Skip to content

Lagi Kisah Rosak Akhlah Remaja Melayu

25 June, 2007

Pada pagi hari Isnin lepas 11hb Jun 2007 jam 7:30 seperti biasa saya telah ke Metropolitan Park di Jalan Ipoh untuk beriadhah. Biasanya saya melakukan “brisk walking” (berjalan cepat) sejauh 3 KM untuk keluarkan peluh. Saya telah dinasihatkan doktor supaya tidak berlari (jogging) lagi kerana pernah mengalami rosak “ligament” pada umur 49 tahun. Itulah amalan saya setiap pagi jika ada kelapangan. Saya mengambil masa dalam lengkungan 22 minit hingga 24 minit untuk menghabis sejauh jarak yang disebutkan di atas.

Di sana biasanya saya akan bertemu kawan-kawan yang melakukan berbagai-bagai aktiviti riadhah mengikut citarasa dan kemampuan masing-masing. Mereka ini terdiri daripada bangsa Melayu (tidak ramai), Cina (paling ramai), India dan Punjabi (jarang sekali).

Ada juga yang pergi ke sana dan tidak mahu mengambil kesempatan untuk menyihatkan badan. Mereka ini terdiri daripada anak-anak Melayu yang berpeleseran membuang masa melepak dan berbual-bual kosong. Ada juga yang melakukan perkara sumbang seperti duduk berpasangan di tempat duduk yang sedia ada tanpa segan silu kepada orang di sekitar mereka.

Maka perkara inilah yang saya ingin gambarkan pada pagi Isnin tersebut. Biasa selepas “brisk walking” saya akan ke tempat permainan kanak-kanak untuk “cooling down exercise” sebelum balik. Di tempat permainan kanak-kanak ini terdapat beberapa tempat duduk untuk berehat.

 

Pada pagi itu setibanya saya di tempat berkenaan terdapat sepasang remaja Melayu sedang duduk berdua-duaan di mana terdapat juga beberapa orang dewasa terdiri daripada berbagai bangsa sedang melakukan senaman mengunakan peralatan kanak-kanak di situ. Pada mulanya mereka hanya duduk berdekatan sambil bersembang kemudian mula si betina yang berseluar pendek bersandar dan dipeluk oleh si jantan. Kemudian si betina mula tidur di pangkuan riba si jantan berkenaan. Perlakuan ini diperhatikan oleh mereka-mereka yang berada di sana termasuk saya sendiri. Rupanya mereka telah berada di tempat berkenaan sebelum saya tiba di situ lagi.

 

Saya telah diberitahu oleh rakan-rakan riadhah bahawa pasangan remaja Melayu berkenaan tidak ada perasaan dan sikap malu kerana berani melakukan perkara yang menjolok mata dan sumbang itu. Mereka melakukannya seolah-olah tidak terdapat manusia di situ. Atau pun mereka langsung tidak memperdulikan hal orang-orang di sekeliling mereka.

 

Salah seorang kawan saya, berbangsa India, telah memberitahu saya bahawa sungguh memalukan perkara yang pasangan remaja lakukan itu kerana memandangkan mereka adalah beragama Islam. Naik malu saya dibuatnya. Itulah barangkali pendapat kawan-kawan lain yang berada di situ.

 

Mereka dan saya tidak dapat berbuat apa-apa ke atas perlakuan maksiat pasangan remaja Melayu berkenaan kerana tidak mempunyai kuasa untuk menegur dan memberhentikan kelakuan mereka itu. Saya memang berasa geram dan marah melihat kelakuan pasangan remaja Melayu itu hinggakan satu ketika saya membeliakkan dan menjegekan mata ke arah mereka tetapi tidak diindahkan langsung oleh mereka.

 

Saya pun terus beredar daripada situ bagi mengelakkan daripada rasa marah yang tidak terkawal dan takut akan mengakibatkan perkara yang tidak diingini berlaku.

 

Sebelum meninggalkan Taman Metropolitan saya telah berjumpa ketua pengawal dan memberitahu beliau supaya memberi nasihat kepada pasangan remaja Melayu tersebut dan mengusir mereka keluar daripada taman berkenaan.

 

Saya juga telah diberitahu oleh ketua pengawal tersebut bahawa itu bukanlah kali pertama kelakuan maksiat dilakukan oleh pasangan-pasangan remaja Melayu di sana tetapi telah banyak peristiwa itu berlaku terutama sekali di waktu yang tidak ada orang beriadhah di sana. Walau pun berkali-kali ditegur dan dihalau namun mereka tetap datang lagi untuk melakukan perkara sumbang dan maksiat itu.

 

Apalah nak jadi dengan remaja-remaja Melayu yang sudah hilang dan tenggelam punca agama ini. Mereka langsung tidak memahami kehendak prinsip Islam yang mahukan mereka menjadi orang yang tidak melanggar tata kesusilaan Islam.

 

Perkara ini juga saya lihat berlaku di kompleks-kompleks membeli-belah di mana ramai yang berpeleseran dan melepak tidak ada hala tuju dalam kehidupan mereka melainkan hendak berseronok sahaja. Perkara ini sangat memalukan bangsa Melayu yang beragama Islam. Orang bukan Islam ramai menganggapkan Islam itu satu agama yang suci dan berandaian bahawa agama Islam boleh mencegah perkara maksiat yang kian banyak berlaku sekarang ini tetapi Malangnya andaian mereka itu namapaknya seperti jauh panggang daripada api. Sama ada suku tak suka bahawa gejala yang tidak sihat ini makin hari makin menjadi-jadi dan siapa pun tidak boleh menafikannya.

 

Apakah pihak berkuasa tidak boleh melakukan sesuatu bagi membenteraskan gejala ini? Tidakkah pihak kerajaan terutama sekali Jabatan Agama Islam berasa bertanggungjawab untuk mengambil tindakan yang berkesan bagi, sekurang-kurangnya, mengurangkan gejala ini kalau pun tidak dapat membasmikannya sama sekali? Bagaimana dengan barisan pemimpin-pemimpin negara ini yang kebanyakannya beragama Islam inginkah mereka melihat gejala yang tidak sihat ini kekal berterusan?

 

Gejala rosak akhlak ini juga pernah saya kemukakan pada artikel saya yang lepas, https://aja49.wordpress.com/2007/05/11/keruntuhan-akhlak-remaja-melayu-beragama-islam/ di mana saya rasa masih berterusan sehingga kini.

 

Orang yang berkuasa tidak boleh berbuat apa-apa untuk membenteras gejala buruk ini apatah lagi orang macam kita ini. Habis apa nak jadi dengan masa depan negara ini di mana makin hari makin teruk akhlak remaja-remaja, Melayu yang beragama Islam, yang satu hari akan menjadi dewasa penuh dengan serba kekurangan lebih-lebih lagi dalam bidang agama.

Di mana kita hendak memertabatkan Islam Hadari yang diperkenalkan oleh Pak Lah. Janganlah kita berbangga dengan prinsip Islam Hadari kerana kebanyakan prinsip itu hanya molek di atas kertas kerja sahaja tetapi perlaksanaannya tenguklah sendiri dan nilailah sendiri.

paklahtido01.jpg

Makin kita memperkatakan Islam Hadari maka begitu jugalah makin teruk akhlak remaja kita, tidakkah ini sangat memalukan orang Islam dan pemimpin-pemimpin Melayu yang beragama Islam di negara ini?

paklah_tidurb.jpg

6 Comments leave one →
  1. dan permalink
    22 July, 2007 11:32 am

    sistem di Malaysia harus ditukar.rancangan hiburan berleluasa hinggakan 90% rancangan tv berbentuk hiburan yang melalaikan.Dari budak kecik sampailah yang tua bangka. semuanya dok mengadap tv yang kononnya nak happykan hati dengan tengok prempuan yang serupa tak pakai baju.macam zaman pra sejarah pulak. ialah kesian takda baju nak pakai. kena cari daun nak tutup.

  2. alia nurbaiduri permalink
    28 September, 2007 7:41 pm

    islam itu suci..dalami apa itu islam.. remaja sekarg makin mlampau..buat ape seandainye negara sahaje yang merdeka tetapi anak remaja rosak di tepi jalanan..x pnh brminda merdeka.
    cegah masalah remaja dahulu sebelum remaja melayu menjatuhkan nama islam yang suci..

  3. aja49 permalink*
    28 September, 2007 11:25 pm

    Ruang yang disediakan oleh pemerintah untuk membuat kemaksiatan dan kemungkaran lebih banyak daripada ruang yang disediakan untuk membuat perkara kebaikan dan kebajikan.

  4. mardhiah23 permalink
    31 January, 2009 7:07 pm

    budak melayu sekarang makin teruk, tak tahu halal haram, makin rosak saya mmang terkejut pendedahan yang ada dalam youtube dan lain lain website, hampir gugur jantung saya melihat aksi mereka, kemana pergi jati diri anak melayu, macamana agaknya masa depan melayu akan datang???????

  5. wan permalink
    20 May, 2009 11:31 am

    budak melayu skang nih makin rosak akhlak..pendedahan tentang agama makin banyak tapi lagi banyak tentang penganjuran kearah maksiat..sebenarnya pemerintah kita kena bertindak dengan efektif..jgn sekadar hangat-hangat tahi ayam jer..filem kata ditapis tapi yang sikit-sikit tu lah yang jadi racun pembunuh jiwa.tambahan pula lagu-lagu skang nih makin teruk..nampak jer elok tapi cuba fikirkan kesannya..makin padah..so pakat pikrlah ramai2..

  6. wan permalink
    20 May, 2009 11:35 am

    satu lagi nak dicadangkan nih..pihak majlis agama islam jgn nak tengo kpd kes khalwat jer..cuba bukak mata dengan kes remaja jugak..kalau tak dibendung dari kecil,inilah punca jadinya masalah nih.satu agi,,tangkap terus jer budak2 yang pakaian tak senonoh n pakai baju tulisan x betul tu..hantar pusat pamulihan atau motivasi..barulah budak-budak kita nih hormat n takut..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: