Skip to content

Keruntuhan Akhlak Remaja Melayu Beragama Islam.

11 May, 2007

Pagi tadi saya ke kedai gambar untuk mencetak gambar-gambar yang diambil melalui kamera digital saya.

Saya adalah pelanggan berkala di kedai berkenaan dan mengenali pemiliknya iaitu seorang berbangsa Cina. Dia fasih berbahasa Melayu.

Dalam perbualan biasa kami, timbul satu isu yang pernah ditimbulkan kepada saya sedikit masa dulu apabila saya mengunjungi  kedai tersebut.

Kali ini saya pergi dengan isteri saya. Sebelum menimbulkan isu tersebut dia telah bertanya kepada saya sama ada yang datang ke kedai dengan saya tempoh hari itu adakah anak saya.

Saya maklumkan kepada dia bahawa itu anak lelaki bongsu saya. Lalu dia berkata bahawa anak saya pandai berbudi bahasa.  Maka di situlah bermulanya dia menimbulkan isu di atas.

Sepertimana yang pernah diceritakan kepada saya terdahulu daripada ini bahawa dia berasa sangat sedih meliha apa yang berlaku di Taman Tasik Titiwangsa(TTT) pada setiap pagi terutama di hujung minggu.

Adalah amalan pemilik kedai ini pergi ke TTT setiap pagi sebelum (jam 4:00 atau 4:30 pagi) subuh untuk berjoging. Apa yang dilihatnya adalah ramai pasangan remaja Melayu duduk melepak di sana malakukan perkara maksiat kecil hingga ke maksiat besar.

Kali pertama dia mengunjungi TTT dia tidak percaya perkara ini boleh berlaku tetapi buat  kali ke dua dan ketiga barulah dia sedar bahawa perlakuan maksiat ini rupa-rupanya berlaku setiap malam hingga ke pagi. Maka sekarang tidak menjadi perkara yang menghairankan baginya lagi. Dia menekankan bahawa yang melakukannya bukan bangsa Cina dan bukan bangsa India tetapi sudah jelas remaja-remajanya adalah bangsa Melayu.

Saya bagaikan tidak mahu percaya dan meminta dia mengulangi kembali penekanan beliau. Lalu dia berkata “Kalau abang tidak percaya mari ikut saya bila-bila abang ada kelapangan”.

Dia meneruskan ceritanya dengan menyatakan apa jenis maksiat-maksiat ( tak perlu diceritakan  di sini) yang dilakukan oleh remaja Melayu di sana. Ada beberapa ketika bahawa remaja-remaja yang melakukan maksiat tersebut tidak lagi mengindahkan orang yang lalu lalang berjoging si situ kerana merasakan bahawa mereka tidak akan diganggu dalam mencari kenikmatan dunia.

Saya merasa agak malu dengan pemilik kedai ini apa bila dia menekankan bahawa yang melakukan perkara maksiat ini adalah anak-anak Melayu yang beragama Islam.

Persoalan? Benarkah pengakuan pemilik kedai gambar ini? Pernahkah sesiapa yang pergi ke sana se awal itu untuk bersenam dan berjoging melihat apa yang dikisahkan oleh pemilik kedai gambar ini?

Jika ianya benar maka saya tidak terkejut kerana cerita-cerita sebegini pernah di ceritakan berlaku pada malam-malam yang diadakan acara konsert, hari kemerdekaan dan sambutan berbagai acara yang mengundang kunjungan orang ramai.

Persoalan? Apakah perkara kemaksiatan selama ini tidak diketahui oleh pihak berwajib dan pihak berkuasa? Bagaimana dengan agensi kerajaan seperti JAWI dan JAKIM? Tidak adakah unit pencegah maksiat bagi maksiat yang dilakukan secara terbuka dan berleluasa ini?

Perlakuan maksiat terbuka ini adalah jauh lebih jijik dan hina daripada maksiat yang dilakukan secara tersembunyi? Ianya menjatuhkan imej orang Melayu dan Islam. Di mana letaknya Islam Hadari yang ditaja oleh kerajaan di seluruh negara melalui media cetak dan elektronik? Sudahkah ianya memberi kesan yang diharapkan?

Kita sudah lihat betapa banyaknya kesan buruk natijah daripada perlakuan maksiat sebegini seperti buang anak, bohsia dan sebagainya. Bila lagi pihak berkuasa hendak ambil tindakan yang sewajarnya?

67 Comments leave one →
  1. dzu permalink
    11 May, 2007 7:33 pm

    cool..!! new blog. ehe..
    nanti zu link to my blog @ blogger

  2. aja49 permalink*
    12 May, 2007 3:37 pm

    Ok boleh tu dan terima kasih

  3. saf05 permalink
    21 May, 2007 11:07 pm

    ape nak jadik ngan bebudak melayu nih? korang bangun2!!

  4. kem permalink
    22 July, 2007 11:24 am

    Gejala keruntuhan akhlak nie makin menjadi2 sebab masyarakat sekeliling lebih suka mengambil sikap ‘buat-buat tak nampak’ apa yang berlaku disekeliling mereka.Takut annti di kata menjaga tepi kain orang.kalau sikap ini berterusan, maka silap2 haribulan, anak2 mereka yang terjebak sama.waktu tue baru terkejut.kalau dulu, siapa berani bawa anak dara orang ke hulu ke hilir?nak kena kejar dengan parang oleh masyarakat sekeliling. sekarang ???????

  5. mYes permalink
    9 September, 2007 12:00 pm

    waduh2!!dah melayu tue wat cara melayu la..apa pekdahnye merosakkan diri snirik???sedarlah wahai anak cucu Nabi Adam…syaitan2 tengah ketawakan kat orang2 yang tgh bergelumang dalam kemaksiatan…..huh=(

  6. muslimah permalink
    16 September, 2007 1:52 pm

    salam sume,mmg xpat dnafikan keruntuhan akhlak remaja islam makin mmbimbangkan.taubatla kalian sblm tlambat.byk petanda kiamat udah kuar.

  7. aja49 permalink*
    16 September, 2007 5:47 pm

    Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan mulia ini adalah suatu masa yang paling baik untuk kita bertaubat atas kesalahan-kesalahan kita.

    Allah maha pengampun dan penyayang maka sepatutnya kita mengambil peluang ini untuk memohon keampunan Allah ‘Alla wa Jalla di bulan yang mubarak ini.

  8. 18 November, 2007 1:30 am

    Bila lagi pihak berkuasa hendak ambil tindakan yang sewajarnya?

    Adakah pihak berkuasa sahaja yang perlu dipertanggungjawabkan dalam hal ini?

    Alhamdulillah anda telah sedar akan realiti remaja sekarang, dan berkelapangan mengongsi perkara tersebut dengan pembaca2 lain.

    Namun kesedaran semata2 tidak akan mengubah apa. Cuba kita renungkan dan tanyakan kepada diri kita, apakah yg telah kita sumbangkan/berikan dalam usaha membanteras gejala2 sebegini? Atau adakah kita turut menjadi penyumbang ke arah berleluasanya masalah rosak akhlak?

    Sama2 kita fikirkan. Salam melawat.

    p/s: sedang berjalan2 mencari bahan utk perbincangan tajuk “rosak akhlak”.. 🙂 terima kasih yang empunya blog!

  9. aja49 permalink*
    18 November, 2007 9:55 am

    Salah satu penyumbang kepada maksiat adalah platfom yang diadakan oleh pihak berkuasa – tempat-tempat seperti kebun bunga, taman rekreasi yang mana perlu dipantau oleh pihak penguatkuasa agar kemaksiatan tidak boleh dibenarkan. Kemaksiatan sebegini perlu dihalang kerana dilakukan secara berterang-terangan.

    Keutamaan mesti diberi kepada mencegah kemaksiatan yang dilakukan secara terang-terangan supaya rakyat tahu bahawa perkara tersebut haram dari kaca matas Islam. Tanpa pencegahan maka orang ramai terutama remaja beragama Islam akan menganggap perkara tersebut bukanlah satu kesalahan di sisi agama Islam.
    Kerja amar-ma’ruf nahi mungkir mesti dilaksanakan setiap masa jika inginkan kemaksiatan dibenteraskan.

  10. 9 February, 2008 10:21 pm

    Saya tertatik dengan artikel ni.. saya jumpa bolg nii asalnya nak cari maklumat tentang habbatussada’ jadi saya minta izinlah tuannya kerana ambil sikit bahan dalam blog nii..

    Tentang artikel tadi tu memang dah masalah dahsyat sekarang ni tentang masalah akhlak anak remaja Melayu Islam ( yang masih marah kalau kita tanya ” You Islam ke ? ” tapi tak faham ajaran Islam.

    Boleh saya ringkaskan di sini , sebenarnya apa-apa hal kita kena kaji puncanya PUNCANYA.

    Apa yang berlaku hari nii sebenarnya adalah BUAH ( hasil ) bila sebur buah dia ada dahannya, pokoknya, akarnya dan lain-lain.

    Maksudnya buah tu tak kan tiba-tiba ada. Mestilah ada kaitan seluruhnya tadi … Fikirlah… nanti saya sambung lagi.

    TKasih kepada semua yang masih sensitif dengan permasaalahan ini.

  11. 11 February, 2008 9:25 am

    Sdr Eshukr

    Tidak menjadi masalah untuk Sdr mengambil apa saja bahan daripada blog saya kerana semua ini adalah untuk kebaikan bersama. Mengikut Islam ilmu yang baik perlu disebarkan agar menjadikan manusia lebih baik dan tunduk kepada Allah s.w.t.

  12. Na'imah permalink
    10 March, 2008 5:00 pm

    bagus2. klu tak didedahkan perkara sebegini, tak ramai orang yang berani lantang suara dan mengambil langkah drastik..
    hantarlah karya / pengalaman anda ini kepada jabatan agama islam yang berdekatan atau emelkan sahaja kepada jabatan tersebut agar tindakan segera dapat dibuat.

  13. aja49 permalink*
    10 March, 2008 11:32 pm

    Memang saya mengharap sangat supaya pihak berkuasa dapat melihat artikel ini. Akan tetapi tidak ada daripada Jabatan Agama Islam yang sengaja menugaskan sesiapa untuk membaca blog-blog dan mencari bahan yang berkaitan dengan tugas mereka. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa bahan blog sedikit sangat yang berkaitan dengan tugas mereka namun mencari dengan menggunakan “search engine” untuk mencari artikel-artikel yang berkaitan boleh menyelesaikan kes-kes yang didedahkan melalui “blog”..

  14. fissah212 permalink
    21 April, 2008 2:49 pm

    memberi kesian jua..

  15. bunga yang prihatin permalink
    9 May, 2008 12:28 am

    assalammulaikum..memang tak dinafikan masalah keruntuhan akhlak remaja sekarang..but the best way i think,learning should be started from home. . tapi sebagai rakyat yang prihatin, kita patut tangani bersama..supaya remaja kita tak terus hanyut..insya Allah..terima kasih pada yang prihatin..teruskan usaha demi kebaikan sejagat…

  16. aja49 permalink*
    9 May, 2008 9:46 am

    Wa’alaikumussalam,

    Memang betul pembelajaran, tunjukajar mesti bermula di rumah (bagi ibubapa yang mampu dan berkebolehan untuk berbuat demikian). Jika ibubapa kesian dan prihatin kepada anak-anak mereka maka mereka akan berusaha untuk membesarkan anak-anak mereka sepertimana Islam kehendaki.

    Salah satu punca keruntuhan akhlak remaja sekarang adalah pendidikan yang sambil lewa yang diusahakan di rumah dan begitu juga gambarannya di institusi pelajaran rendah mahu pun tinggi. Penekanan kepada nilai-nailai keIslaman dan nilai-nilai murni sudah menurun dengan begitu ketara jika dibandingkan dengan masa sebelum ini.

    Lihat di sekeliling kita ramai mana yang hendak kepada nilai-nilai Islam itu.Pihak berkuasa bukan tidak sedar akan perkara ini tetapi usaha yang dijalankan untuk memperbetulkan keadaan yang pincang sekarang tidak setimpal dengan kadar penurunan nalai akhlak remaja kita sekarang.

  17. ajan permalink
    10 June, 2008 1:11 pm

    sekarang budak2 pon dah pandai ‘main’……………..aku yang umo 15 tahon pon x main……….

  18. 21 June, 2008 11:19 am

    bagus blog ini, banyak menyedarkan terutama bangsa kita tentang apa yang berlaku. saya sendiri pun selalu jer nampak kelakuan-kelakuan sumbang di khalayak ramai.tapi tiada siapa sanggup menegur. patut kita wajib letakkan satu menara operasi jabatan agama islam di di setiap taman besar. kalau taman kecik cukup sekadar pondok.kalau taman mampu kita buat takkan menara yang kecil tu tak boleh.dan itu juga baik untuk keselamatan sekiranya waktu malam.just my opinion

  19. aja49 permalink*
    21 June, 2008 11:13 pm

    Voy,

    Itu satu cadangan yang baik tapi tak tahulah sanggupkah kerajaan membinanya sebab menara semacam tu tak pernah ada di mana-mana taman bunga.
    Sebelum nak bina menara sedemikian kena bari penerangan kepada umum supaya mereka faham fungsi menara itu dibina. Dari aspek keselamatan memang bagus.

    Mencegah orang buat maksiat secara terang-terangan dan tak segan silu adalah lebih baik daripada pergi buat operasi ketuk bilik-bilik hotel tu.
    Orang yang berani buat maksiat di tengah-tengah halayak ramai lebih teruk daripada binatang. Sesetengah binatang buat kerja pun manusia tak tahu kerana pandai sembunyi-sembunyi.

  20. Nameless permalink
    29 June, 2008 12:33 am

    Kita mengeluarkan berbagai2 pendapat penyebab kpd isu yg takkan berkesudahan , daripada penyalahgunaan tempat2 awam , masyarakat yang tak prihatin dan mcm2 lagi. Tapi sedarkah sebenar2 punca isu2 keruntuhan akhlak ini berpunca dari setiap orang dari kita?? ianya berkait rapat dengan kita bagaikan darah yang mengalir dalam badan.

    Hubungan yang menyatukan lelaki dan perempuan , di dalam Islam cuma perkahwinan dan pertunangan adalah jambatannya. Jadi mana datangnya hubungan ‘couple’ yang begitu sinonim dalam budaya hidup kita yang kononnya umat Islam? Sehingga kebanyakan ibu bapa memberi kebenaran untuk menjalinkannya? Sehingga tak terkawal perilaku mereka bila berjauhan dengan keluarga.

    Apa maksud ‘couple’? pada pandangan saya ianya adalah sejenis lesen yang membolehkan kita melakukan perkara2 haram dengan alasan cinta. Sekiranya anda pernah menyentuh kulit pasangan masing2 dengan sengaja hatta berpegangan tangan, u are disqualified to argue with this statement. Saya hanya berpegang dengan beberapa potong ayat al-Quran yang cukup mudah difahami, yang melarang lelaki dan perempuan bersentuhan kulit dengan sengaja .

    Sesungguhnya musuh2 Islam sangat pintar tetapi pengecut. Dengan mewujudkan satu kalimat laknat, ‘couple’, lelaki2 Islam di Malaysia menghabiskan masa melatih diri teknik2 memikat perempuan, perempuan2 Islam malaysia pula mempersiapkan diri untuk digoda dengan mengenakankan diri dengan pakaian yang membolehkan lelaki meneka saiz buah dada, lalu dikenakan pula dengan tudung. Menjadikan masyarakat Islam Malaysia pakar di dunia percintaan tetapi mundur dari segi teknologi dan akhlak.

    Apabila suatu perkara itu menjadi ikutan majoriti , ianya akan terus membiak walaupun ianya buruk. Berapa orang perempuan yang anda boleh bilang memakai baju kurung dan bertudung , berbanding berbaju ketat lengan panjang dan bertudung? Apakah tujuan saudara2 perempuan kita mengenakan pakaian2 begini. Sebenarnya kita tidak sedar , mentaliti kita telah dijelajahi sepenuhnya, dan perempuan berasa ketinggalan , tidak menarik, takkan digoda lelaki sekiranya berpakaian menutup aurat yang kononnya primitif.

    Apabila Rasullullah terlihat perempuan, dia akan merendahkan pandangannya. Kenapa?? Ini adalah penghormatan baginda kepada kaum hawa. Masih ada lelaki berkelakuan seperti itu pada hari ini?? Sekiranya ada, percayalah lelaki itu akan dilabel penakut di kalangan kaum hawa sebab nak eye contact pun tak berani. Sedarkah anda semua , saudara2 lelaki… kerana budaya mengurat lah yang menyebabkan kaum2 hawa runtuh budi pekertinya…. sebab itu sangat banyak permpuan yang cantik luarannya tetapi rendah akhlaknya, kerana golongan seperti mereka lah tak putus2 digoda lelaki2 setiap masa.

    Sekarang kita hendak cari punca penyelesaian keruntuhan akhlak di tempat2 awam. Itu cuma tempias!!! musnahkan dulu virus dan bakteria yang sebenar2nya. Logik akal manusia takkan dapat melawan kebenaran kata2 Pencipta Alam Semesta.

    Saya tahu ramai yang akan bangkit menentang pendapat saya. Namun saya memang bersedia . Tetapi kalau anda setuju, anda tahu apa perlu dibuat sekarang.

    • 23 December, 2009 6:51 pm

      Salam semuanya,
      Saya setuju dengan saudara “nameless”.Masaalahnya sebenar agak rumit, sebab dah lama tidak dihiraukan, seperti virus cancer.Ia sudah membesar.
      MAsaalah ini bukan hanya pada anak anak muda tapi dia telah belarutan kepada generasi berumur 25tahun hingga ke 60 lebih tahun.
      Anak muda tidak mempunyai bajet maka mereka terpaksa melakukan maksiat yang terkutuk di luar akan tetapi yang berumur akan melakukan dibilek bilek hotel,karaoke dan rumah rumah sewa baik flat mahupun condo.
      Inilah janji Allah dan Rasulnya tentang akhir zaman.
      Maksiat disana sini.Alim ulama hanya berdakwah di masjid masjid.TV untuk racangan Islam pun diselit dengan iklan suami isteri ( couple ) berdansa.
      Anak anak adalah kain puteh , ibubapalah yang mencorakkannya.Kalau ibu bapa dah senget apalagi anak muda yang mudah terikut ikut.
      Nak menunding jari, memang banyak arah yang kita boleh menuding, dari ibu bapa , pendakwah , guru , badan badan islam dan hingga ke Menteri menteri.Tapi terakhir sekali yang baik adalah menunding kearah diri kita.
      Bukankah kita mempunyai anak, adik beradik dan saudara mara.Perhatikan mereka. Saya yakin pasti ada yang pengangan agama mereka lemah.
      Sadarkanlah mereka dengan berlemah lembut.Pasti kamu mempunyai ilmu agama yang baik.Jangan putus asa walaupun ia mengambil masa yang lama.
      Sesungguhnya Allah memberi pentujuk kepada mereka yang Allah inginkan memberi petunjuk , dan Allah menyesatkan sesiapa yang Dia ingin menyesatkan.
      Assalamualaikum

  21. 15 July, 2008 11:39 pm

    apa-apa pun ajaran agama perlu diberi penekanan.

  22. zue permalink
    22 July, 2008 6:30 pm

    keruntuhan akhlak di kalangan remaja adalah satu fenomena yang tidak boleh dipandang ringan. malah,sekarang ini,di kalangn masyarakat,maksiat sudah menjadi satu kebiasaan.

  23. pantuk permalink
    1 August, 2008 4:02 pm

    kita sepatutnya membanteras maksiat ini bersama-sama..salam

  24. 2 August, 2008 9:11 pm

    salah satu punca keruntuhan akhlak remaja hari ini adalah disebabkan pengaruh filem tempatan.mereka mudah terpengaruh dengan aksi-aksi yang dipertontonkan..

  25. jieda permalink
    12 August, 2008 11:51 am

    thnk kpda empunya blog..sya dpt serba sikit maklumat untk buat tugasan mengenai keruntuhan akhlk remaja zaman sekarang….

    • acc permalink
      3 June, 2009 11:00 am

      blh kongsi tgsn awk t kt sy… sy berminat utk membacanya. sekian, terima kasih.

      • aja49 permalink*
        3 June, 2009 11:44 am

        Dipersilakan.

  26. aja49 permalink*
    12 August, 2008 10:56 pm

    Jieda,

    Itu adalah salah satu angkara maksiat yang dilakukan oleh remaja Melayu yang beragama Islam. Kalau hendak dikira memang banyak lagi. Lihatlah di sekeliling kita maka kita tidak dapat lari daripada melihat kemungkaran dan kemaksiatan yang dilakukan oleh remaja-remaja ini seolah-olah dunia ini mereka yang punya.

  27. lurveyna permalink
    13 October, 2008 2:31 pm

    remaja skg mmg xsdar diri!
    insaflh rakan2.. kesia kt mak bapak kita yg besarkn kita..
    kasihanilh dorg..

  28. aja49 permalink*
    13 October, 2008 4:01 pm

    Kalaulah mereka-mereka ni kesian kepada mak bapak mereka dan terkenang akan jasa dan budi ibu bapa maka tak mungkin boleh berlaku perkara yang jijik itu.
    Juga ibu bapa kenalah main peranan untuk mendidik anak-anak mereka supaya menyedari hidup yang bernilai murni dan tunduk kepada kehendak agama Islam.

  29. mara_andika permalink
    14 November, 2008 10:10 pm

    assalamualaikum Wr.Wb
    pekara ahlak pemuda saat ini memang sangatlah memprihatinkan, jadi siapa lagi yang akan menjadikan dunia yang kita tempati saat ini menjadi damai dan tantram sesuai dengan keinginan semua umat.
    jadi…… ayo buat generasi pemuda jang pernah kamu merasa dunia ini adalah segalanya, di atas langit masih ada langit nda ada yang paling di sini……? paling kaya, paling cantik, apalah yang bikin kamu besar kepala, inget di saat kita nanti akan mengalami hal yang pasti akan terjadi dengan kita yaitu mati………………………………

  30. msms permalink
    5 January, 2009 2:38 pm

    Kita harus terima hakikat bahawa keruntuhan moral atau akhlak dikalangan remaja Islam adalah manifestasi daripada sikap acuh tidak acuh kita dan sombong kepada saranan , ajaran dan peringatan dari ALLAH dan Rasulnya.
    Marilah kita kembali berusaha sedaya upaya untuk memenuhi tuntutan ajaran agama Islam, pasti kita selamat dan sejahtera dunia dan akhirat.

  31. shera permalink
    12 January, 2009 6:53 pm

    mengapa masyarakat pada hari ini hanya memandang ringan terhadap isu ini?…seolah-olah ianya merupakan asam garam kita pula pada hari ini…di mana letaknya maruah umat islam???

  32. mardhiah23 permalink
    31 January, 2009 7:15 pm

    realitinya anak melayu kini makin rosak, buktinya dalam you tube, dan lain website yang pernah saya layari menunjukkan betapa rosaknya anak melayu, bila fikiran dikuasai hawa nafsu beginilah jadinya, sebelum terlewat kembalilah ke pangkal jalan. kepada ibu bapa seeloknya ambil tahu aktiviti anak anda kerana andalah yang paling dekat dengan anak anda, saya juga seorang remaja memang diakui begitu banyak godaan yang datang, internert, televisyen, hanya fikiran waras sahaja dapat membantu sebelum terlewat.

  33. 6 April, 2009 5:23 pm

    munkin keimanan tak ada dalam diri

    • aja49 permalink*
      6 April, 2009 11:24 pm

      Kalau pun ada tetapi sedikit sangat untuk membezakan di antara yang baik dan buruk.
      Apabila iman itu sangat sedikit ianya kalah kepada godaan syaitan.

  34. iylia zainal permalink
    7 April, 2009 2:39 pm

    ASSALAMUALAIKUM
    anak muda zaman ekarang hampeh..
    mak bapak yang salah
    sape suoh x jage anak..
    laen kali mase dpe kecil2 lah kite kne bagi didikan agame..
    ni x..mak bapak sibuk ngn keja..
    akhirnya anak yang hancur

  35. iylia zainal permalink
    7 April, 2009 2:43 pm

    assalamualaikum….
    nak tau x??ari 2 saye pegi pusat beli belah ngn mak ayah saye..tibe2 saye terpandang sorang mamt ni..
    tengah pegang tgn ngn sorang minah ni…
    tekejut sye…
    rupe2nyer pompuan 2 anak cikgu displin kat sekolah saye..
    eeeeeeeeeee..memalukan lah
    nasib baek saye berkawan dgn orang yang x berkapel..alhamdulillah…saye arap anak cikgu displin 2 akan berubah lah..koz bapak die sibuk2 tegur anak orang…anak sendiri ntah kemana

  36. 7 April, 2009 4:31 pm

    tengtang keimanan ni selalu tuhan handak menguji kita sebagai hamba

  37. 1 May, 2009 3:26 pm

    thnxx korang.remje skarang memang dah jaoh terpeseong..

  38. 1 May, 2009 3:28 pm

    bukan thnxx apa,,thanxx bab tolong aku cyapkan keje aku..yg berkaitan dengan keruntuhan akhlak remaja nie..

  39. mymassurey permalink
    27 May, 2009 10:39 am

    jgn melihat islam itu dari umat-umatnya…tp…lihatlah dari agamanya…itu je cara supaya org luar x memperlekehkan islam….remaja skrg byk terpengaruh dgn agenda barat…dieorg tepuk tgn kalu remaja kite musnah moralnya…..

    • aja49 permalink*
      27 May, 2009 12:31 pm

      Jika ramai manusia boleh melihat dari perspektif agama maka ramailah akan masuk Islam kerana keindahannya. Kebanyakan mereka melihat penganut agama Islam sebagai kayu ukur. Walau pun tidak ramai umat Islam itu menunjukkan akhlak yang tidak baik tetapi sudah cukup untuk orang bukan Islam memandang mereka (yang tidak menunjukkan akhlak Islam sebenarnya) sebagai mewakili agama Islam itu sendiri.

  40. 29 May, 2009 4:10 pm

    Kebanyakan mereka melihat penganut agama Islam sebagai kayu ukur. tak patut macam tu

  41. aida permalink
    13 August, 2009 10:32 am

    keruntuhan akhlak di kalangn remaja melayu adalh disebabkan oleh pemakanan..jika dilihat ye mcm2 mkanan yg tlh dihantar olh negara barat kpd kita..adakh kita kaji trlbih dahulu apa yg t’kandung dlm mkanan trsebut???adakah mkanan tersebut d’hasilkan olh org islam??cra org yahudi ingin merosakkn kita adalah dgn cara mngntar makanan..melalui mkanan tersebut lh terjdinya kerosakan..mahukah kita melihat kmenagn meraka??mgapa harus jd b0doh rkyat malysia????negara sibuk dgn rasuah sana,rasuah sini,tetapi….rasuah dlm makanan xda siapa yg peduli…

  42. aida permalink
    13 August, 2009 10:35 am

    keruntuhan akhlak di kalangn remaja melayu adalh disebabkan oleh pemakanan..jika dilihat ye mcm2 mkanan yg tlh dihantar olh negara barat kpd kita..adakh kita kaji trlbih dahulu apa yg t’kandung dlm mkanan trsebut???adakah mkanan tersebut d’hasilkan olh org islam??cra org yahudi ingin merosakkn kita adalah dgn cara mngntar makanan..melalui mkanan tersebut lh terjdinya kerosakan..mahukah kita melihat kmenagn meraka??mgapa harus jd b0doh rkyat malysia????negara sibuk dgn rasuah sana,rasuah sini,tetapi….rasuah dlm makanan xda siapa yg peduli…mkanan yg dihntar dr mreka lh yg mmbuatkn hati kita mnjdi benak,disebabkan mkanan jg lh pnca segala pnyakit…..

  43. noname permalink
    6 September, 2009 8:31 pm

    thanx bab tulis camtu.
    aku rase tertampar ngan ape yg ko tulis..
    dulu aku adela sorang remaja yg ko tulis dlm ni..
    aku pegang tgn ngan pakwe aku ngan rela..
    xde rase malu..
    sbab aku tgok rmai kot pmpuan wat camtu tanpe rase malu..
    so aku ase bnde tu cam xsalah…
    even aku blaja ttg btape pntingnye stiap inci aurat wanita tu,tp aku xsdar yg arini aku pn wat bnde yg same..
    aku nak brubah..
    aku nak back to basic..
    aku xnak ag wat tu sume…
    thanx ar wat aku trase..

    • aja49 permalink*
      7 September, 2009 2:18 am

      Sdri Noname

      Tiada manusia di dunia ini yang tidak buat kesalahan. Ada yang sedar dan ada yang tidak sedar melakukan kesalahan.
      Kesedaran datang selepas seseorang itu menyedari bahawa apa yang dilakukan adalah salah di sisi manusia atau di sisi agama.
      Ada yang terus mengekalkan membuat kesalahan dan ada yang ingin berhenti terus kerana terasa menyesal.
      Penyesalan adalah satu-satunya pentunjuk daripada Allah s.w.t.
      Allah s.w.t. masih sayang kepada kita oleh sebab itulah kita merasa kesal akan perbuatan kita yang salah itu.
      Allah s.w.t. itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang maka mohon ampun dan bertaubatlah terutama sekali di bulan Ramadhan yang sangat mulia ini.
      Mudah-mudahan Sdri akan diberi taufiq dan hidayah selepas ini dan menjadikan anda seorang yang boleh memberi manfaat kepada manusia lain.
      Tidak semua orang yang telah melakukan kesalahan ada keberanian untuk mengaku akan perbuatannya itu. Keberanian itu juga boleh dianggap sebagai pentanda baik. Ambillah kesempatan di bulan Ramadhan yang mulia untuk mengubah halaun kita kepada jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t.
      Moga anda mencapai kejayaan ke arah yang baik itu.

  44. upsetsss66 permalink
    27 September, 2009 2:20 pm

    sy stuju dgn pndpt para shbt semua..
    bkn sng nk handle amar ma’ruf nahi munkar..
    sy pn slalu alpa dgn prsekitaran..
    Ya Allah..ampunilah dosa2 ku..dan ampunilah dosa2 muslim dan muslimah yg alpa dgn dunia..
    smoga kita semua hidup di dlm kberkatanNya.. aminn

    kalu ada tips @hadis yg bernas, sila kemukakan..tq

  45. addin aziz permalink
    12 October, 2009 10:24 am

    salam..pada pndapat saya masalah ini perlu di atasi agar tidak berleluasa pada generasi yang akan datang. hal ini krn, generasi akn datang yang akn menjadi perintis kepada negara dalam menjadikan seseorang yang berilmu dan berwawasan serta bebas maksiat.

  46. safwat permalink
    24 February, 2010 2:44 pm

    sedang mereka itu melakukan maksiat,iblis menggauli mereka dengan keadaan yang serupa,akan lahirlah mukhannats,lahirlah anak luar nikah dan lahirlah individu tak bermaruah lagi yang akan terus-terusan tenggelam dalam lembah kemaksiatan yang hina..perlukan bimbingan dlm mencari kesempurnaan?rujuklah al-quran yang telah lama engkau tinggalkan dan hadis yang jarang jadi tumpuan..semoga Allah jauhi kalian dari golongan fasikin….

  47. faraezani permalink
    16 March, 2010 12:07 am

    tolong lah seme sebelum buat apa-apa tu ingat lah sikit kite hidup kat dunia nie sementara jer ingat-ingat lah sikit mak bapak kite kat rumah dan paling penting ingat tuhan ,DIA yang maha melihat apa yang kau buat kat dunia nie tau . tu kiri kanan kau tu sapa . dia akan mencatat setiap baik buruk kau .

  48. zila abdullah permalink
    30 March, 2010 8:57 pm

    apakah kan akhlak remaja melayuesimpulan tentang keruntuh nie

  49. 13 June, 2010 11:02 pm

    kadangkala rasa malu juga dengan sikap umat islam masa kini.kasihan dengan kes pembuangan bayi makin menjadi-jadi.mintak-mintak Allah memberi petunjuk kepada umatnya.Amin…………

  50. 13 June, 2010 11:04 pm

    harumkanlah nama ISLAM.moga dirahmati Allah.

  51. 13 June, 2010 11:06 pm

    kadangkala rasa malu juga dengan sikap muda mudi umat islam masa kini.kasihan dengan kes pembuangan bayi makin menjadi-jadi.mintak-mintak Allah memberi petunjuk kepada umatnya.Amin…………

    • aja49 permalink*
      14 June, 2010 12:32 pm

      Jika mereka mahu berbalik kepada agama dan mahu menghayati agama maka tidak akan terjadilah pembuangan bayi Insya Allah

  52. zally permalink
    22 October, 2010 4:50 am

    Assalamuaalikum,

    Keruntuhan ahlak yang berleluasa dan melampaui batas sekarang ini boleh di bandingkan dan di ambil iktibar seperti umat yang rosak yang telah dihancurkan oleh Allah di zaman dahulu seperti mana yang tersebut didalam Al-Quran. Meski pun mereka dulu tiada memiliki kemudahan teknologi namun fitrah manusia sejak Nabi Adam yang cenderung mengikut hawa nafsu boleh mempelajari perbuatan aib mengikut naluri haiwan. Bezanya dizaman moden ini, teknologi seperti mass media menjadi mangkin, mempermudahkan remaja terdedah dengan subjek2 yang tidak bersesuaian atau bertentangan dengan agama dalam usia yang teramat muda. Jika ia nya ditonton, didengar atau dibaca tanpa pengawasan penjaga, pendidik, pihak berkuat kuasa atau masyarakat umumnya
    maka natijahnya naluri ingin mencuba, digoda oleh pasangan mereka atau tekanan pergaulan bebas menjebakkan mereka kekancah maksiat tersebut.
    Kesimpulan nya keruntuhan ahlak boleh berlaku dimana-mana zaman samada dahulu, sekarang atau mengikut ketentuan tuhan dimasa yang akan datang.

    Namun manusia telah diberikan akal oleh tuhan supaya berfikir dengan waras dan tidak seperti haiwan. Sekiranya akal dimasa usia muda tidak di didik membeza kan antara yang salah dan benar, maka kesan nya anak2 tersebut membesar tidak takut, malu atau rasa bertanggung jawab melakukan perbuatan yang tidak bermoral.

    Mengapa melayu yang ramai terlibat? Wallahualam. Rasanya semua bangsa menghadapi masalah kerosakan remaja samada yang nampak atau dibelakang tabir. Tetapi pada pandangan saya yang daif sebagai bangsa melayu yang latar belakangnya beragama Islam kini umat Islam diuji oleh Allah bagaimana kita secara individu, dalam berkeluarga, bermasyarakat, berkerajaan menguruskan syariah dan sunnah agama Islam. Diakhir zaman ini, Umat Islam kebanyakan nya telah lalai dan tersimpang jauh dari melaksanakan tanggung jawab yang dituntut ini. Segelintir yang becakap benar tidak diindahkan sebaliknya kebanyakan yang bercakap bathil dituruti. Maka kesan nya ini adalah salah satu petunjuk Allah kepada bangsa melayu Islam akan Kanser remaja melayu Islam kita yang jika tidak di berikan perhatian serious akan menjadi kan norma2 hidup keji remaja sebagai suatu pekara normal.
    Ubatnya boleh dipelajari dari Sirah Nabi Muhammad (SAW) membetulkan umat Jahilliyah.
    Nauzubillah takut nanti terlambat, jika Allah murka dan turunkan azab secara menyeluruh.
    Sama2lah umat Islam insaf, kembali mempelajari agama kita dan menghidupkan Sunnahtul’Allah mengikut jejak Nabi yang kita cintai.
    Kita mula berusaha dengan memperbetulkan diri kita dulu, kemudian keluarga kita, saudara dan jiran sahabat berlandaskan ilmu agama yang hak & cara yang berhemah disamping berdoa kehadarat Illahi. Moga Allah memberi taufik & hidayah serta sabar untuk terus berjihad diatas jalan yang benar.
    Ameen..

  53. yahya permalink
    4 June, 2011 11:58 am

    Assalamualaikum warahmatullah….

    Memang sukar untuk terima tetapi itulah kenyataan yang berlaku sekarang ini…

    Yang patut ditekankan disini adalah KEMBALI kepada didikan KEIMANAN yang bermula dari rumah… Jangan menunjuk jari ke arah remaja yang sekarang ini keadaan semakin meruncing tetapi tunjuklah jari ke arah diri kita sendiri dan bertanya : kalau mereka itu anak saya, dimana letaknya salah saya? Sebab puncanya tentu dari TINGKAH LAKU yang ditiru oleh sebilangan besar dari ANAK-ANAK orang islam adalah IBU BAPA sendiri….

    Sebagainya contoh : kita tidak pernah pun berselawat ketika mendodoikan mereka dikala tidor tetapi sering nyanyikan lagu dayang nurfaizah, siti nurhaliza, sh.aini… TV, sebelum anak menekan punat, ketua rumah terlebih dahulu melakukan perkara sedemikian.. Jadi, kalau berlaku perkara yang tidak diingini, apakah kita menyalahkan dayang, siti, sh aini dan TV?

    Menjelang waktu tidor, kita ketengahkan cerita connan dibarbarian, spider man, tarzan, apin upin tetapi tidak pernah ceritakan kepada mereka Sirah Nabi SAW yang sepatutunya menjadi kebanggaan…

    Dalam masalah RUNTUH Akhlaq, kita kena akui punca dan dalangnya adalah DALAM RUMAH TANGGA sendiri… Amat-amatilah!
    Wassalam

  54. Abdullah permalink
    28 July, 2011 3:55 pm

    Doakan agar mereka semua menerima taufik dan hidayah untuk bertaubat. Setiap kita tidak terkecuali melakukan kesalahan dan kesilapan. Mereka semua adalah saudara seUgama dan berhak untuk mendapat keampuana drp Allah swt. Jangan lepaskan doa kita terhadap mereka didalam solat dan munajat kita kepada Allah. Doa seorang sahabat terhadap sahabat yg tidak mereka ketahui amat di sukai oleh Allah. “Doa adalah senjata orang2 Mukmin”

  55. clo permalink
    13 August, 2011 4:54 pm

    Allah akan turunkan azab jika orang yg mengaku diri nya islan memegang konsep hidup “fardhu kifayah,seorang buat yg lain tak payah”

  56. 21 December, 2011 11:42 am

    sepatutnya kita ikut kembali apa yang dikaukan oleh pencegah maksiat pada zaman dahulu, bila membuat operasi, bawa mereka semua ke balai polis kemudian memanggil ibubapa pasangan itu, kemudian bapa perempuan tersebut terus diminta menikahkan anak perempuannya dengan pasangan yang ditangkap. itulah asalnya istilah “nikah tangkap basah” . harap dengan ini, mereka bukan sahaja bebas melakukan aktiviti seks dsb, malahan mendapat pahala yang besar dari Allah swt, dan diharapkan dapat melahirkan generasi yang soleh dan solehah pada masa hadapan, amiin, rtk, shr

  57. jihad muslimah permalink
    21 January, 2012 10:10 am

    asalamualaikum,,
    mesti kita tertnya2 knpa dan mengapa keruntuhan ahlak sering kali dikaitkan dngn orng MELAYU,BETUDUNG TP SEKSI DAN SEKSA,PEMUDA PEMUDI ISLAM YANG PINCANG AHLAKNYA,,,
    apa bila kita teliti secara halus,kita sebagai umat islam dan hidup dlm negara islam amat prihatin dengan gejala ini,,ini lah yang menyebabkan dalam media massa dn elektronik dan,blog2…hnya memaparkn kedangkalan sikap remaja ISLAM,saya secara peribadi amat bangga dengan sikap dan mentaliti umat islam yg berusaha untuk membentras masalah remaja,,
    “tapi kenapa orng melayu?kenapa mesti org islam?
    …….syaitan yg direjam telah berjanji akan menyesatkan umat nabi muhmamad saw…
    syaitan tidak akan diam diri selagi umat islam berada dijalan yg benar,,,
    ini adalah sumpah dan janji syaitan kepada Allah swt,,
    nauzubillah….
    tapi secara dasarnya,hanya diri sendiri yg perlu sedar tngjwb untuk menyedarkan golongan yang terpesong jauh dri syariat islam yg sebenar,
    tidak perlu tunding jari salah kan orng lain,,,
    kembali lah kepada fitrah…
    ingatlah bahwa janji Allah hari perhitungn pasti akan tiba….
    disana lah kita akan disoal dimana tanggjawab kita untuk memberi tunjuk ajar serta membawa kearah kebaikan untuk golongan yg diberi ujian oleh Allah dalam melayari kehidupan d dunia yng fana ini..INI ADALAH AMANAH UNTUK KITA WAHAI MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKALIAN….
    jangan tunggu bala dari tuhan
    istiqomah lah dalam beramal
    dunia hanya persinggahan
    akhirat adalah destinasi kekal..”
    salam perkongsian untuk semua,,,,

  58. 14 August, 2012 11:35 am

    This design is incredible! You obviously know how to keep a reader amused. Between your wit and your videos, I was almost moved to start my own blog (well, almost…HaHa!) Great job. I really enjoyed what you had to say, and more than that, how you presented it. Too cool!

Trackbacks

  1. Lagi Kisah Rosak Akhlah Remaja Melayu « Apa Kata Anda / What Say You (Kebenaran itu Hak / Truth Prevails)
  2. 2010 in review « Apa Kata Anda / What Say You (Kebenaran itu Hak / Truth Prevails)

Leave a reply to muslimah Cancel reply