Skip to content

Peristiwa Kebocoran Di Kompleks Mahkamah KL Pada 24 Mei 2007

9 June, 2007

Kalau sudah banyak kejadian bocor sana bocor sini di bangunan-bangunan kerajaan, sudah semestinya ada yang tak kena.
Besar kemungkinan bahawa ada elemen rasuah yang terbabit di kalangan mereka-mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membangunkan bangunan-bangunan tersebut.
Penyiasatan terperinci mestilah dijalankan untuk mencari punca kerosakan yang boleh berlaku kepada bangunan yang baru dibina itu.
Sebelum ini kita jarang mendengar dan melihat bangunan yang siap menghadapi masalah runcing seperti yang disiarkan di media elektronik dan cetak kebelakangan ini.
Nampak sangat semua pihak yang terlibat dalam proses membangunkan bangunan-bangunan ini cuba melarikan diri daripada tanggungjawab masing-masing dan dengan senang menuding jari kepada pihak lain.
Satu sikap yang begitu bacul yang tidak boleh diterima mengikut budaya orang Malaysia.
Ikutlah orang Jepun yang berani bertanggungjawab dan jika dibuktikan bersalah mereka sanggup meletak jawatan kerana menerima kesalahan mereka itu secara “gentleman”.
Sanggupkah semua yang terlibat dalam hal ini terutama pak-pak menteri berani menerima dan memikul tanggungjawab jika didapati bersalah? Jawabnya tidak kerana mereka tidak mempunyai “moral courage” seperti orang Jepun dan Korea.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: