Skip to content

Perkhidmatan Emel?

30 July, 2007

email2.jpg

Sesetengah laman web Jabatan Kerajaan dan juga Swasta memberi kemudahan untuk berhubung dengan pihak mereka.

Khidmat emel adalah salah satu kemudahan yang disediakan oleh mana-mana laman web. Melalui khidmat emel pihak yang bertanya boleh mengemukakan sebarang pertanyaan mengenai organisasi berkenaan. Banyak organisasi yang menyediakannya seolah-olah sangat mengharapkan pihak luar boleh memberi maklumbalas dan maklumat yang penting bagi digunakan untuk memperbaiki organisasi mereka dan juga bagi menyelesaikan masalah yang bertanya.

email3.jpg

Pihak luar juga merasakan khidmat emel adalah satu cara untuk mengemukakan pertanyaan dan mendapatkan apa saja maklumat yang diperlukan daripada organisasi berkenaan. Dengan adanya khidmat emel menampakkan satu macam jalinan kemesraaan yang diberi oleh organisasi tersebut.

 

frustration3.jpg

Tetapi apa yang berlaku, dalam banyak kes, emel yang dihantar jarang mendapat tindakbalas terutama daripada Jabatan-Jabatan Kerjaan dan Jabatan-Jabatan Kerajaan yang telah diswastakan. Ada laman web yang nampak begitu canggih seolah-olah boleh memberi khidmat dan layanan yang baik dan pantas. Misi dan visinya organisasi dicorakkan begitu rupa hingga boleh meyakinkan pelawat laman web bahawa mereka sedang berinteraksi dengan sebuah organisasi yang hebat dan nampak mudah untuk mendapat maklumat yang diperlukan.

frustration4.gif

Apa perlunya menyediakan khidmat emel sekiranya organisasi tersebut tidak ada kobolehan atau masa untuk melayani pertanyaan dan persoalan yang diajukan oleh pelawat laman web mereka. Apakah sebab yang boleh menyebabkan emel tidak dilayani langsung?

frustration-714729.jpg

Dengan tiadanya jawapan kepada emel yang dihantar oleh pelawat sesebuah laman web menampakkan ketidakprihatinan organisasi tersebut terhadap pertanyaan, minat, kritikan dan apa sahaja yang diperlukan oleh pelawat laman web tersebut.

Di antara organisasi yang pernah saya hantarkan emel dan tiada mendapat sebarang jawapan adalah TNB, PUSRAWI, DBKL (sesetengah jabatan), Amanah Raya Bhd, Syarikat Blondal, Jabatan Bomba dan banyak lagi.

tnb.jpg100px-dbkl_emblem.jpgblondal.gifamanahraya.gifindex_r1_c1.jpglogo-bomba.jpg

 

Adakah tuan-tuan dan puan-puan juga pernah menghadapi masalah yang sama?

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: