Biasanya CD berkenaan tidak memuatkan penerangan yang berkualiti mengenai produk syarikat dan dihantar secara rambang agar mangsanya terpaksa membeli untuk melihat isi kandungan.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: