Skip to content

Pandang Ringan Kepada Laporan Polis Mengenai Kecurian Motor

16 May, 2007

Pagi semalam seorang kawan saya memaklumkan kepada saya bahawa motosikalnya kecurian.

Pada saya, itu suatu perkara biasa di daerah Sentul ini. Walau bagaimana pun yang memeranjatkan saya apabila dia menyatakan bahawa motosikalnya hilang di pekarangan kediamannya iaitu di kondominium berhadapan rumah saya.

 

Bayangkan sebuah kondominium yang mempunyai rumah pengawal dan dijaga oleh beberapa orang pengawal 24 jam sehari, boleh juga jadi kecurian.

Nampak gayanya ini merupakan satu pakatan dalam kalau tidak manakan boleh berlaku? Kawan saya ini telah mengadukan hal ini kepada pihak pengurusan kondominium kerana tidak berpuasa hati cara pengawal menjalankan tugas mereka. Dia telah mencabar dan menuntut dibayar balik nilai motosikal beliau yang hilang itu daripada pihak pengurusan kondominium tersebut.

Selepas itu beliau telah pergi melaporkan perkara tersebut di Balai Polis Daerah Sentul. Di sana laporan beliau dipandang sepi oleh pihak polis kerana memandangkan perkara tersebut suatu kecurian yang kecil melibatkan sebuah motosikal lama.

 

Kawan saya terus naik marah dan mencabar OCPD balai tersebut sama ada hendak ambil kes tersebut atau tidak. Beliau telah memaklumkan bahawa beliau akan membawa kes ini ke Bukit Aman dan memaklumkan terus kepada KPN Tan Sri Musa Hassan. Pihak polis Sentul rasa tercabar tetapi mereka akhirnya terpaksa mengambil kes tersebut walau pun pada mereka kes itu kecil.

 

Soalan? Mengapa perkara seperti ini berlaku?

Kita lihat sebulan lepas ada berita menyatakan bahawa kes jenayah telah meningkat di daerah Sentul. Ada pihak yang menyatakan kenaikan 40% dan ada pihak yang menyatakan hanya 10%. Apa pun yang penting dan ketara adalah kenaikan kadar jenayah, tidak kira berapa peratus, yang mesti dipandang berat oleh semua pihak terutama pihak polis dan kerajaan tempatan. Lihat berita mengenainya di link di bawah:-

http://bpms.kempen.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=12470&Itemid=61

Bayangkan sebuah daerah polis yang besar yang terletak di Bandaraya Kuala Lumpur tidak mempunyai Ketua Polis Daerah, mungkin hingga ke hari ini.

Ketiadaan orang yang paling diperlukan iaitu Ketua Polis Daerah telah menyebabkan pertanggungjawaban tidak dapat dilaksanakan. Mengapa perkara ini dibiarkan berlaku?

Ketiadaan orang yang bertanggungjawab sepenuhnya menyebabkan perkara-perkara penting yang perlu diberi keutamaan tidak dapat diatur sepertimana yang sepatutnya.

Keadaan yang sedih ini berlaku kerana pihak-pihak berwajib tidak menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi dan rasa tanggungjawab hingga mengakibatkan situasi sekarang terwujud tanpa disedari.

Jadi, tidak hairanlah jika kita pergi untuk membuat laporan akan menerima nasib yang sama seperti kawan saya itu. Pada kita yang tidak mahu mencari gaduh maka laporan itu tidak mendapat perhatian. Tetapi kawan saya itu berani mencabar pihak polis yang tidak menunjukkan tahap profesionalisme yang diharapkan. Adakah ini disebabkan ketiadaan Ketua Polis Daerah yang boleh membimbing dan menunjukajar anak buahnya bagaimana untuk berkhidmat secara profesional?

Ketiadaan seorang Ketua Polis Daerah di Sentul mesti jawab oleh KPN, lebih-lebih lagi terdapat statistik yang membimbangkan mengenai kenaikan kadar jenayah dan berlakunya perkara-perkara pelik seolah-olah daerah Sentul ini tiada polis yang boleh memberi khidmat professional dan berkesan.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: