Skip to content

Pegawai polis halang siasatan: Musa Hassan didesak ambil tindakan

6 July, 2007

freetalk28_musahassan.jpg

Pegawai polis halang siasatan: Musa Hassan didesak ambil tindakan

Saidah Hairan
Fri | Jul 06, 07 | 12:26:21 PM
JOHOR BAHRU, 6 Julai (Hrkh) – Pemuda PAS Negeri Johor mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengambil tindakkan disiplin terhadap mana-mana pegawai atasan yang cuba menghalang siasatan anggotanya.Desakan itu berikutan pendedahan seorang pegawai polis berpangkat lans koperal, M Annathurai yang membuat laporan polis di Balai Polis Tampoi, 4 Julai lalu.Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat berkata, kes itu berikutan rasa tidak puas hati terhadap pegawai atasan yang meminta agar tidak menangkap seorang suspek kes samun lori atas alasan suspek adalah lelaki berpengaruh dan isterinya pula seorang doktor hospital awam.Suhaizan menjelaskan, lans koperal terlibat kecewa kerana selepas insiden tersebut beliau telah ditukarkan Pahang tanpa sebarang alasan sedangkan beliau baru satu tahun setengah ditukarkan ke negeri Johor.Beliau mendakwa insiden itu merupakan campurtangan pihak atasan polis demi melindungi individu berpengaruh di Johor.Menurut beliau, jika ia berterusan maka individu berpengaruh di negara ini akan terlepas daripada undang-undang dan akhirnya rakyat akan hilang kepercayaan kepada pihak polis.Katanya, jika rakyat sudah tidak menghormati undang-undang dan penguatkuasa dipertikai di mana-mana, maka negara akan terdedah kepada perlanggaran undang-undang yang serius dan keamanan yang dikecapi sekarang boleh hilang. – lanh
Detik daripada Harakahdaily

Pada saya mana-mana organisasi bergantung kepada siapa yang memimpin. Jika pemimpinnya terdiri daripada orang yang tak senonoh maka begitu jugalah kebanyakan orang bawahan mereka.
Yang baik itu sedikit sahaja.
Jika sebaliknya pula maka organisasi itu akan menjadi organisasi yang dipandang dan disanjung tinggi. Orang yang baik lebih ramai daripada orang yang tidak baik.

Jadi sama-samalah kita lihat pasukan polis negara kita. Pada ketika siapa yang memimpin maka kita dapat lihat keadaan yang berlaku dalam pasukan polis kita – daripada zaman Tun Hanif hinggalah sekarang zaman Tan Sri Musa Hassan. Periksa-periksalah.

Satu lagi artikel menarik mengenai aktiviti yang dipercayai ada kaitan rapat dengan pemimpin-pemimpin PDRM di link berikut:-

http://malaysia-today.net/blog2006/corridors.php?itemid=6061

3 Comments leave one →
  1. dzu permalink
    8 July, 2007 12:35 pm

    lucky for me..i ate at mcd maybe once per week but hardly gain weight

  2. dzu permalink
    8 July, 2007 12:36 pm

    eh silap posting plak..uhuhu sorry

  3. aja49 permalink*
    8 July, 2007 12:53 pm

    Next time be please careful which of the article you want to comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: